Monday, July 8, 2013

Gelandangan di tengah-tengah kota...

.

Malam Sabtu baru-baru ini, aku ke sini untuk melihat sesuatu...




Tak... ini bukan siang tetapi malam. Dan aku bukan makan di situ kerana pada waktu itu kedai itu sudah pun ditutup. Aku cuma menumpang duduk di tubir siar kakinya sahaja kerana apa yang aku tonton sebenarnya ada di seberang jalan sana, iaitu...




Sebuah lokasi dimana pada gelandangan akan berkumpul saban malam untuk mendapatkan makanan dari pihak majlis agama. Dan pada setiap malam Khamis dan Jumaat, pihak NGO pula akan mengambil alih untuk memberikan makanan percuma kepada mereka. Ada juga yang aku lihat sepasang suami isteri muda menolak kereta sorong bayinya, datang mengambil makanan dan minuman, makan dan minum di situ, kemudian berlalu pergi.


Dan pada malam itu...
Renjis kasih turun dari dada langit
Bukti rahmat di bumi yang di situ
Buat membelai hati yang melihat dari sini.





.

12 comments:

sudipVSsenduk said...

tangan di atas adalah lebih baik dr tangan yg dibawah

Teena Tna said...

Sebelum ni ada jugak tgok kt tv pihak2 NGO bagi makanan kpd gelandangan, tp tak tahu pula aktiviti spt ini berterusan setiap minggu..

Anonymous said...

kawan aku ada berniaga kedai makan kat kg. baru. hampir setiap malam dia akan beri makan pada gelandangan, daripada jualan yang tak habis.

respek untuk dia...

cinta said...

tiba2 rasa sgt bersyukur.

Nizam.Ariff said...

SVS,
Ya... beramal dalam bulan puasa ada kelebihan berganda...


Teena Tna,
aku pun begitu... aku ingatkan tak berterusan...



SM,
aku juga respek kat dia... dapat rezeki di dunia dan di akhirat...


cinta,
ya... kita tahu di mana kedudukan kita dalam masyarakat dan dalam agama dari segi makan-minum...

mereka itu punyai banyak masa daripada kita untuk memerhatikan kehidupan..

sepa said...

masjid jamek dah berubah wajah rupernya. eh, apsal shot ko tak nampak mydin.


kali terakhir aku ke situ tahun1996 kot
.

Nizam.Ariff said...

sepa,
entah... tak nampak pun mydin.
aku tak tau pun ada mydin kat situ... hahaa..

Bunda_nora said...

bertambah2lah pahala orang yang berpuasa memberi makan kepada mereka yg berpuasa..

secangkir madu merah said...

Tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima..

Selamat berpuasa buat kau & keluarga, semoga ramadhan tahun ini lebih bererti dan bermakna..

Nizam.Ariff said...

Bunda,
betul tu, bunda...



SMM,
Aku sekeluarga juga mengucapkan selamat berpuasa kepada akak sekeluarga...

SuzieLAWAti said...

selamat berpuasa....

semoga penuh makna kali ini...

Nizam.Ariff said...

CPL,
sama-samalah kita mencarinya..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com