Thursday, June 6, 2013

Mencuri masa untuk makan Rojak Mastan Ghani di Teluk Intan...

.

Hari ini aku kembali ke negeri asal. Bukan kerana bercuti tetapi atas urusan rasmi. Namun aku sempat mencuri masa makan tengahari untuk bawa kawan-kawan untuk menjamu selera di Abdullah Mastan Ghani..... ya! Rojak Mastan Ghani lagi!


Aku suka makan rojaknya.

dan aku suka minum air sirap jagung.


Waktu tengahari, restoran Abdullah Mastan Ghani yang terletak berhadapan dengan pasaraya The Store di Teluk Intan, penuh dengan manusia dari pelbagai bangsa dan taraf.




Cuasa panas terik. Aku terlihat papan info di satu simpang, suhu ambien ialah 38 darjah Celcius. Panas! Dan pada kala itu pula bekalan elektrik terputus. Nasib baik angin menderu, walau pun diluar panas terik tapi di dalam premis taklah terasa berbahang sangat.

Itulah pertama kali kawan-kawan makan Rojak Mastan Ghani setelah beberapa kali aku uwar-uwarkan kepada mereka di pejabat sejak dahulu lagi. Akhirnya, mereka dapat menikmati dan mengadili cerita aku tentang Rojak Mastan Ghani. Dan dalam panas-panas itu pun kami semua makan 2 pinggan rojak seorang!

Aku bukan nak buat promosi sebab mata yang melihat bukan dapat merasa seperti lidah. Jadi, datang dan jamahlah sendiri. Maaf, tak ada 'tapaw-tapaw'...





.

7 comments:

Temuk said...

Kecip-kecip mulut, membayangkan Nizam menikmati rojak Mastan tu. Tapi Nizam tak boleh lawan Kang Temuk yang berkesempatan menikmatinya di kedai asalnya di Padang Temberang, Teluk Anson, dalam tahun-tahun 60an dulu.

Nizam.Ariff said...

Temuk,
Waahhhhh...!
Itu mesti resepi resepi asal adukkan pengusaha asal...
Adakah sama rasanya, kang?

ummuaidan said...

rojak nie ala2 pasembur gitu ker..nampak sedap...

Nizam.Ariff said...

ummuaidan,
haah.. sesetengah orang panggil pasembor...

ASH said...

Mastan Ghani ada di Ipoh...tapi tak pernah nak masuk kedai itu...entah kenapa.

~Kak Nah Backyard (^_^)~ said...

tiba2 teringin la pulak nak makan pasembor =)

Nizam.Ariff said...

Ash,
Aku dengar kat Shah Alam pun ada.. van bergerak tapi tak pernah jumpa pulak aku...



Kak Nah,
Kalau dah teringin, cepat2lah cari... nanti menjejes air liur tu karang.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com