Friday, June 14, 2013

Tanpa ratio decidendi

.


Kupu-kupu yang menyongsang angin itu terbang dengan sepasang kepak nipis, senipis kertas, sudahlah begitu rapuhlah pula. Bila-bila masa sahaja gugus angin bisa merobek, mencarik kepak-kepak nipisnya. Biar pun risiko untuk gagal amat tinggi, ia tetap mahu terbang ke puncak gunung dan bukan hanyut bersama-sama angin menuju ke lembah hutan, seperti sekawanan kupu-kupu lain yang telah sepakat, seperti stare decisis.

Ia terbang meninggalkan sekawanan kupu-kupu lain seperti tanpa ratio decidendi. Atau mungkin ia cuba membuktikan sesuatu yang ia tak perlu buktikan. Mungkin juga hanya kerana ia seekor kupu-kupu yang degil. Adakah keputusannya itu satu kesalahan?

Meninggalkan kelompok banyak yang dirasakannya gawat dalam jumud, kesalahan jenis apakah itu? Ia tiada mens rea, juga actus reus. Jadi, mungkin ia benar-benar ingin keluar dari kelompok itu dan pergi kepada sesuatu yang ia percaya dapat memberikannya kebaikkan.

Apa kata kita lihat sama-sama kejayaan si kupu-kupu yang seekor itu?
Mungkin 'kedegilannya' itu adalah semata-mata  dengan uberrimae fidei...






.

7 comments:

tasekM said...

aku tau la ko tgh ambik paper law.
tak payah la dalam entri pun pakat bubuh term2 law.

:p




.

Nizam.Ariff said...

TM,
Ahhh... senang nak hafal... kah kah kah

LydSunshine said...

law terms ke tu? Aku ingat nama saintifik penyakit apa2 ke. Huhu.

Daddy Ziyyad said...

ego te provoco Nizam!
labor omnia vincit..sapientia melior auro..vero nihil verius! :P

Nizam.Ariff said...

LyD,
Bukan law terms... cuma bahasa sahaja


Daddy Ziyyad,
Non sum fabulam provocatus
Sed melius imbrem aureum in terra patria sua...

Teena Tna said...

Errr, apakah bahasa asing ini? Langsung x faham.

Nizam.Ariff said...

Teena Tna,
aku pun tak berapa nak faham gak... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com