Monday, April 22, 2013

A fantastic, superb weekends...

.

Pagi itu selepas memberi salam dan berjabat salam dengan seorang sahabat di pejabat:

"So, how was your weekend, bro?" tanya dia.

"Ok je. Tak pernah rasa cukup..."

"What??!!! You should say 'it was fantastic, superb weekend'."

"Yea.... whatever..."

Perbualan yang ringkas tetapi penuh dengan maknanya yang tersendiri.

Dia cuba memasukkan fikiran positif untuk hari pertama bekerja dalam seminggu. Memasukkan elemen-elemen positif untuk pagi pertama setiap minggu adalah penting untuk produktiviti. Itu mungkin katanya dan kata pakar-pakar motivasi.

Namun adakah aku patut berbohong pada diri aku sendiri pada pagi pertama bekerja?
Kalaulah aku mulakan dengan satu pembohongan, aku akan berbohong lagi, bukan?

Ada sebabnya kenapa wujudnya perkataan 'merana', 'sengsara' (sanskritnya: samsara) dan lain-lain perkataan yang dianggap negatif. Salah satu sebabnya supaya kita mengetahui bahawa dunia tak sentiasa indah. Bahawa ada di salah satu pojok dunia ada manusia sedang berdoa agar mati itu lebih baik dari terus hidup. Itu kita tidak tahu secara pasti tetapi kita tahu itu ada.


Tapi pagi Sabtu dan Ahad aku baru-baru ini sebenarnya adalah indah.
Mungkin dia tak faham bahasa yang aku guna.
Atau dia tidak faham maksud "tak pernah rasa cukup" itu.
Kalau makan nasi goreng sampai tambah 2-3 kali, maknanya makanan itu sedap.
Tak cukup hanya sepinggan.
Begitulah hari minggu aku dan setiap hari minggu aku.




.

10 comments:

Daddy Ziyyad said...

aku mmg sentiasa temui elemen elemen negatif ( baca: pemalas) di setiap pagi Isnin di klinik aku. ~bahahahaha

Hidajah Mochzeober said...

Entah, aku tak faham kenapa tak boleh rasa 'merana' 'kecewa' dan 'putus asa'

Bohonglah kalau sakit kau kata "I am fine" tapi senyum kau sumbing dengan mata macam orang sakit, tipu jgk kan?

Agama cuma suruh agar jangan mengeluh. Tidak putus asa dari rahmat Tuhan.

itu je yang aku faham

K Lily

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
aku rasa semua orang macam tu... termasuk bos-bos kita... hahaha

kalau semua org rasa isnin adalah hari yang baoring dan malas, apa kata kita semua isytiharkan Isnin adalah cuti hujung minggu... kita kerja mula Hari Selasa sampai Sabtu?




Waterlily,
itulah... ada garisan pemisah yang tipis... tapi perkataan sengsara, tak seronok tu ada..

tasekM said...

membohong itu mungkin cara yg pakar2 memotivasi.

bagi aku yg biasa2 ini.
mudah sahaja.
realiti hidup itu.
jika pahit.
aku tetap akui ianya pahit.
namun.
aku telan.
dan hidup perlu diteruskan.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
jom tukarkan realiti kepada fantasi...

cepat, telan obat ajaib itu... pil biru.

cik kaki ketawe said...

sape lah yg terlebih vitamin yg suka sangat permulaan hari bekerja...
monday bluessss...secara jujurnya aku pun tak suke...
memang tak boleh nak berdalih lagi

Nizam.Ariff said...

cik kaki ketawe,
kalau gitu, kita mulakan hari kerja hari Selasa...
'biar nanti tukar kepada Tuesday Blues...

cik kaki ketawe said...

hehe...aku rasa
tuesday bluesss...
tak kena lah wehh..rare giler lah...
aku rasa better lambatkan sikit permulaan waktu pejabat...
hehe...so tak payahlah nak
rush pergi tempat kerja...
heavennya kalau dapat tempat kerja yg macam tu...

sepa said...

aku yg balik rumah tiap2 hujung minggu, org tak payah tanya la... sbb mereka dpt baca dr riak muka - muka puas. hahaha

Nizam.Ariff said...

cik kaki ketawe,
eh.. ok gak tu.
Hari isnin mula kerja pukul 11am.
hari jumaat balik lewat sikit la...


sepa,
ko tu, aku syak..
petang jumaat - muka macam kerbau naik minyak, mendengus kasar, muka merah padam..
pagi isnin - muka para malaikat yang sejuk, suci dan sopan santun...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com