Friday, April 5, 2013

Buah Jambu Bol a.k.a Jambu Ball...

.

Lupakan pasal politik dulu. Kita biarkan mereka mencatur strategi masing-masing.
Kita bercerita tentang sebatang pokok jambu yang mungkin kurang dikenali. Jambu Bol a.k.a Jambu Ball. Namanya mungkin diambil bersempena dengan nama orang yang menemuinya atau disebabkan bentuk buahnya yang bulat-bulat lonjong. Buahnya ketika muda berwarna hijau kekuningan tapi apabila sudah besar, warnanya bertukar kepada jalur merah.



Foto di atas diambil di sekitar S.Alam. Tapi ceritanya bermula sedari aku kanak-kanak lagi. Dulu, tanah Bapak ada 2 batang jambu ini. Manakala jiran pula ada 3 batang pokok ini. Itu dullu.

Dan dulu juga jika sakit perut cirit birit, daun pucuk mudanya boleh dimakan dengan sedikit garam. Itu hanya petua. Malah, nak dapat pucuk mudanya pun kenalah panjat tinggi-tinggi. dah namanya pun pucuk.

Setakat ini aku tak jumpa lagi sesiapa yang menjual buah jambu ini. Buahnya sedap dimakan dengan cara begitu sahaja kerana ianya 'juicy'. Tetapi lebih sedap kalau dicicahkan dengan kicap+cili. Lalat buah sangat gemar bertelur di dalam buah ini. Itulah sebabnya apabila kita makan buah jambu ini kita bakal mendapat 2 jenis protin. Protin berasaskan tumbuhan dan protin dari haiwan dalam bentuk telur lalat buah atau berenga... atau ulat.





.

5 comments:

Kniedaz said...

Dulu kat rumah mak saudar ada pokok jambu bol ni. Waktu berbuah, sangat banyak..cicah kicap+cilipadi+garam/gula sangatlah sedap..tapi sekarang memang susah nak jumpa...satu lagi jambu botol yang putih susu tu..alahai rindunya nak makan

tasekM said...

nak mengambik pucuknya tu pun mau tercirit dulu, kan..? haha.



.

Nizam.Ariff said...

Kniedaz,
Ooo.. itu aku panggil jambu susu... masam-masam manis rasanya...


TM,
Kalau dah memnag cirit-birit baru nak manjat, memang cirit kat atas je la.... hahha

BUNDA a.k.a KN said...

Assalamualaikum..

Nizam.Ariff said...

Bunda,
Waalaikumussalam...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com