Tuesday, April 30, 2013

Kegunaan lain susu getah asli...

.

Ada entri sebelum ini aku bercerita tentang pengalaman menoreh getah di Taman Rimba Alam di Putrajaya. Dan aku juga ceritakan kami dapat sedikit susu getah dara yang pekat dan berwarna putih kekuningan. Terasa macam nak minum je susu getah tu.... macam susu kacang soya.

Susu getah lambat untuk menjadi beku jika tiada agen perangsang yang juga agen jahat bernama cuka getah. Cuka getah yang berasid itu membantu untuk menyambungkan molekul susu getah menjadi satu polimer yang berantai panjang, menjadikan susu getah itu bergumpal dan memejal. Susu getah akan membeku juga akhirnya walau tanpa cuka getah tetapi proses itu agak lambat, mungkin berjam-jam lamanya. Cuka getah juga menjadi bahan simbahan sesetengah penjenayah. Akibat kepekatannya, cuka getah itu mampu mencairkan protin atau daging.

Semasa aku bujang-bujang dulu, sementara bercuti semester dan mahukan duit poket lebih, aku menoreh getah di kebun mak. Aku tak toreh semua pokok. Aku pilih-pilih pokok yang banyak keluarkan susu sahaja. Aku tak jual getah keping asap berbunga atau getah sekerap. Aku jual susu getah dalam bentuk cecair terus ke pusat pengumpulan susu getah.

Untuk mengelakkan susu getah dari bergumpal, aku akan campurkan sedikit cecair Ammonia. Baunya macam air kencing... hancing. Ammonia ini bertindak secara berlawanan daripada cuka getah. Ia menghalang polimer susu getah daripada bersambung dan menjadi panjang.


Apa lagi kegunaan susu getah?
Ia boleh digunakan sebagai bahan kecantikan!


Aku masih ingat lagi, semasa emak menoreh getah, aku lihat tangannya halus, putih dan tiada cela. Jadi aku anggap susu getah itu, entah macam mana, mampu membuatkan tangan emak jadi putih dan licin. Sebenarnya, beginilah yang berlaku...


Sapukan sedikit susu getah asli dan cair pada kulit yang tidak sensitif. Biarkan beberapa ketika untuk kering.



Apabila agak-agak kering, gosok susu getah tadi sehingga tertanggal dari kulit. Awas! Jangan biarkan susu getah menjadi terlalu kering.


Susu getah itu menjadi seperti 'masker' atau 'exfoliation agent'. Apabila digosok-gosok, ia akan turut membuang kotoran pada kulit... dan segala jenis bulu yang ada. Itulah sebabnya tangan emak menjadi putih dan licin.

Tetapi awas! Anda mungkin menjerit-jerit kesakitan ketika membuang susu getah itu.
Kulit tubuh yang terkena susu getah tidak dapat dimasuki air. Jika itu adalah anggota wudhuk, wudhuk anda tidak sah. Jika terkena bahagian lain pun, mandi junub tidak sah. Elakkan susu getah dari terkena rambut atau bulu mata. Jika terkena rambut dan susu getah itu menjadi kering, hanya satu penyelesaiannya... gunting atau cukur rambut itu.

Jadi jangan ada yang nak buat kelakar dengan menyimbah susu getah ke rambut orang. Itu mungkin menjadi satu perbuatan jenayah jika niat si pelaku itu didorong oleh rasa dengki dengan kecantikan rambut si mangsa.





.

22 comments:

Lola Momon said...

Errr...boleh buat cabut bulu kaki dengan bulu ketiak kot..hahaha...

Kniedaz said...

hehe..betul tu...kalau lekat kat rambut jenuh dok buang...kalau kena sikit, ble la gunting rambut tang kena getah je tapi gonjeng la sikit rambut haha

tasekM said...

masa form 5 cekgu kimia aku nk buat ekperimen pasal susu getah nih.
eksperimen campur amonia segala tu la.
disuruhnya aku balik kampung ambik sikit susu getah.
betul la cikgu aku tu...




.

Nizam.Ariff said...

Lola Momon,
Ko buat dulu sakit ke tak...hahaha


Kniedaz,
aku pun pernah kena dulu, susu getah memercik... lepas tu aku pakai topi la...


TM,
Habis tu ko kena menoreh getah la eh untuk dapatkan susu tu? hohoho

sudipVSsenduk said...

cantik kuku model tak berbayar tu, runcing... kuku gelas namanya

secangkir madu merah said...

zaman sekarang pelbagai krim kecantikan yg boleh didapati dipasaran utk memutihkan kulit wajah.. agak2nya klu dicuba dgn susu getah ni, boleh kekal putih tak?

secangkir madu merah said...

zaman sekarang pelbagai krim kecantikan yg boleh didapati dipasaran utk memutihkan kulit wajah.. agak2nya klu dicuba dgn susu getah ni, boleh kekal putih tak?

Nizam.Ariff said...

Sudip,
Thanks... (tersipu2 malu).
Acuannya pun mempunyai kuku gelas...


SMM,
nak kekal putih aku tak jamin...
tapi kalau nak seksa tubuh badan, bolehlah dicuba susu getah tu... mulakan pada betis atau lengan... hahaha

Daddy Ziyyad said...

Bagus entri ni Nizam! Banyak aku belajar..Baru aku tau apa fungsi cuka getah tu...

Soalan aku, apa beza:

getah keping asap berbunga VS getah sekerap ?

pekebun getah zaman sekarang, majoritinya jual getah dlm bentuk susu getah, atau sekerap?

