Thursday, July 4, 2013

Memproses daun Stevia untuk menggantikan gula

.

Sekarang ini, orang heboh dengan sejenis pengganti gula, sebagai pemanis yang dihasilkan dari daun Stevia. Abang aku salah seorang yang menggunakan daun ini sebagai pemanis. Sesetengah orang kata pokok Stevia ini payah hendak dibela tapi aku tengok pokok-pokok di rumah abang aku elok je suburnya. Tanamnya pun cara cucuk batang sahaja.


Beberapa pasu pokok Stevia, daunnya baru sahaja dituai...

Daun Stevia yang dikeringkan boleh dimasukkan ke dalam secangkir teh panas sebagai pengganti gula yang kosong kalori. Untuk menggunakan daun Stevia kering secara terus, prosesnya mudah sahaja. Kalau dalam bentuk serbuk, atau yang lebih 'advanced' dalam bentuk pil berkepekatan standard, aku tak tahu caranya. Mungkin memerlukan proses tertentu untuk mengekstrak protin pemanis itu dari daunnya.


Daun-daun Stevia dipilih dan dipetik.

Daun-daun tadi dibasuh dengan air yang bersih dan ditoskan


Kemudian, dijemur dibawah terik mentari untuk meningkatkan kepekatan protin pemanis
(dengan cara penyejatan air lebihan)

Namun begitu, daun Stevia kering yang direndam ke dalam air teh masih terasa rasa daunnya. Tapi, apa ada hal.... teh pun sejenis daun juga. Lama-lama, lidah itu akan biasa dan boleh menerima.





.

11 comments:

aza ni said...

aktif abang awak...

LydSunshine said...

Yang kering pun ada rasa pahit2 skit kan? Yang ni guna untuk masak sesuai tak? Mmg hebat la abg awk bleh tanam stevia sendiri pastu mmg guna secara tegar. *tegar ke? Takde ckp pun tegar kan? hehe.

Miza Lee said...

menarik! :)

Nizam.Ariff said...

azani,
ada banyak ruang sekeliling rumah...



LyDS,
Masih ada... tapi kalau dimasukkan ke dalam kopi atau teh, tak terasa sangat... untuk masakkan? erm... tak pasti la pulak...

Nizam.Ariff said...

Miza Lee,
boleh cuba sepasu, setiap hari buat air secawan, celupkan 2 helai daun yang fresh... buat macam daun pudina je.. tak payah beli gula..

cinta said...

mane nak dpt benih? nk tanam jugak..

Nizam.Ariff said...

Cinta,
Skrg dah banyak... cari di nursery atau pasar tani yang jual anak pokok-pokok buah dsb... ada dijual.

ASH said...

Yang ni sangat bermenafaat..
.
.
.
Kau tak teringin ke nak ber stevia?
Boleh nampak slim sikit....

Nizam.Ariff said...

Ash,
aku ada dah nih....

Suzana Jaafar said...

boleh guna terus daun fresh ke? saya baru beli sepasu, tapi tak tahu cara menggunakannya..

Khairunnisa Azahari said...

Teh stevia ye.. menarik.. td baru beli sepasu.. xsbr nk sarapan esok. Hihik.. tq nice sharing

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com