Wednesday, April 24, 2013

Cerita tentang aku dan tentang Hasri...

.

Ada seorang tua. Usianya boleh dihitung dari renik-renik rambut. Duduk di tepi jalan, di atas bangku batu. Bumbungnya sekapas awan putih, lantainya sekajang simen tanpa jubin. Pakaiannya sepasang suit rendah diri, sepatunya segenggam onak di sepanjang hidupnya. Pandangannya sejauh liku-liku jalan yang berbiku-biku, bercermin tanpa bayang-bayang anak-isteri-saudara-mara. Dia seorang diri, hidup dalan dunianya sendiri. Dia itu Hasri.


Dia tak benarkan sesiapa pun wujud dalam dunianya. Semenjak anak-isterinya meninggalkannya entah kemana. Dalam dunia ini, dia sendiri. Namun dalam dunia yang itu, dialah maharaja. Bersemayam di atas peterakna emas, berbaju, bertengkolok sutera Cina.


Dia termenung. Dalam dunia ini, aku lihat Hasri bermenung jauh, bermenung kosong tanpa gerak. Namun dalam dunia yang itu, dia menerawang ke negeri inderaloka, terbang bersama-sama pari-pari syorga.


Khayal Hasri itu jauh. Sangat jauh untuk orang seperti aku mengerti di dunia ini. Namun di dunia yang itu, Hasri sedang membawa sedulang permata dan terbang diiringi pari-pari syorga... terbang mencari Nita.

Ya, Nita sudah tiada lagi berpuluh tahun dulu di dunia ini. Namun di dunia yang itu, Nita bermain sembunyi dan Hasri perlu mencari... Itu cerita Hasri.



Aku termenung. Apabila aku bermenung, khayal aku panjang... sepanjang jalan hidup yang berliku-liku dan berbiku-biku. Namun jalan yang paling selamat hanyalah jalan yang lurus.... kehadapan. Dan aku pun berkatalah " Sorrow has a human heart and how I wish for this night-time to last for a lifetime... "




.

9 comments:

Daddy Ziyyad said...

kau ni dulu kelas sastera ke Nizam?

hahaha

sudipVSsenduk said...

hidup perlu diteruskan & berpijaklah di bumi nyata

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
Banyaklah sastera aku... hahaha
aku pure science... and somehow I found arts in pure science. Even Einstein pun berfalsafah, even Leonardo Da Vinci pun melukis Monalisa...



Sudip,
teguran awak sungguh mencuit perasaan aku... huhuhu

ckLah @xiiinam said...

Nita nanalah gamaknya tu...


Masa baca tadi terbayang Anita Sarawak. Tak kena kan !
:)

Nizam.Ariff said...

cklah,
aku pun tak tahu kenapa aku pilih watak Nita.... hahaha

mungkin sebab Hasri di Sarawak.. jadi aku pun teringatkan Anita Sarawak juga...

cik kaki ketawe said...

setiap org alami sesuatu yg berbeza...just appreciate hidup kita dan life must go on...

tapi ada masanya kita kena belajar letakkan diri kita ditepat orang lain supaya kita dapat memahami corak kehidupan yg berwarna warni dan menjadi manusia yg lebih peka..


ok aku melalut lagi

Nizam.Ariff said...

cik kaki ketawe,
lalut ko aku suka.... tak apa.
hehehe

sepa said...

Anita Sarawak guna botox eh... hahaha.


.

Nizam.Ariff said...

sepa,
dia makan jamu kut...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com