Thursday, July 25, 2013

Buffet Ramadhan versus Ruh Ramadhan... satu pendapat seorang sahabat.

.

Seorang sahabat aku berkata tentang bulan Ramadhan dan 'budaya' yang orang kita bawakan bersama-samanya. Katanya...

Kita tak menghayati ruh sebenar Ramadhan jika sepatutnya kita rasai kerendahan diri lebih rendah dari bulan-bulan lain tetapi tidak. 

Sepatutnya Ramadhan adalah satu period dimana kita keluar dari belengu nafsu dan meningkatkan keimanan, dan selepas Ramadhan kita istiqamah bebas dari belengu nafsu itu.

Katanya, 'acid test' atau ujian ringkasnya ialah jika kita berbelanja di bulan Ramadhan melebihi dari bulan-bulan lain, kita telah pun gagal untuk menghayati ruh Ramadhan.



Itu katanya. Dan aku rasa kita perlu perhalusi kerana 'acid test' itu terlalu umum.

Aku rasa maksudnya ialah jika kita berbelanja untuk makanan atau memakan makanan yang 'berkelas' sedangkan pada bulan-bulan lain kita tak ada perasaan teruja seperti ketika mahu berbuka, maka kita telah gagal. Ia tak bermaksud berbelanja membeli pakaian kerana pakaian itu kita pakai berbulan-bulan atau bertahun, cuma kita beli untuk Hari Raya.

Bulan Ramadhan sepatutnya menundukkan nafsu dengan cara 'melaparkannya'. Sebaliknya, kita lebih teruja untuk 'meraikan' berbuka dengan makanan yang melebihi daripada bulan-bulan lain seolah-olah ingin 'membalas dendam' akibat berpuasa sepanjang harinya.

Memang benar bahawa Tuhan menyatakan bahawa berpuasa itu akan mendapat dua jenis kegembiraan dan salah satunya kegembiraan di kala berbuka namun janganlah cara kita meraikan kegembiraan itu dengan mahu makan itu ini. Makan itu ini tak bermaksud makan banyak sahaja. Ia termasuk makanan yang walau sedikit tetapi 'berkelas' dan lazimnya jarang dimakan ketika bulan-bulan lain. Mudahnya, salah satu contoh, berbuka puasa secara buffet di restoran atau hotel.

Kalaulah pada bulan-bulan lain, nak makan buffet di restoran atau hotel terpaksa berkira-kira, kenapakah ketika di bulan Ramadhan kita mahu pula (walau pun orang belanja)?

Bukankah sepatutnya kalau bulan biasa makan buffet maka di bulan Ramadhan menahan diri dari makan buffet? Barulah kita kata Ramadahan mengajar kita tentang manahan nafsu. Apatah lagi kalau bulan-bulan lain tidak pernah makan buffet, sepatutnya perkataan 'buffet' itu tidak langsung terlintas di kepala semasa Ramadhan.

Jadi, kalau 'acid test' itu boleh diterima, bolehkah kita kata sesiapa yang makan buffet itu ialah orang yang kurang menghayati ruh Ramadhan (walau apa pun alasannya seperti orang belanja, family gathering, sekali-sekala nak makan, ada promosi, ada diskaun... dsb)?

Ini kerana bukan buffet itu yang menjadi masalahnya tetapi niat kita yang tiba-tiba nak merasa segala jenis makanan yang terhidang (kata lain 'lahap'). Jadi, tidak salah kalau kita berbuka secara buffet tetapi cuma makan ala kadar seperti sebiji kurma, sepotong kuih, segelas air dan mungkin sepiring meehoon. Masalahnya, bolehkah begitu?

Dan kalaulah kita hanya makan ala kadar pun, harga buffet tadi itu semestinya lebih mahal daripada juadah ala kadar itu. Dan ini menjadikan kita berbelanja lebih banyak daripada bulan-bulan biasa.

Promosi buffet Ramadhan yang membazir sepatutnya dijadikan 'cobaan' oleh kita semua. Anggaplah itu lambaian 'setan manusia' yang cuba untuk meruntuhkan penghayatan kita terhadap Ruh Ramadhan. Katakan 'Tidak' kepada buffet Ramadhan yang membazir...


