Tuesday, May 21, 2013

Forgive me for I have sinned ...

.

"So, apa yang terjadi kepada awak?" tanya doktor wanita.

"Begini ceritanya..." kata lelaki yang gagah tetapi sakit itu. Sambungnnya, "saya buat strecthing biasa di pejabat. Rutin yang saya lakukan apabila belakang saya lenguh dan sakit kerana bekerja dan duduk di depan laptop. Entah apa yang menyampok semalam, sebaik sahaja saya buat stretching pagi itu tiba-tiba sekeping otot belikat saya terasa sengal. Kemudian, petang semalam saya ada scheduled appointment dengan seorang Chiropractor."

Lelaki yang gagah tetapi sakit itu berhenti sebentar lalu meneguk beberapa teguk nafas.

Sambungnya, "Chiropractor itu henyak semacam kuatnya tulang belakang saya tanpa mempedulikan sengal saya, menyebabkan ianya menjadi lebih parah."

"Awak tak beritahu dia tentang sengal tu?" tanya doktor.

"Saya tak pandai nak bagi tahu sebab dia orang Amerika. Saya tak pandai nak cakap 'sakit macam salah tidur' dalam bahasa Inggeris."

Doktor itu ketawa berdekah-dekah, "entah-entah tak ada istilah 'salah tidur' dalam budaya dia orang."

"Saya ada terfikir nak cakap 'I slept wrongly last night' tapi ... tapi nanti dia ingat saya tidur dengan perempuan lain pulak!".


Doktor itu bertambah-tambah dekahnya.
Dan lelaki yang gagah tetapi sakit itu pun pulang selepas disuntik di buritan.
Dia pulang dengan sepapan pil otot dan cuti sakit selama 2 hari.




.

16 comments:

Daddy Ziyyad said...

hahahahaha.." suntikan di BURITAN "

kau boleh jadi novelis Indon la Nizam...hahahaha

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
Dr. Singa guna dulu kat blog dia... hahaha

Kniedaz said...

hahahaha...aku sambung gelak doktor wanita itu...slept wrongly..hahaha

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
habis tu, nak cakap macam mana lagi kan...

Daddy Ziyyad said...

Cakap " I misplaced my body when sleeping"

~hahaha

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
Ye ke gitu?
Ko jangannnn... ko tu doktor.
Aku percaya je karang...

sepa said...

kahkahkah...!!!

sepatutnya dokter tuh urut urutkan. hehehe

Nizam.Ariff said...

sepa,
doktor tu tak boleh. Doktor yang urut-urut tu aku jumpa Sabtu nanti...

sudipVSsenduk said...

saya bersimpati dengan lelaki yg gagah tetapi sakit itu.





Eerrr... handsome tak dia?

Nizam.Ariff said...

sudip,
semestinya lelaki itu hensem...
at least pada mata isterinya... hahaha

aza ni said...

kapal pun, haluan dan buritan,di buritan ada kemudi, di haluan ada bonjolan bernama busar

ummuaidan said...

heheh..doktor pompuan tuh buat2 tak paham tuh..saja nak tease lelaki gagah tuh kan...:)

Nizam.Ariff said...

azani,
kalau disambung, boleh berbunyi ' buritannya busar'.... hahaha



ummuaidan,
mungkin juga.
tu adalah cabaran menjadi lelaki gagah... hahaha

aza ni said...

ha ha....ko pandai edit...


teringat lagu fred mercury fat bottomed girls you make.....

aza ni said...
This comment has been removed by the author.
Nizam.Ariff said...

azani,
dah ko mulakan dulu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com