Thursday, April 25, 2013

Hai Mambang Kuning, Mambang Tanah, Mambang Angin...

.

Pagi tadi aku berpeluang menjadi pengerusi mesyuarat pagi.
Sebagai pengerusi mesyuarat, aku berpeluang untuk bercerita lebih daripada orang lain.
Kerana jika orang lain cakap lebih-lebih, pengerusi boleh jegilkan biji mata dan suruh diam.

Diantara cerita aku ialah tentang Lead Management.
Baru satu tiang aku bagi asap, kawan-kawan semacam kabur.
Jadi aku katakan, Lead Management ini samalah dengan 'Prospecting'.
Istilah orang Sales.Aku bukan orang Sales. Aku jurutera.
Jadi, aku kata mari sama-sama belajar istilah ini.

Dan prospecting ini aku umpamakan seperti seekor ikan jerung yang lapar.
Ikan jerung ini sentiasa lihat ikan-ikan bilis, kembung, selar kuning dll. Jerung nak 'ngap!'
Jadi prospecting adalah satu aktiviti mencari orang supaya membeli produk.
Prospect bukanlah pelanggan. Belum lagi. Baru bakal sahaja...
Jadi, menguruskan aktiviti prospecting dan prospects ini adalah Lead Management.

Aku beritahu, pertukaran di jabatan yang melakukan Lead Management ini sedang berlaku.
Orang baharu masuk, orang lama di pindahkan. Jadi, mereka masih belum faham akan pelan.
Iaitu pelan perancangan projek yang kita sedang minta jabatan itu usahakan.
Mahu tidak mahu, kita terpaksa mulakan semula... redo.

Setelah 40 minit berlalu, cerita aku pun tamat.
Barulah setiap orang bergilir-gilir ceritakan cerita mereka pula... secara ringkas.

Apabila mesyuarat berakhir, aku ambil buku nota kepunyaan seorang rakan.
Dan aku tengok apa yang dia catatkan...



 

Serta merta aku teringatkan Sudin, Ramlee dan Aziz dalam cerita 'Pendekar Bujang Lapok'.
Dengan Pendekar Mustar... dan kisah 3 mambangnya.





.

13 comments:

cik kaki ketawe said...

hahahahhaa...haiyaaaa....memang bagus lah kawan ko tu wehh...
hadoii...senget usus aku ketawe..


p/s: aku tak faham pape bab2 berkaitan engineering ni...sekian... :P

Nizam.Ariff said...

cik kaki ketawe,
dia buat mind mapping tu... tapi dia lukis jerung tu betul2... hahaha

tasekM said...

kah2.
lawa lukisan dia.
aku suka.

aku teringat dialog nih.

'apa yg kau lukis org2 ni sudin...?
'ini bukan org... ini mambang!'
mambang kepala hotak kau jambul..!!!'.

kah2.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
aku pun teringatkan dialog tu... hahaha

ummuaidan said...

hhehe..kawan ko tuh mengingatkan aku tang diriku dl ms meeting..gitulah jadinya mind mapping ku..hehe

Nizam.Ariff said...

ummuaidan,
Hoh.. aku kena belajar buat la kalau gini.... hahaha

sudipVSsenduk said...

kalau ada pensil warna atas meja tu, confirm lebih ceria...

hei! ada kubur la..

Nizam.Ariff said...

sudip,
eh... ye la...
entah-entah dia nak kuburkan aku tak?

sepa said...

dia lukis kubur tuuu... siap ada batu nesan... hahaha...

.

Nizam.Ariff said...

sepa,
nampak sangat dia nak kebumikan aku... hahaha

gadisBunga™ said...

hahahaha!!!! tu muka sapa? vampire? hahaha!!!

Daddy Ziyyad said...

Nasib baik kawan kau tak lukis Tarzan ( macam watak dlm filem Labu Labi)...bahahahaha..

Teknik mind mapping ni femes masa zaman aku nak ambik PMR dulu..

Nizam.Ariff said...

GB,
aku harap itu bukan muka aku... hahaha



Daddy Ziyyad,
aku pun dulu suka guna untuk buat nota kecik subjek SPM... senang nak ingat.


Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com