Monday, July 22, 2013

Kucing liar... yang tak berkalung atau bertali leher

.

Pagi tadi aku dapat email dari Tuan Pengerusi persatuan penduduk di petempatan aku, berkenaan kucing-kucing kejiranan yang sering membuang onar merata tempat.

Tulisnya:

Assalamualaikum / Salam Sejahtera.
 

Terima kasih dan tahniah kerana menggunakan sangkar untuk mengurung kucing masing-masing dari berkeliaran. Pihak AJK sentiasa membuat aduan secara berkala dengan MBSA berkenaan dengan penangkapan kucing liar.

Walaubagaimana pun, masih terdapat kucing liar yang berkeliaran di kawasan perumahan. Menurut Pn Suhaila, Unit Haiwan, MBSA, mereka pun menghantar kucing-kucing yang ditangkap ke PAWS Subang. Charge yang dikenakan adalah RM30 utk kucing 1 tahun keatas, RM50 utk 1 tahun ke bawah. Penghantar perlu mengisi borang yang dilampirkan. Rujuk web Paws..http://www.paws.org.my

Terima kasih




Dan tanpa teragak-agak, aku pun balas emailnya begini:

Salam,

Di rumah saya dah ada bunyi tikus di atas siling.
Ingat nak beli racun tikus
Gaulkan racun dengan makanan kucing.
Dan letakkan kat tepi pagar... mana tau kalau ada tikus lapar datang ke situ..
Rasa-rasanya tak ada ayam itik belaan jiran, jadi tak ada masalah lah kut.


Sekian.

Dino el-Junaidi


Mama tanya, kenapa gaulkan racun tikus dengan makanan kucing? kenapa letak kat pagar sedangkan tikus ada di atas siling? Dan apa kaitan dengan ayam itik sedangkan memang tak ada ayam itik pun? Aku tak jawab terus. Aku tersengih-sengih saja umpama kerang busuk yang bertanduk.... hehehe

Apalah agak-agaknya yang bermain di kepala-kepala tuan punya kucing yang tak bertuan agak-agaknya?



.

8 comments:

Qashmere said...

Bagi tak kucing makan?

Kniedaz said...

tuan punya kucing tak bertuan?
adakah aku berhalusinasi kerana perut berbunyi atau memang benar ayat itu?
Ko nak bunuh kucing yg tuannya tak kurung ek??? bulan posa ni

ummuaidan said...

cian lah kucing kalau letak dlm makanan dia..baik jer letak perangkat yg melekat tuh..

JunAina said...

Eh....sampai hatikah kot2 tulis aje buat tak sampai hati.

Nizam.Ariff said...

Qash,
belum dibuat lagi... hehehe


kniedaz,
maknanya tu kucing tu bertuan tapi tuannya tak nak mengaku itu kucingnya... hahaha



Ummuaidan,
ye ke?
aku nak letak perangkap yang apit spring tu.... kena tang tengkuknya, nau putus kut...


JunAina,
errr... err... cakap kena garang dan macho.. buat atau tak tu bicara lain... janji rasa berbuku dalam hati dilepaskan kepada penduduk setempat... kakaka

t.a.t.a said...

Betul jugak tu ye. Nak buat jahat ni kalau di peringkat niat masih belum dapat dosa lagi, tapi bila dah execute baru dicatit sebelah kiri.

Take this as one of the mean to lepaskan perasaan yang terbuku tu. Kiranya tarik benang di tepung la ye?

Oooo.. ok!

t.a.t.a said...

Kniedaz, bulan pose tak bulan pose, bunuh kucing memang tak boleh. Bukan hak kita nak ambil nyawa makhluk Dia yang lain.


Even semut!

Nizam.Ariff said...

Tata,
Ya.. itu namanya memberi ancaman kepada tuan punya kucing..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com