Friday, April 12, 2013

Aku suka dengar kicauan burung Murai...

.


Buat pertama kalinya, pada hari ni, aku terdengar suara Murai berkicau di luar pejabat.
Menjelang musim panas ini, mungkin si Murai mahu berkata tentang satu pesanan.
Pesanan yang ia pernah dengar dari datuk neneknya.
Bahawa pada satu hari nanti, tengkujuh akan kering dipanggang matahari.
Bakal nanti, tanah menjadi kering berkeruping, meretak seribu dan berdebu.

Aku suka mendengar cicipan si Murai.
Walau pun paruhnya becok berkata itu ini, entah macam mana, aku suka.
Sungguh terasa bahawa dunia ini penuh, galak dan ramai penghuninya
Hilang rasa sunyi, malah kadang-kadang itu seperti menyambut terbit matahari.
Mungkin sebabnya kicauan si Murai itu aku dengar ketika kecil dulu di waktu pagi.
Jadi, setiap kali si Murai menjerit 'bangun!', pada aku itu suara lunak memanggil aku.
Untuk aku turun bersarapan pagi.

Si Murai, celupar paruhnya, bingit cicipannya... adalah petanda matahari masih ada.





.

11 comments:

Kniedaz said...

murai itu tak apa juga..jangan murai yang pakai baju tu bunyi suuudahlaaaa

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
kniedaz,
ye.. ye... murai berbaju sakit telinga dibuatnya.

aza ni said...

nak tengok murai pakai baju...

Lady Windsor said...

org kata murai ni suka bawa berita..sama ada berita baik atau tak, aku tatau. Bagi aku, kalau murai berkicau riuh tu maknanya ada berita gembira, baik kita bersangka positiv kan...

Nurul EL-Huda said...

bunyi burung nie klau betul2 kita hayati, dgar mcm muzik....(:

tenang sgt.....

sepa said...

ko suka murai yer?! bukan punai.?! :)

Nizam.Ariff said...

azani,
ada.. kat rumah ko pun ada... hehehe


LW,
Ada yang kata 'mulut murai' maknanya riuh bila bercakap...
orang sekarang guna istilah lain... kepoh, misalannya...


Nurul,
Ya, aku cukup suka dengar Murai berkicau pada awal pagi... terasa hari itu sungguh indah...



Sepa,
aku suka murai... aku tak makan murai tapi

Aku tak suka punai kerana aku bukan gay... tapi aku suka makan burung punai... keh keh keh

cik kaki ketawe said...

bila sebut burung murai aku teringat iklan raya kat tv3 dulu...huhu

Nizam.Ariff said...

cik kaki ketawe,
yang berubah jadi siput babi tu ek... hahahaha

Aya Yus said...

saya pun suka dgr bunyi riuh si burung murai... macam happy sangat dia'burung' kan... hahahah...

Nizam.Ariff said...

Aya Yus,
ya, seolah-olah hidupnya tak ada masalah....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com