Wednesday, May 22, 2013

Laksa Johor sedap di Shah Alam

.

Aku dapat maklumat tentang Laksa Johor di Restoran Azira di Seksyen 10, Shah Alam dari seorang kawan. Jadi pada satu hari tu aku pun terjah ke situ. Lokasi restoran itu tidak nampak jika dari jalan utama walau pun kedudukannya adalah seberang jalan dengan Hotel Concorde. Ini kerana jalan masuk ke deretan bangunan kedai itu cuma kelihatan rumah-rumah teres sahaja.

Jika dari bulatan Kayangan menuju ke Hotel Concorde di seksyen 9, ada simpang masuk di sebelah kiri selepas lampu isyarat Seksyen 11. Ada tanda besar 'Sekyen 10' di pintu masuk simpang perumahan itu. Apabila masuk ke simpang itu, tidak jauh dari situ, akan kelihatan deretan bangunan kedai 2 tingkat.






Aku tak pasti sama ada mereka gunakan spaghetti atau mee kuning. Aku tak pandai sangat nak bezakannya. Laksa Johor itu dihidangkan di atas sehelai daun yang aku tak tahu namanya. Ramuan sayur-ulamannya cukup bagi aku. Malah timunnya pun siap dihiris membulat membentuk lingkaran.

Bagi aku yang boleh dikira dengan jari dalam bab makan Laksa Johor ini, rasanya adalah OK dan boleh diulang-makan pada satu hari nanti. Tak tahulah kepada mereka yang bertekak Johor atau mereka yang arif tentang Laksa Johor ni. Bagi aku yang berjenis insan marhain lagi hina ini, laksa itu sudah cukup sedap.





.

18 comments:

tasekM said...

daun terataikah?

Nizam.Ariff said...

TM,
bukan.... daun pokok hutan

Anonymous said...

ok, aku dah masukkan dalam list...

Teena Tna said...

Eh, Teena jer beli laksa tadi kt pasar malam..hee

Temuk said...

Alhamdulillah Nizam.Ariff rasa laksa itu sedap. Bagusnya jika setiap makanan yang ke mulut kita itu kita rasa sedap. Tentu kita akan menjadi lebih bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan itu, sekalipun jika dirasa tak sedap pun seharusnya kita tetap bersyukur. Sedap tak sedap itu pun subjektif dan relatif, kan? Nanti Kang Temuk cuba cari kedai tu!

Nizam.Ariff said...

SM,
harap2 tekak ko lebih kurang macam tekak aku la...


Teena,
pasar malam kat mana tu?
Johor? hahhaa


Temuk,
Ya, kalau dah rezeki akan masuk ke perut juga... kakang carilah nanti ye...

ckLah @xiiinam said...

Harus cari ni. Asyik duk berulang alik ke syeksyen 7...dah tak tau nak makan kat mana. Restoren uopin dan ipin belakan Jakel tu pun kami dah terjah...

Kali ni nak catat:
"Terima kasih atas entri ini!"
:D

Nizam.Ariff said...

cklah,
Ariff kata dia ada nampak plak TV3 di situ... nanti cuba cari.

sepa said...

daun simpuh eh...

tak pernah lagi makan laksa Johor. :)

Nizam.Ariff said...

sepa,
pesal banyak sangat nama pokok yang ko kenal nih? musykil aku...

Unknown said...

dah cuba. ok lah. passed requirements. hehe

Nizam.Ariff said...

Nazaruddin,
Ya? So maknanya laksa Johor standard rasanya macam tu la ek..

Unknown said...

siapa nak mkn laksa johor yg paling lazat tak TERKATA?.. kol cikpah 012-5385907.. gerenti sedap!! pada sesiapa nak cuba sebelum membuat tempahan pun bole.. min order 30 pax.. delivery sekitar shah alam sahaja.. harga rm6.50 sebungkus.. so far komen yg d terima adalah 5 bintang.. memang pekat, likat, melekat!! pasti kena cuba!!!

Nizam.Ariff said...

Sharifah,
Ok.... terima kasih di atas info tu...

Unknown said...

sesama cik nizam

Unknown said...

saya orang Johor, baru berhijrah ke Shah Alam bulan 6 lepas selepas bernikah dgn orang sini. Tempoh hari mengidam laksa Johor sebab semasa bekerja di Johor dulu setiap kali waktu rehat mesti pergi Larkin makan laksa Johor di situ. Google punya Google jumpa la blog saudara ni. terima kasih. nak kata standard laksa johor tu saya x pandai nak menilai sgt. macam2 rasa ada sebenarnya. saya tak kesah asalkan kuahnya betul rasanya. lebih sedap atau tidak itu kena tanya yang lebih pakar. :D

Nizam.Ariff said...

Nazaruddin,
So, dah makanlah yang di situ? Lulus atau tidak? hahaha

Unknown said...

LULUS :)

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com