Tuesday, April 2, 2013

Cendol Bakar Kuala Selangor

.

Dalam misi mengukur dunia pada minggu lepas, aku singgah ke sini. Tema perjalanan kami " No Reservation ". Inilah persinggahan pertama... gara-gara terpesona dengan jenama yang diletakkan di muka pintu.


Tidak jauh dari simpang ke Kuala Selangor.

 Premisnya di dirikan di tepi jalan, berbumbungkan atap rumbia atau nipah. Eh, rumbia dan nipah bukan pokok yang sama? Macam mana nak bezakan atap rumbia dan atap nipah?


Siap ada drive thru lagi.... kelasssss

Kaunter pandu-lalunya sesak juga. Aku terpaksa tunggu 10 minit untuk keluarkan kereta aku dari tempat letak kereta. Aku tak pandu-lalu, aku makan di situ.


Cendol Bakar Kuala Selangor.... aku pilih cendol durian

Rupa-rupanya bukan ais cendol tu dibakar. Menurut maklumat yang diperolehi dari 'bunting' di situ, Cendol Bakar diberikan nama sempena nama ahli keluarganya yang bernama Bakar. Selain daripada itu, menurutnya gula merah/melaka yang digunakan dalam resepi itu juga dibakar untuk menaikkan aroma gulanya dan sekaligus menjadikannya berbeza dengan yang lain, katanya.


Merakam suasana

Ramai juga yang datang singgah. Aku ke situ awal 30 minit, masih awal. Rojak King pun belum sedia lagi. Kami minum cendol dan makan laksa power dan bakso power kongsi bertiga. Untuk alas perut untuk perjalanan jauh dan santai.




.

14 comments:

shu said...

tiap2 kali blik kuala sy tringin nk pegi..tp tunang xnk bwa..

ummuaidan said...

aku terpikir2 jgk..mcmmana cendol dibakar..heheh

sudipVSsenduk said...

sempena nama atuk dia; Bakar.

Kalau lalu sini, mesti jalan jadi jam... nyampah

smbotak said...

kadang tu, jalan bukit rotan sesak sebab orang nak masuk ke sini...

Kniedaz said...

betul2 sedapkah?

jeb said...

aku ada fetish dengan cendol yang diletakkan dalam mangkuk besi macam tu..kena gi ni..

Puteri Purnama said...

kehidupan bertambah indah bila berpeluang mengembara..cendol bakar tu tentu sedapkan.

ckLah @xiiinam said...

Selalu lalu orang ramai sentiasa. Tak pernah singgah...


Agak kelakar sejarah namanya. Empunya nama Bakar rupanya! Hi...hi...hari tu masa ckZahan tanya
kenapa 'cendol bakar', ckLah kelentong macam tau je....lari jauh ceritanya. :)

Nizam.Ariff said...

shu,
hah.. takpe, boleh pegi naik teksi.... hahaha


ummuaidan,
aku pun sama.. pada mulanya.... hahaha


Sudip,
Haah... aku dapat tau bila dah baca info dia tu...


SM,
memang femes eh...?


kniedaz,
hmmmm... macam mana nak jawab nih eh? sedap atau tak sedap tu subjektif... bagi aku rasanya biasa-biasa sahaja sebab aku pernah pekena cendol lagi power...


Jeb,
cendol mamak da best.... hahaha



Puteri Purnama,
Ya... sesuatu yang baharu.. patut kita cuba barulah tak dikononkan orang...


cklah,
oooo.. .selalu ikut situuu...
kalau gitu memang dekat ke T.Intan ikut situ berbanding highway la ek....



Fadhilah Maarif said...

sedap tak?

sepa said...

power...???!


.
eh, tuk bagi adik power, ka.?! hehehe



.

Nizam.Ariff said...

FadhilahM,
Ok juga la...
sebab aku ambik perasa durian, perasa tu dah bunuh rasa lemak santan dan gula melaka tu...


Sepa,
Haah... adik sihat dan kuat..

hairul392 said...

macam best jer cendol... sama tak rase dengan cendol leman dawi ns.

Nizam.Ariff said...

dak ai,
yg kat ns tu tak pernah rasa.. tak boleh nak banding...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com