Friday, July 5, 2013

Sebelum disusun betul-betul, susun dulu dalam kepala....

.


Diantara kebaikan menanam bunga di dalam pasu ialah kita boleh ubah-ubah kedudukannya.
Kalau sudah bosan dengan susun-atur begitu, kita boleh susun-atur begini.
Bila itu pun sudah bosan, digubah cara lain pula.
Sekejap disusun memanjang, sekejap dikumpul-kumpulkan.
Sekejap dipisah-pisahkan, sekejap disusun ikut jenis bunga.

Tapi, ada kelemahan dari aspek lain pula.
Contohnya, kalau kita tak pasti bagaimanakah susun-atur yang menarik pada kali ini.
Sekejap diangkat dari sini dan diletakkan ke situ.
Bila tak menjadi, pidahkan pula ke sana.
Bila tak menarik, pindahkan lagi ke sini.
Kemudian... kemudian.... bila tenung-tenung, bila kepala sudah digaru-garu,
"letakkan macam tadilah kut?"

Terfikir sejenak kalaulah aku ada butang 'UNDO'...haih...




.

16 comments:

Teena Tna said...

Tanam kt tanah terus, permanent, tak boleh dipindah lagi..hehe
#salam jumaat

the malay male said...

tv saya diletakkan di dinding, confirm tak leh ubah dah... nnt nampak pulak lubang2 kesan tebuk di dinding tu :-)

ibundo said...

haha.. mesti bini ko yang ngarahkan suruh alihkan pasu tu kan..

Nizam.Ariff said...

Teena,
Ada gak yang ditanam kat tanah tapi kat pasu pun ada gak... huhuhu


the malay male,
ya, aku pun sama. kita orang lelaki, selera hati jarang bertukar ganti... kakaka



Kakpah,
Hahaha... tuduhannnn...
kadang-kadang aku yang pindahkan tapi last sekali tak dapat approval dari yang empunya pasu, kenalah letak balik tempat asal...

JunAina said...

Hahha senang hidup kalau ada butang undo. Tekan ja...

LydSunshine said...

Control + Z pon bleh. Hehehe.

sudipVSsenduk said...

kalau saya buat sketches dulu...

Nizam.Ariff said...

JunAina,
Ya... kalau buat silap pun boleh tekan butang UNDO je...


LyDS,
Hahaha... atau ctrl+alt+del je...



SVS,
Ahhhh! Taklah sampai begitu teknikal... tapi kalau nak transform atau landscaping kena la buat sebab high commitment exercise ek..?

cinta said...

len kali wat layout plan dulu. hihi..

tasekM said...

dh undo.
redo.


tak gitu?





.

Nizam.Ariff said...

cinta,
payah sangat tu...



TM,
dua-dua button tu ada.. ke depan, kebelakang... tapi kalau dah angkat pasu, sakit belakang gak mana-mana arah pun...

ASH said...

Entry ni mengingatkan aku pada jiran yang pernah menyewa kat sebelah rumah....

.
.
.
Akak tu selalu cakap...
'Saya tak bergaduh dengan my hubby sebab perempuan ker haper ker tapi bertekak sebab pokok pokok..."

Hahaha...

Dia pindah masuk dengan membawa satu lori pokok pokok berpasu..besau besau....
Mana nak taruh?

ASH said...

Design guna komputer takleh ker...?
Visualized kan garden engko tu

Baru ler idak sakit belakang...
.
.
.
Hehehehe..

Nizam.Ariff said...

Ash,
setakat visualize je tak cukup... nak kena rasa, bau, pegang.... hahaha

sepa said...

bunga dalam pasu. pasu cap bunga.

bro, wa cadangkan :

pasu tuh luh lukis bunga, pastu luh atur, susun, bila ok, baru luh tanam bro.


.

Nizam.Ariff said...

sepa,
oh ya... baik aku gunting kadboard macam bentuk bunga letak dalam pasu... prototype sample.. keh keh keh

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com