Saturday, April 13, 2013

Celcom oh Celcom... "alaaa, Celcooommmm"

.

Walau pun hanya dengan GPRS, dengan kelajuan maksima +/- 30kb/s.
walau terpaksa menunggu sehingga lebih 30 minit untuk buka dan buat entri ini,
aku sanggup!

Semata-mata hendak beritahu bahawasanya

Celcom Broadband Service di tempat aku adalah HAMPEH,

 Ini adalah kejadian kali ke-3 dalam tahun ini dan sekali kena Sabtu dan Ahad penuh.
Yang lepas pada  24Mar, aku sudah buat report.
Dan minggu ini kena lagi?

Ini baru tadi:
"Valued Customer, your case has been logged for further investigation. Pls keep this ref ID C130413-45136485 for your record.TQ"

Ini yang lepas:
"Valued Customer, your case has been logged for further investigation. Pls keep this ref ID C130324-44770936 for your record.TQ"


Dan satu lagi cerdiknya Celcom ni.
Sementara menunggu customer service bahagian teknikal menjawab panggilan aku,
Celcom boleh mainkan iklan membebel tentang cara bayar bil, tentang nak sambung balik talian...
Kurang cerdik sungguh Celcom.

Atau aku yang bodoh sebab zaman mobile broadband mungkin sudah berkubur
Orang zaman sekarang tak guna broadband lagi dah.
Orang zaman sekarang guna unifi, yes, streamix ...
Atau masuk internet guna smartphone, guna Ipad, Galaxy Tab atau note.

Dan Customer Servis pada panggilan yang lepas berjanji nak bagi diskaun sebab aku hilang air-time
Tapi aku terima bil sama saja jumlahnya...
aku kena tipu agaknya agar aku cepat letak telefon.

Ya, la... macam iklan dia dulu tu.... 'Celcommm..." *tangan kat dada, mata naik ke atas*




.

16 comments:

ckLah @xiiinam said...

CkLah dah lama berpisah dgn berokbang ni. 3 tahun dah...cerai talak 3.

sepa said...

ko pun bernasib sama.?! celcom nih memang slow.

sepa said...

eh, ko takdak criter2 pilihanraya ker.?!

Nizam.Ariff said...

cklah,
aku ni jenis kalau dah lekat kat satu, aku jadi tak rajin nak cuba2 yang lain.... malas sebenarnya.... hahaha


sepa,
kat sana pun slow?
masalah sejagat kalau gitu nih...
aku belum lagi cerita bab politik sebab dia org pun belum mula kempen lagi kan?

ummuaidan said...

Broadband kdg2 hampeh..tau nak untung kat depa jer.keperluan customer tak endah sgt..cam kami kat sini pun sama..

Condoriano said...

I really don't like celcom, bila nak langgan laju je dia layan. Bila ada problem ke apa2 kalau tak pergi HQ diorg mmg sombong betul nak melayan customer.
Im using unifi, and they are very good on how they treat their customer. Last time call sbb internet tak boleh guna cepat je dia dtg tlg tengokkan.

Nizam.Ariff said...

ummuaidan,
kalau air-time loss dia org tak compensate pulak kan?


Condoriano,
Tapi aku masih perlukan mobile broadband sebab aku tak biasa menaip pada keyboard kecil2... jari besar2.. hahaha

Kniedaz said...

kena pasang pemancar/receiver sendiri kat umah macam aerial tv ala-ala johor..kikikiki

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
satu keje lak nak panjat2... hahaha

Lady Windsor said...

hahaha aku rasa tahap hangen ko terhadap celcom tak sama dengan tahap terbakar aku terhadap TM Unifi..memang teruk tahap ayam berak kapur aaaa..

Nizam.Ariff said...

LW,
itu pun terukk..???!!!
habis tu, nak guna apa pulak ni?

cik kaki ketawe said...

secara jujurnya aku memang tak suka pakai celcom...
dari broadband sampai lah ke simcard...
lepas ni boleh la ko tukar pakai unifi...

Lady Windsor said...

Aku tatau la kawasan lain cemane dgn TM ni tapi masuk jer rumah aku..choyy tahap tak boleh ampunnya. Sengketa aku dengan TM sampai la ni tak settle...setiap tiga bulan lawyer call suruh settle hutang rm350 dan setiap itu juga aku Akan tunjuk Surat report yg staff TM kata tak payah bayar...bukan aku tak leh bayar tapi dah staff TM bagi jaminan jangan bayar Dan siap Ada document lagi, so mak tala je lah...

Nizam.Ariff said...

cik kaki ketawe,
aku perlukan mobile broadband...
aku kena ada juga...


LW,
hahaha... hak mengundi hak kami!
lawan perlu lawan...

aza ni said...

digi so far sini ok,kat shah alam,kawasan panasm tak taulah pulak


ini kali/lain kali

aza ni said...

digi so far sini ok,kat shah alam,kawasan panasm tak taulah pulak


ini kali/lain kali

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com