Friday, March 15, 2013

Riwayat Kiambang

.


Hidupnya ibarat Kiambang - hijau segar namun akarnya tak menyangkut dasar
Hanyut mengikut arus, dibawa ke tengah ke tepi
Kadang tersangkut di beting pasir - ia tetap hidup
Kadang tersangkut di kayu mati - ia tetap hidup
Kadang dibelah biduk - ia minggir memberi lalu
Dan setelah biduk berlalu, ia bertaup


Biasanya Kiambang diertikan dengan kehidupan.
Sebuah kehidupan yang terumbang-ambing, yang tidak ada tempat tertentu, menumpang. Sering hanyut dan terpinggir. Ini kerana akar kiambang tidak mencecah dasar sungai atau tasik atau kolam. Kiambang hanya terapung-apung dipermukaan air. Oleh kerana akarnya tidak membenam ke dasar, Kiambang sering dibawa arus ke hilir.

Tetapi, cuba kita lihat aspek positif yang ada pada Kiambang:
  • Resilient - orang seperti Kiambang sangat 'liat' atau tegar. Dia dapat hidup subur walau diancam perahu, ombak mahu pun pukat... yakni segala macam halangan dan rencam kehidupan.
  • Adaptive - Dia boleh hidup subur walau dimana dia berada, tak kira persekitan yang bagaimana, dia akan dapat menyesuaikan dirinya.
  • Rendah diri - dia akan beri laluan kepada sesiapa yang mahu mencelah, dia tidak kisah kerana dia sedar dia hanyalah Kiambang yang akarnya tak cecah ke dasar.
  • Kekuatan - sedar atau tidak, Kiambang akan membiak di permukaan air dan akhirnnya menutupi keseluruhan kolam atau tasik. Apabila ini berlaku, Kiambang menjadi ancaman kepada penghuni dasar kolam atau tasik.

Tak salah menjadi seperti Kiambang.
Ia akan mekar dan menghijau tidak kira dimana ia berada.
Biarlah hanyut ke sudut dunia pun Kiambang tetap Kiambang yang pernah berputik di hulu sungai.




.

8 comments:

aza ni said...

cara kau analisa buat aku teringat pada imigran...

Nizam.Ariff said...

azani,
imigran mana pulak ni?
Oooo.. mereka yang mencuba nasib di bumi asing... ya.. mereka resilien, kalau tak mereka sudah karam di laut kehidupan

Lily Abdullah said...

aku nak ko analisis bunga teratai pulak keh3.

pesal aku gelak cam Tasek pulak. Rindu ke dia kut..

Nizam.Ariff said...

Ellie,
Teratai... hmmm... ok gak tu...
Tasek dia sibuk dgn akaun dia tu..

sudipVSsenduk said...

kecik2 dulu, suka picit batang kiambang yg ada udara tu...

tasekM said...

pi cari kiambang ambik gambar sedas.



.

sepa said...

oh kiambang.!


.

Nizam.Ariff said...

Sudip,
Tak gatalkah? Bukan ada getah ke?



TM,
Aku konpius diantara kiambang, keladi bunting dan salad air...


Sepa,
Kiambang tu makanan kegemaran badak air tau...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com