Friday, May 17, 2013

PDPA 2010: responding to your undated later... please do not invade my privacy

.

Puteri Purnama ada bercerita tentang AS_TRO berkenaan dengan Personal Data Protection Act 2010 ini. Kebetulan pula aku ada menerima sepucuk surat daripada pihak yang sama satu ketika dahulu. Surat itu memberitahu aku akan akta ini dan pihaknya meminta kebenaran daripada aku untuk menyimpan dan menggunakan data yang berkaitan dengan aku.

Masalahnya, strategi surat itu seperti perangai anak dara zaman dahulu apabila dipinang... diam tanda setuju. Maknanya, surat itu menggunakan konsep ' silence means consent '. Kalau tiada respon dalam masa 14 hari, pihaknya menganggap permintaannya itu dipersetujui.

Aku terpanggil akan cabaran itu. Jadi aku hantar satu emel kepada pihak AS-TRO menggunakan pautan yang dituliskan dalam surat itu. Ini dianya...


Emel aku kepadanya..


Emel jawapan...

Aku besarkan bait-bait penting..


Kesimpulannya, timun kena gelek dek durian... ikut je la.





.

12 comments:

Kniedaz said...

jadi acar timun ler ni ye...kalau tak..takyah tengok Asterok ye... :P

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
haah... kita jadi acar timun je la...
nak buat macam mana lagi dah.. huhuhu

sudipVSsenduk said...

patahkan cili padi dalam 3 biji... bagi pedas.

saya bersimpati

Teena Tna said...

'surat ni mcm anak dara apabila dipinang' ,statement yg kelakar,haha

Daddy Ziyyad said...

Kalau ramai customer ASTRO bersatu hati tak bagi data peribadi digunapakai, let say 20,000 customers...so adakah durian still nak gelek timun? I dont think so....Aku rasa masa tu, timun libas durian kow kow...hahaha..

tasekM said...

ni yg tak bagus bila dia monopoli. tepuk tangan je asteruk tu, kan..?



.

Puteri Purnama said...

Assalammualaikum Nizam,
terimakasih berkongsi maklumat dan memberi jalan.
Akak masih panas hati dengan pekerja astro ni.Tak apalah kalau bisnes mereka ni baik, maka disana nanti kebaikan juga balasannya.Durian dan timun sedihnya.TQ zam.

Nizam.Ariff said...

sudip,
pedih kak.. pedihhh kena cili (rintih si timun yang bercalar-balar)



Teena,
hahaha... betullah tu... anak dara dulu-dulu...


Daddy Ziyyad,
macam mana nak bersatu hati... kita bersatu hati tatkala sokong bola je.


TM,
Jom kita mulakan revolusi... kita buat stesyen tv tanpa-wayar-tanpa-bayar....YouTV namanya.



Puteri Purnama,
kita terima seadanya....


sepa said...

astro oh astro.!


.

Nizam.Ariff said...

sepa,
kat sana dapat signal satelit tak?

sepa said...

eh.! ko tanya ker, ko sindir.! hahaha... aku cityboy la. internet bulih dpt, takkan la astro tak?! tp astro tak efektif time hujan... tak pernah improve.?!


.

Nizam.Ariff said...

sepa,
sama la kat sini pun
hujan je problem...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com