Thursday, June 20, 2013

zon selesa dan zon kurang selesa

.

Tengah hari tadi, aku makan nasi seorang diri, seperti biasa bila mana kawan kawan meninggalkan aku sendirian di pejabat. Kadang kadang kalau dia orang ada pun aku biasanya tak ikut... hahaha.

Semasa keluar dari pintu pejabat, aku lihat langit kelabu... kasihan. Ketika mahu masuk ke kereta, badan aku yang beku sudah mencair. Ketika aku labuhkan bontot ke kerusi, cecair badan aku sudah mendidih. Apabila sampai sahaja di depan kedai makan, aku sudah pun menjadi superheated!

Selepas mengambil nasi, aku pilih ikan pari dimasak asam pedas bersama sama sekuntum bunga kantan sebagai sayurnya dan aku ambil daging masak kicap. Aku pesan air  barli berais. Selepas teguk segelas air, suhu aku turun sedikit.


Apa yang aku nak beritahu sebenarnya ni?

Untuk makan, kadangkala aku perlu keluar dari jerumun yang selesa, masuk ke zon yang tidak selesa. Kalau aku tak nak keluar, aku tak dapat makan tengahari macam tu. Melainkan, aku pesan sesiapa yang keluar ke zon panas, belikan aku nasi...




.

9 comments:

Kniedaz said...

tapi bila pi sendiri boleh pilih lauk yang kita suka...bila kirim, kadang2 tak kena tekak pulak

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
ya, itulah compromise yang kena dibuat...

sepa said...

aku ada dengar istilah 'brunch'... breakfast+lunch. hehehe

Temuk said...

Berada di zon panas, masih kepingin asam PEDAS + daging berkicap yg selalu berMERICO. Mujur ada penentang, si air barli berais. Tapi, di kala mudah diri jadi superheated, air batu boleh menghentak kesihatan!

Daddy Ziyyad said...

hahahaha..bunga kantan aja sayur kau? Tak cukup bro..tak cukup!

Aku pun kekadang malas nak keluar sebab panas....Tu pasal aku kalau boleh, nak migrate ..wakaka

cinta said...

byk pengajaran citer pendek ini.
hee..

Nizam.Ariff said...

sepa,
itu biasa ko buat dulu kan ? hahhaa


Temuk,
Sekali sekala tak pe...ubat
hahaha


Daddy Ziyyad,
ramai dah migrate...
tapi kawan2 aku tu nak mati, dia orang pesan tanam kat sini gak... hahaha


Cinta,
bagi yang nak belajar, ada pelajarannya...

LydSunshine said...

Mkn bunga kantan je buat sayur? Heheh.. Cam comel je. Sekuntum je plak tu. Cukup ke.

Nizam.Ariff said...

LyDS,
Akunak ambik banyak2 nanti orang kata tamak pula.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com