Thursday, March 21, 2013

Xinjiang Style...

.

Terpesona. Terpana. Terpegun.

Aku biarkan dia uli dengan gaya yang dia mahu. Aku biarkan dia tarik-tarik semahunya. Aku tak nak kacau. Aku tarik nafas seperti biasa. Aku tak mahu kelihatan gelojoh walau pun nafsu aku sebenarnya sudah sampai ke kemuncak ketahanannya. Kalau aku kelihatan gelojoh dengan air liur menjejes, apa pula kata orang nanti. Malu. Sungguh tak macho.

Sesekali dia kerling memandang muka aku. Aku buat biasa-biasa dan mata aku tidak lekang dari melihat kayuhan tangannya. Jari-jemarinya sungguh cekap memainkan peranan. Makin lama tangannya makin laju. Makin berdegup jantung aku. Xinjiang Style...

Boleh dikatakan aku kerap melanggani gerai orang berbangsa Cina ini. Bahasa Malayunya ke laut. Sepatah dua sahaja yang aku faham walau pun banyak patah juga dia cakap. Aku tak kisah sama ada faham atau tidak. Aku tak perlukan mulut dan lidahnya. Aku hanya perlukan kelincahan jari-jemarinya untuk melunaskan nafsu aku. Kalau dia senyap, lagi aku suka.



Mee dibuat tanpa mesin, dipertontonkan kepada pelanggan yang mahu melihat. Ada di Tesco S.Alam





.

12 comments:

Lady Windsor said...

Haha aku ingatkan style apa tadi, ganyang mee rupanya!

Nizam.Ariff said...

LW,
Ganyang Mee...?
Hahaha.... betul juga tu..

Umm AA said...

hahaha...feveret yer..aku kurang gemar sket kalo mee cina nie...

Kay said...

tesco s. alam tu... shah alam ke setia alam? kalu shah alam, yg mana satu? dekat bulatan ke atau dekat MSU?

tasekM said...

ci_na berak tak cebok ok.
dia main salat kertas.





(setiap kali ko mkn... ingatlah kata2 aku nih... keh2)


.

Nizam.Ariff said...

ummuaidan,
mee tertentu je....



Kay,
ni yang kat Tesco Bulatan Kayangan tu... dekat pusat akuatik..



TM,
Yang ini Chinese Muslim ok...
Aku check dia berak bertenggong...

SuzieLAWAti said...

alohhh..
mana gambo.. uli2..tarik2..goyang2...
nak lah tengokk..!!!
ahhaaa...

Nizam.Ariff said...

CPL,
hohoho... itu untuk koleksi peribadi je... keh keh keh.

Datang dan tontonlah sendiri...

MamaTim said...

Setuju Nizam, mee yg buat on the spot ni mmg bangsa yg lembut and sedap giler. Rasanya dari aspek kesihatan pun lebih selamat dimakan compared to mi kuning yg dijual dlm pek plastic tu.

Aduuuuh now laparrr lak rasa.

Nizam.Ariff said...

MamaTim,
Ya, mungkin sebab tak ada preservatives kut

sepa said...

eh, ko asyik makan jer...!!!

Nizam.Ariff said...

sepa,
hari-hari makan....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com