Monday, May 6, 2013

Cara makan buah mangga tanpa kupas guna pisau...

.

Malam tadi tengok keputusan pilihanraya yang sungguh lembab pengiraannya, sampai pukul 11pm masih terkial-kial nak dapatkan pengumuman rasmi. Akhirnya mata pun mengantuk. Tapi aku gagahkan juga demi nak merasai suasana hari raya. Ya, hari raya sebab ada rendang dan ketupat.

Sambil-sambil tunggu itu, aku capai sebiji buah mangga. Kalau kupas guna pisau, tangan mesti kena jus manisnya. Jadi, aku cuba cara baru....


Kalau ada sesiapa yang nak ikut mencuba, silakanlah:

Mula-mula aku basuh dulu buah mangga itu. Kemudian aku gigit di bucu bawah buah itu. Kemudian, aku sedut perlahan-lahan isinya dan aku telan. Tangan aku pula ganas memicit-micit isi buah agar hancur.



Keadaan buah mangga yang aku sedut isinya...


Biji mangga dah tak ada... kulit mangga dah jadi kepet


Bila isi dah tiada, bijinya pun tertanggal dan aku keluarkan ... akhirnya, yang tinggal hanyalah kulit.


Kepada sesiapa yang nak makan buah mangga dan pisau pula tiada untuk memotongnya, silalah guna kaedah ini.





.

9 comments:

Puteri Purnama said...

hehehe bolehlah untuk menceriakan hati yg.terpercik cuka.

Nizam.Ariff said...

Puteri Purnama,
hahaha... manis mangga kalahkan masam cuka...

Lola Momon said...

Aku biasa buat kat buah kundang. Taklah berlengas sangat

Nizam.Ariff said...

Lola Momon,
kalau gitu, cer try kat buah mempelam pulak.... sama je konsep nya

cik hani said...

gigihnya mkn mcm tu..
taknak basuh tangan kn..hihik
blh prektik jugak nnt..huhu

Nizam.Ariff said...

cik hani,
boleh guna teknik ni kalau makan mangga kat dalam kereta sebab tak nyempat2 sampai ke rumah dah nak makan.... hahaha

Nizam.Ariff said...

Cik Hani,
Nak bagi tau...
kalau buka blog awak, akan keluar pop-up ke:
http://ladylony.com

aku akan redirect ke site tu.
memang awak subscribe advert site itu ke?

sepa said...

cucuk straw la bang! bulih sedut seperti sedut jus. hehehe

Nizam.Ariff said...

sepa,
eh... bagus gak idea tu....
kalau buat kat tembikal atau rock melon pun ok gak tu....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com