Wednesday, May 15, 2013

Mimpi memancing ikan

.

Sebenarnya, sudah dua malam berturut-turut aku bermimpi memancing ikan. Malam semalam dan malam tadi. Yang malam tadi istimewa sikit sebab aku mimpi memancing dengan Emak dan (arwah) Bapak, juga beberapa orang kawan lagi.

Aku memancing di sekitar kampung sahaja.

Kalau malam semalam, aku memancing di sebuah terusan yang bersambung dengan sebatang sungai yang besar, seperti Sungai Perak. Berumpankan anak ikan dan juga cacing, aku dapat ikan duri tetapi airnya deras sangat. Tak dapat banyak ikan.

Malam tadi pula aku memancing di sekitar rumah di kampung. Lebih tepat lagi, di sebatang parit kecil yang jernih airnya walau pun tidak dalam. (Nota buat abang2 & kakak2 aku: parit yang aku maksudkan itu ialah parit kecil yang dulunya dari lot sawah depan bersambung dengan lot sawah Kak Dami. Sekarang dah kena timbus).

Malam tadi aku memancing dengan menggunakan joran buluh dan umpan cacing tanah sahaja. Emak pun memancing (kalau tak silap) tapi Bapak cuma tengok saja. Aku dapat dua ekor ikan Puyu yang bersaiz besar dan gemuk. Ikan Puyu yang aku dapat itu sebesar ikan Tilapia. Kepada sesiapa yang tak kenal ikan Puyu, saiz ikan Puyu paling besar pun tidak akan sampai separuh daripada saiz ikan Tilapia remaja.


Ini yang membuatkan aku nak balik memancing... tapi... aku masih belajar di hujung minggu. Tak boleh nak balik buat masa sekarang. nanti-nantilah bila sawah dah menguning, aku nak memancing dan aku nak panggang ikan Puyu... 

Apa tafsiran untuk mimpi memancing ikan?
Oh ya, aku bermimpi malam tadi selepas membuat solat istikharah.




.

9 comments:

sudipVSsenduk said...

buat perkasam ikan puyu letak beras hancur lebih ya...

Nizam.Ariff said...

Sudip,
ikan puyu tebal.. boleh dipekasam ke?

Tijah said...

Ada org kata nak dapat rezeki besar nanti. Wallahualam!

Eyrique Ettiqazz. said...

buat istikharah psl ape?

gadisBunga™ said...

rezeki tuhhhh~

DrSam said...

Insyallah Moga ada rezeki baik yang bakal mendatang. Kalau mimpi ikan emas orang kata bakal dapat pasangan yang kaya. Tengok malam ni dapat tak mimpi ikan emas pula tak? he...he...

Umm AA said...

rsnya sebab dah lama tuh teringin nak mancing tuh..sbb tuh terbwk2 sampai ke mimpi kan...:)

hairul392 said...

InsyaAllah itu pertanda baik..

Nizam.Ariff said...

Tijah,
Ye ke?
Aminnn..



Eyrique,
Adalaaaaa.... hahaha


GB,
Aminnnn....


Dr. Sam,
Oh.. kebetulan.
Malam tadi aku bermimpi makan ikan tapi bukan ikan emas. Ia sejenis ikan yang sudah siap dimasak tetapi harganya RM50 sehiris.. mahal sungguh..



ummuaidan,
mungkin juga sebab banyak juga aku buat entri pasal memancing dan mengumpan nih...



Dak Ai,
Aminnn....

Takziah atas kehilangan biras pagi semalam.... sehari sebelum dia menyambut hari guru...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com