Monday, July 15, 2013

Aku faham begitu , kau faham begini

.


Aku sering terdengar istilah 'fahaman politik' tapi aku sendiri kurang faham apakah maksudnya. Seringkali ungkapannya begini "walau pun mempunyai fahaman politik yang berbeza, kita mesti bersatu apabila negara diancam musuh luar..."

Aku rasa penggunaan istilah 'fahaman politik' dalam konteks tersebut kurang kenalah sebab tak pastilah sama ada orang itu benar-benar faham tentang politik partinya. Kadang-kadang pemimpin cakap lain dan orang itu faham ke lain pula. Mungkin terjadi 'communication breakdown'. Oleh itu perbezaan fahaman berlaku bukan di luar parti malah di dalam parti itu sendiri. Jadi, ungkapan di atas yang digunakan untuk membezakan keahlian parti tidak boleh digunakan lagi. Fahaman kini bersifat individu sebab masing-masing punyai pendapat. Jarang yang mempunyai pendapat yang benar-benar sama... sipi-sipi tu biasa.

Aku rasa istilah yang patut diguna ialah 'naungan politik' seperti contoh ungkapan "walau pun naungan politik berbeza, bla.. bla.. bla.. ". Seperti duduk dibawah 'payung'... bergantung kepada cap parti apakah yang ada pada payung itu.



.

14 comments:

cinta said...

tepat sekali.

Nizam.Ariff said...

Cinta,
hah.. dah ada penyokong seorang...hehehe

NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI said...

kalau nak kira ' fahaman politik ' , mmg beza la setiap fahaman setiap orang...tak boleh expect semua orang akan ada fahaman yang sama

Nizam.Ariff said...

Nang,
Ya, begitulah maksud aku tu...

Kniedaz said...

ya tak ya juga tu..mmm...sapa nak mula guna "naungan politik" dulu?

gadisBunga™ said...

saya pakai payung cap avon.

t.a.t.a said...

Aku rasa aku pun nak setuju juga la.

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
orang yang patut mulakan ialah mereka yang terlibat di PRK di 'teganu kite' nuu...


GB,
Bila sebut Avon, aku terus teringat imej lisptik merah... hahaha



Tata,
tak payah rasa-rsa, setuju je terus... hehehe

t.a.t.a said...

Kau nak kumpul penyokong kah?


Aku pulak kalau cakap Avon, teringat tupperware.. hahaha



Nizam.Ariff said...

Tata,
Avon ada jual tapawer gak ke?

t.a.t.a said...

Ada. Sebab tu aku boleh teringat tupperware kalau tengok Avon ni.

Kalau kau rajin belek katalog nya (eh, orang sebelah kau tak pernah beli Avon ke?), macam-macam ada dalam tu.

Nizam.Ariff said...

Tata,
Ooo... aku tau tupperware tu tupperware punya la...

t.a.t.a said...

Ala. Tupperware brand apa sekali pun, tetap dipanggil tupperware juga. Aku rasa tupperware tu bukan lagi brand atau kata nama khas, tetapi sudah jadi kata nama benda.

Nizam.Ariff said...

Tata,
Haah.. betul gak tu... macam ubat gigi gak.. semuanya colgate... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com