Tuesday, May 14, 2013

... and the day we all stopped talking

.


Komunikasi terhenti.

Komunikasi berlaku apabila si pemberi dan si penerima telah memberi dan menerima. Apa reaksi si penerima, itu sudah cerita lain. Namuin apabila komunikasi terhenti, tak kiralah apa jenis medium dan media di mana komunikasi itu berlaku, dunia menjadi senyap sunyi. Apabila tiada reaksi kerana tiada komunikasi, boleh dikatakan dunia manusia tidak mengalami perubahan kecuali perubahan ke arah pereputan (penambahan entropi).


Bayangkan kalau semua manusia yang masih hidup dan boleh bercakap, pada esok hari, berhenti bercakap. Kita biarkan camar berdecit. Kita dengarkan kibasan kepak serindit. Kita hayati irama riang-riang. Kita ikut alunan tari gemalai sang pepatung.


Kita biarkan angin berbisik. Kita lihat ombak menepuk bahu pantai. Kita rasai sinar matahari.

Kita tutup mulut kita semua. Kita buka mata luas-luas. Kita talakan telinga betul-betul.
Pada hari itu, kita biarkan alam berkata-kata...
dan kita pula dengar suara resah mereka.






.

9 comments:

Ellie Mariana Abdullah said...

Ha ha ha...bagus. Aku tutup blog. Aku sedang memulakan proses berhenti berkata-kata di alam maya.

Tapi aku akan terus berkominukasi dengan ko

:)

Daddy Ziyyad said...

Zaman sekarang ni pun komunikasi dah terhenti. Satu famili gi restoren, mak tengok henfon, ayah tgg henfon, anak anak tengok tab. Makanan sampai, mereka makan. Sedang mengunyah, mereka pandang tab & henfon. Komunikasi hanya berlaku pabila mereka memanggil waiter sahaja

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
ooo.. dah tutup ek?
aku pun rasa-rasa nak tutup gak la... tunggu sikit2 nanti. rasanya dah cukuplah berblogging ni kut.... hehehe...




Daddy Ziyyad,
Perincian anda, ditambah pula dengan contoh, sungguh tepat dan bernas sekali.... hahaha

Kniedaz said...

komunikasi direct one to one dah kurang sebab ada gangguan ... kalau satu hari tanpa alat komunikasi, macamana ya?

Nizam.Ariff said...

Kniedaz,
kalau tak ada alat komunikasi barang sehari, maka berkumpullah kita semua di stadium kelana jaya... hahaha

ummuaidan said...

betul tuh...wlok jgk komunikasi stop kejap..dengar bhs alam lagi indah..

Nizam.Ariff said...

ummuaidan,
jangan lupa, hati kita juga sebahagian dari alam itu...
hati kita turut berbahasa...

ASH said...

Macam sedih jer..

Nizam.Ariff said...

ashley,
haah.... sedih

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com