Jangan salah anggap pula. Ada juga buffet Ramadhan yang menyajikan sajian ala kadar, ianya lebih dikenali sebagai 'set berbuka puasa'. Untuk yang ini, terpulanglah...



Gambar hiasan.

Adakah kalau bulan-bulan lain aku makan nasi maka bulan ini mee segera mungkin dapat menyedarkan aku akan hakikat 'kepayahan'? Apa salahnya, kan?




.

17 comments:

Kniedaz said...

mmm...sepatutnya begitu kan...tapi tak payah gi buffet la, gi bazar ramadhan je dah penuh kiri kanan tangan pegang plastik...makannya tak juga..membazir dah..dulu aku pun begitu tapi bila dah tambah tua ni, makin ala kadar pulak...

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
aku lebih selesa nak buffet luar Ramadhan... tak terkejar2 nak solat ..

NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI said...

jadilah macam aku , makan megi , nasi kosong n telur rebus je...minum , air suam je...hahaha

Nizam.Ariff said...

Nang,
Hah, kalau kali ni makan megi dgn telur rebus, lain kali makan megi kosong je... minum air paip.

cinta said...

Tak setuju dgn pendapat sahabatmu itu.. ahah.
Melihat org yang berbelanja byk di bazaar ramadhan, buffet di hotel, juga adalah ujian utk kita supaya tidak berprasangka lalu rasa diri sniri lebih bagus (baca: takbur) sbb berbuka ala kadar dan menunaikan semua perkasa sunat bulan Ramadhan.
btw, tahun ni aku x berbuffet dan tak berbazaar ramadhan dan belanja utk mkn bulan ni lebih rendah dari bulan2 lain. kalau ikutkan acid test tu mgkin aku calon yg lulus. hee...

Nizam.Ariff said...

cinta,
maksud kawan aku tu, dia nak bertanya, kenapa belanja dalam bulan Ramadhan melebihi bulan2 lainnya sedangkan Ramadhan mengajar erti insaf?... tu je.

Dan ko lulus cemerlanglah kalau gitu... syabas! Hahaha....

gadisBunga™ said...

makan megi masa bulan puasa....boleh sembelit wooo~

Nizam.Ariff said...

GB,
Hah?!!! betul ke nih...?

Daddy Ziyyad said...

Isu 'buffet' di kala Ramadan ni, isu sensitif...Ramai yg sentap/tak boleh terbuka terima teguran/nasihat....caya tak? Sebab sensitif la JARANG sekali kita lihat agamawan/ustaz yg utarakan isu ini, setiap kali Ramadan tiba... :)

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
Ko dah tulis hari tu kan?
Hari ni aku tulis...
Karang 4-5 orang tulis, kira teguran tu jadi besar gak la.. harap2 gitulah...
takpe, kita ajar kat anak... perlukan masa satu generasi agaknya untuk buat perubahan...

Puteri Purnama said...

Salam Nizam,
kelmarin aku buka puasa makan megi rendam air panas je..lagi sedap badan gi terawih, rasa ringan je hehehe.

Nizam.Ariff said...

Puteri,
Malam tadi aku pelahap megi... badan gigil la... nak kena makan nasi juga gayanya... hahaha

Lelaki said...

aku x mahu komen ttg org lain nak komen diri sendiri...mmg x faham kenapa bila ke param pasti terlebih bujet...naya2.

Nizam.Ariff said...

Lelaki,
hahaha... samalah kita pun...

t.a.t.a said...

nang, air tom yam masuk dalam menu tak? ahaks..


tahun ni gue pun kurang gi param dah. tak tahu nape. nafsu nak berbuka pun dah kurang. yang pasti cuma nak alas perut dan tak nak bagi senak. susah karang nak solat.


setiap tahun batch asrama mesti buat majlis buka puasa. mesti di buffet. setiap itu juga gue tak pergi. tak minat la buffet ni.

Aishah Jahirah said...

berpada2 je...bulan ramadhan ni alhamdulillah lg jimat poket.kira satu kelebihan la...yang paling penting jangan membazir terikut nafsu makan...

Nizam.Ariff said...

Tata,
Malas nak kejar kejar maghrib nanti kalau buffet kat restoran.


Aishah,
Ya, betul tu. Kembali menghayati ruh ramadhan...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com