Thursday, June 13, 2013

Hikayat penuh ranjau...

.


... dan dalam banyak-banyak kupu-kupu itu, salah seekor terbang menyisih angin, menyongsang arah menuju ke tempat lain yang tiada satu pun kupu-kupu lain yang terbang ke sana. Kupu-kupu yang seekor itu dikatakan melawan arus, keluar dari kelompok sosial. Satu komplot seni pun berakar, bertunas lalu membatang keras dalam kelompok itu.


Angin membawa kelompok itu hanyut jauh ke dalam hutan tetapi kupu-kupu yang seekor itu terbang menuju ke puncak gunung. Dakiannya melawan angin amat melelahkan. Tidak tahu apakah motivasi sebenar ia. Adakah kerana ia nampak apa yang ada di puncak gunung sedangkan yang lain tidak nampak? Ataukah ia hanya mahu keluar dari kelompok kupu-kupu yang hanyut dibawa angin dan tidak kisah ke mana pun ia pergi asalkan tidak bersama-sama kelompok itu lagi?


Pendakiannya sukar...
Amat-amat sukar..






.




15 comments:

Lady Windsor said...

kalau aku, aku akan pilih yang menyongsong angin itu...

Nizam.Ariff said...

LW,
pendakiannya sukar... amat-amat sukar..

hahaha

Qashmere said...

ayat ni macam berbelit-belit..haha

sudipVSsenduk said...

dia seekor je yg bawak PAPAGO.

Kniedaz said...

rare dan tersendiri...ada yang dikejar kot..

Aishah Jahirah said...

sukar tapi kalau tercapai sangat berbaloi...

Nizam.Ariff said...

Qashmere,
nak cakap tapi tak nak cakap... ni la jadinya...


SVS,
KAKAKAKAKA....
Yang lain tu habis sesat barat ke dalam hutan la tu...


Kniedaz,
mungkin juga kerana nak bawak diri...



Aishah Jahirah,
kalaulah tercapai... kalau laaa...

Daddy Ziyyad said...

Kupu kupu bionik atau Super Kupu Kupu..

Sebab kupu kupu biasa, mmg tak mampu panjat gunung...pancit di tengah jalan..

hahaha

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
satu spesis dgn transformer Decepticon.. hahaha

Puteri Purnama said...

merajuk dgn.geng dia lah tu, sebab tu nak menjauhkan diri,walau terpaksa bersusah payah.

Nizam.Ariff said...

puteri purnama,
mungkin juga...
mungkin juga kerana ada sesuatu...

ASH said...

Power puff kupu kupu!!

Nizam.Ariff said...

Ash,
kupu-kupu, walau rapuh, tapi kuat terbang... kan?

aza ni said...

kupu sampai puncak

Nizam.Ariff said...

azani,
tapi keseorangan...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com