Sunday, April 7, 2013

Cara-cara mendisiplinkan diri untuk menabung demi masa depan

.

Bijak pandai berkata, kita hanya ada 3 hari: Semalam, Hari Ini dan Esok.
Semalam telah berkubur, hari ini untuk dinikmati dan esok belum pasti. Oleh kerana Esok itu belum pasti, perancangan diperlukan.

Aku telah cuba beberapa kali untuk menabung secara tertib dan istiqamah. Dan cubaan beberapa kali itulah juga telah gagal, berkubur bersama-sama Semalam. Orang lain mungkin telah berjaya menabung tetapi aku masih gagal dalam bab-bab disiplin ini.

Pada kali ini, aku mendapat idea untuk mendisiplinkan diri setelah terlihatkan sebuah kotak kosong.
Aku lihat kotak ini seperti 'pigeon hole'.


Ada 6 petak untuk 6 bulan. Berapa keping setiap petak? Belum diputuskan oleh AJK.

Elok pulak 'pigeon hole' itu ada 6 x 3. Kami bertiga boleh ambil satu 'row' setiap seorang manakala ada 6 'column' untuk 6 bulan. Kenapa 6 bulan? Kerana kalau aku kumpul sikit, semacam tak berbaloi untuk pergi ke bank untuk disimpan melalui buku, lebih-lebih lagi bank-bank tidak dibuka pada hari Sabtu. Atas sebab itulah konon-kononnya duit untuk menabung itu 'disimpan' atau 'disisihkan' di dalam akaun gaji sahaja, dengan harapan duit itu tak berusik dan setelah 5-6 bulan barulah pergi ke bank dan masukkan ke dalam buku simpanan. Ahhh!.... Hampeh! Asyik 'terguna' sahaja duit peruntukan untuk tabung itu.

Ianya berbaloi untuk ke bank kalau sekali masuk itu ada berkeping-keping duit. Masalahnya, bukan senang nak dapatkan duit berkeping-keping apabila bekerja di sektor swasta yang bergantung kepada kesihatan pasaran dan ekonomi.


Nama dituliskan pada setiap 'row' bertujuan mewujudkan 'persaingan untuk menabung'

Dalam bidang perkilangan, sistem ini dikenali sebagai salah satu 'Visual Control'. Bermakna, kita dapat memastikan sesuatu itu dilaksanakan dan dikawal dengan hanya melihat statusnya tanpa perlu membuka fail atau komputer. Dan ianya mestilah mudah untuk difahami oleh setiap lapisan orang tidak kira apa pun latar belakang  pendidikannya. Kalau kotak itu kosong bermakna kosonglah ia. Kalau sepatutnya kotak itu berisi pada bulan itu, bermakna satu kepincangan telah berlaku dan kotak itu perlu diisikan segera.

Selebihnya, aku perlukan semangat untuk terus berdisiplin.




.

13 comments:

ibundo said...

banyak perkara yg perlukn semangat utk berdisiplin. Bukan menabung saja. Sprt akak ni ha... tiap tiap hari ckp pd diri jgn minum air batu tapi bilatekak kering kontang dek panas.. aku minum gak.
Duit tu zam kalau tak keluarkn dari simpanan yg sama memang sah kau akn gunakn. Apa yg susah nya.. kau pegi je la kat atm transferkan je walau seciput..hehe

smbotak said...

Terbaik. Ada unsur persaingan di situ...

bukankosong said...

kotak nih diletak kat mana?

karang kena curi karang

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
eh.. betul gak tu... hahaha
Takpe, aku nak masukkan ke tabung haji, kena cash jugak...


SM,
persaingan membantu pertumbuhan... hahaha


bukankosong,
semestinya diletakkan dalam peti kebal tahap keselamatan berlapis-lapis...

cik kaki ketawe said...

aku pun rasa aku patut buat cam gini...
aku ni tak boleh pegang duit bebanyak...
ada je aku melencong menabur duit...haiyaaa....

Puteri Purnama said...

lojik gak idea ni kan.
ada 6 petak utk 6 bulan, kalau satu pitak rm 1, 6 bulan baru 6 ringgit, hehehe, tapi kalau rm 100, 6 bulan dah enam ratus..wahh, kalau 1000, 6 bulan, 6 ribu..wow..jom cuba, nak sorok kat mana ek?..
hehehe asal bahagia.

Granny Hani said...

Niat nak menabung tu sentiasa ada, tapi tinggal niat aje...yg kat tabung haji pun pantang tebal sikit mula lah nak gi cari gali..

Nizam.Ariff said...

cik kaki ketawe,
Ooo.. kalau gitu laaaagi bahaya. Duit cash depan mata, senang nak cekau... ko kena buat standing instruction terus masuk ke akaun lain la kalau gitu...


Puteri Purnama,
.... lepas tu ada 3 rows, kena x3. Kalau 600x3= 1,800... amacam?
Tak payah sorok... kalau sorok namanya taklah Visual Control..


Hani,
hahaha.. kalau gitu buku tabung haji tu letak dalam bilik kebal di bank....

tasekM said...

aku adalah manusia yg agak berdisiplin bab saving nih.
lelap mata.
masukkan terus dlm bank.
cuma.
tak banyak la tapi...



.

ummuaidan said...

bagus nie..kurang2 ade effort utk menabung jgk..:)

Nizam.Ariff said...

TM,
ko akauntan..,memanglah bab duit ni ko strict...



ummuaidan,
cuba pelbagai cara ... mana tau satu sangkut jadi amalan...

sepa said...

nak tanya. maner ko letak pigeon-hole tuh.

bukannya aper, manala tau kot2 aku perlu, bulihla hijack sekeping dua... hehehe



.

Nizam.Ariff said...

sepa,
aku boleh bagi tau tapi lepas tu aku terpaksa bunuh ko la... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com