Yg menyebabkan getah sekerap tu berbau busuk, adakah sebab proses campuran susu getah+ cuka?

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
soalan semi saintifik dan teknikal nih... aku cuba jawab.

Getah keping asap berbunga:
susu getah yang dijadikan getah keping (setelah melalui proses pembekuan dgn cuka getah), kemudian dikepit menggunakan roller mill sehingga mengikut ketebalan dan saiz standard. Roller mill terakhir yang buatkan corak berbunga itu (grove). Kemudian getah keping tu di jemur atau disalai sehingga kering ... barulah dijual. Oleh kerana getah keping asap berbunga itu diproses mengikut standard, harga per kilogram adalah tinggi, lebih tinggi daripada harga getah sekerap..

Getah sekerap:
Nama pun sekerap.. mungkin berasal daripada 'scrap'. Ia pada asalnya adalah perca-perca getah atau saki baki getah setelah susunya diambil. Perlu diingat, kadang2 susu getah masih mengalir setelah susunya dikutip dan masih ada susu di lekukan torehan di batang pokok. Biasanya getah sekerap ini muncul dalam 2 bentuk, saki baki getah yang membeku di dalam mangkuk getah dan susu getah yang mengering di lekukan torehan... bermakna ianya adalah 'leftover'... disebabkan itulah harga per kilo adalah murah...


errr... aku rasa eloklah aku buat research sikit dan aku terbitkan sebagai entri... amacam?


cik kaki ketawe said...

sama lah dengan komen kat atas tu..ada ke suruh buat experiment pakai susu getah asli...mana lah aku nak rembat benda alah tu zaman sekarang...huhu

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
Tak jadi buat entrila... aku jawab terus je la kat sini sebab kawan kata kalau nak tau proses tu boleh pegi ke Taman Warisan kat Putrajaya precint 16 kalau tak silap. Naik atas tu ada demonstrasi...

Menjawab soalan selanjutnya tentang jual susu getah atau getah beku:
Aku tak ada statistik untuk itu. Biasanya kalau nak jual susu getah, perlu ada pusat pengumpulan dan infra nya sebab susu getah perlu dibawa ke pusat pengumpulan pada hari itu juga. Bagi yang tak ada pusat pengumpulan ni, getah sekerap mungkin pilihan yang lebih baik. Untuk ini, susu getah sengaja dibiarkan membeku di dalam mangkuk getah sehingga esok hari. Ketika menoreh esok paginya, getah beku di dalam mangkuk getah dan pada torehan akan ditarik dan dikeluarkan. Inilah getah sekerap. Namun cara ini banyak mengundang pencuri getah sekerap. Sesetengah penoreh memilih untuk membuat getah sekerap kerana kerjanya mudah... toreh dan tinggal. Esok ketika menoreh, keluarkan getah beku dan letakkan di pangkal pokok. Selepas toreh, boleh kutip getah beku tadi menggunakan guni dan dibawa balik untuk dijemur dan dikeringkan sebelum dijual.


Kenapa getah sekerap berbau?
Aku tak pasti sangat kenapa tetapi yang pastinya disebabkan tindakbalas kimia dalam getah beku tersebut. Getah beku yang bukan diproses menggunakan cuka pun akan berbau juga. Getah sekerap tidak dicampurkan cuka untuk dibekukan tetapi setelah dijemur beberapa hari, getah sekerap itu akan berbau juga.

Nizam.Ariff said...

cik kkaki ketawe,
zaman sekarang ni banyak pokok getah liar yang tumbuh.... kat Putrajaya tu berlambak pokok tu... kalau datang ke Putrajayam bolehla rembat sikit susu getah tu macam aku buat kat entri sebelum ni... hahaha

hairul392 said...

Kadang kadang ketagih jugak bau getah sekerap.. huhu

Nizam.Ariff said...

Dak Ai,
nak simpan satu bawah bantal tido..

BUNDA a.k.a KN said...

masa bunda kecil dulu pernah tengok nenek angkut susu getah, letak cuka getah ..bekukan..

Nizam.Ariff said...

Bunda,
Bunda tak tolong mesinkan sekali ke?
seronok tau pusing-pusingkan roda tu...

Mardiah Hafizah said...






Salam. boleh bgtahu secara details tentang kuantiti getah dan ammonia yg digunakan serta cara2nya. tq


















giochi

Nizam.Ariff said...

Mardiah,
Wassalam,
Secara spesifik aku tak tahu tetapi aku pernah lihat kalau susu getah setakung (bekas besi untuk membuat kepingan getah), jumlah asid getah yang digunakan hanyalah secawan air, itu pun asid itu sudah dicairkan yang aku tak tahu kuantitinya.

Kalau amonia pula, untuk memastikan susu getah tetap cair, juga dalam kuantiti sedikit, dalam secawan juga jika untuk bekas 5 gelen tapi itu pun bergantung kepada kepekatan ammonia itu. Biasanya, aku hidu dan cukup untuk berbau hancing...

al hafizi said...

salam boleh awak bagitahu mana nak dapatkan ammonia tuk cairkan susu getah dan juga susu getah

al hafizi said...

salaam mcm mne nk cari ammonia dan ssu getah??

Nizam.Ariff said...

Hafizi.
Cuba tanya di pusat2 pengumpulan susu getah...tp skrg ramai yg jual getah sekerap. Klu kuantiti sikit, tanyalah org kpg yg ada toreh getah lg. Mintalah sikit.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com