Friday, April 19, 2013

Relau PRU13... fitnah, dusta, bohong menjadi bahan bakarnya...

.


Gema belerang pecah di Lahad Datu, pada satu masa dulu, letupnya mampu memecahkan dada-dada suratkhabar pada setiap hari. Kalau secara online, berita mutakhir hampir setiap jam dikemas kini.

Puisi dan tangis sama pilunya. Jerit raung sama ngerinya di Lahad Datu. Pada masa itu.

Sekarang ini, masih ada sedu-sedan di sana. Masih ada arang dan abu yang belum dibasuh hujan. Masih ada ketakutan di balik batang kelapa sawit, di balik pintu rumah tinggal. Segala-galanya masih ada. Busuknya masih tercium. Hangitnya masih berasap di tempat-tempat tertentu.


Tapi sekarang ini juga kehangatan di Lahad Datu seolah-olah teduh-nyaman di bawah pokok ujan-ujan.
Kalau dibandingkan dengan teriknya, pijarnya, panasnya PRU13.

PRU13 tak panas. Tetapi fitnah, kutuk, cabar, maki, dusta, tipu daya..... itulah yang menjadi bahan bakar dalam PRU13. Bahan bakar yang menjadikan relau PRU13 itu panas... sepanas hati matahari!

Sudah-sudahlah... cukup-cukuplah...





.

18 comments:

cinta said...

ye lah kan.
penat betul.

sudipVSsenduk said...

bosan

Nizam.Ariff said...

cinta,
penat kepala nak pikir...


sudip,
aku pun...
yang bangga diri dgn pencapai pun ada... menyampah.
kalau cakap sekali dua boleh gak nak terima tapi kalau hari2 ulang2 sampai dibuat lagu... meluat pun ada.

Lola Momon said...

Seb baik aku tak membuang. Tapi memilih pemimpin itu wajib. Tapi kalau dua2 lunyai?

Nizam.Ariff said...

Lola Momon,
jangan susah2...
pilih aku je la.... hahaha

Ellie Mariana Abdullah said...

Aku dah tak tgk berita lagi. Media perdana/media tak perdana pun

Menyampah! Apabila berita bukan lagi berita & berita dah jadi propaganda.

Dan aku kali ni memang tak memilih sebab ledakan maklumat/fitnah aku dah tak boleh nak bezakan.

Tapi aku suka baca tulis A Kadir Jasin. Dia tak bias.

Dua parti kalau tak kena,memang kena dengan dia.

Tak boleh kah media(mana2 pun) kita lebih jujur dan telus serta tidak memihak?

sepa said...

hari ini hari penamaan calon.

di kampong aku, Miri ini. yg bertanding bg pihak bn ialah Sebastian ting. bagi pihak pr pulak dr Michael teo. aku bagitau sbb ko mgkn tamau tau. hehehe

.

Nizam.Ariff said...

waterlily,
rajin gak akak membaca pasal politik ek....
kak, orang macam kita ni mana main politik... ahli politik malaysia bagi kita adalah %^%$#%^&... hahaha



sepa,
lantak depa la nak tanding ke apa ke...
sesiapa yang dipilih nanti kena kerja ikut kehendak rakyat, bukan kehendak parti dia org...

aza ni said...

pilihlah aku
jadi temanmu



lagu ni

Nizam.Ariff said...

azani,
dah ada peneman, bro...
jangan suruh org pilih kita.... tak terpilih kita nanti.... hahaha

Lady Windsor said...

kalu cinta n sudipvssenduk rasa penat dan bosan dengan PRU ni..aku lagi rasa nak muntah hijau uollss sebab aku dok ada dalam tu...sampai satu tahap aku rasa nak invisible biar kecoh ketua kilang kertas aku nape Pontianak sekor ni tak dating kerja..

haa kan, aku rasa dah jadi Pontianak pun sebab kuar kerja hari ketika bulan masih ada di langit dan masa balik kerja pun bulan ada juga lagi di langit..acane teww!

Nizam.Ariff said...

LW,
aku cadangkan, apa kata ko cetak kertas yang dah siap-siap berpangkah..?
senang sikit kerja pengundi tu.... lipat terus masukkan ke dalam peti undi.. .hahaha

cik kaki ketawe said...

hem,aku bawah umur...tak boleh masuk campur,tp tak bermakna aku tak ambik tahu...
aku pun dah naik juling baca bebenda yg berkaitan dnegan PRU...
kutuk mengutuk tu memang dah jadi bahan bakar...
so totally aku agreed dengan post ko ni...

Nizam.Ariff said...

cik kaki ketawe,
yessss.... ada yang sokong kita.
walau pun aku sudah jauh di atas umur, aku tetap tak boleh mengundi....hahaha

aza ni said...

rela dalam paksa

aza ni said...

rela dalam paksa

aza ni said...

rela dalam paksa

Nizam.Ariff said...

azani,
tadah telinga...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com