Tuesday, July 9, 2013

Stem Cell bersumberkan tumbuhan..

.

Aku dapat ilham untuk 'menanam' taugeh setelah melihat seorang blogger Melayu yang tinggal di bumi Fiji. Selama ini aku ingatkan 'menanam' taugeh perlukan persekitaran seperti menanam cendawan tiram. Rupa-rupanya, ianya boleh tumbuh di dalam periuk sahaja!




Aku perhalusi ilmu menanam taugeh ini dari boss aku. Rupa-rupanya, dulu semasa zaman kemelesetan ekonomi di Malaysia, dia ada pergi berkursus. Dia ceritakan satu per satu cara-cara menanam taugeh. Tapi, aku kata, aku cuma nak buat sekali makan sahaja dan aku tak perlukan segala jenis 'aparatus' seperti seorang towkeh taugeh. Jadi, dia berikan petuanya sahaja.

Aku ikut petua itu. Aku rendam segenggam kacang hijau lebih kurang 4-6 jam atau sehingga ada kulitnya yang sudah pecah. Kemudian, lapikkan satu bekas plastik dengan kain bersih atau sapu tangan bersih, tapi dalam foto itu aku gunakan sejenis tisu dari sejenis sabun basuh baju (tisu tersebut mempunyai sabun) tetapi telah pun digunakan... dah tak ada kesan sabun lagi. Aku gunakan tisu itu kerana ianya liat (kalau tak liat sudah tentu habis hancur tisu itu dai dalam kain baju yang dibasuh). Aku lipat-lipat tisu itu agar tebal untuk memisahkan air dari kacang hijau.

Kemudian, aku taburkan kacang hijau rata-rata di dalam bekas plastik. Aku renjis-renjiskan air sehingga tisu itu lembab tetapi kacang hijau tidak sampai terendam. Kemudian aku letakkan bekas itu di dalam sebuah periuk dan aku tutup. Tujuannya, untuk elakkan cahaya masuk.

Sebelum pergi kerja, aku renjiskan air lagi. Apabila balik dari kerja, aku renjiskan air lagi. Sebelum tidur, aku renjiskan air lagi. Dalam 3-4 hari, jadilah seperti di atas itu.

Taugeh yang kita tanam sendiri, kita yakin ianya bersih tanpa was-was. Ianya boleh dimakan begitu sahaja dan aku percaya sel stem taugeh itu ada. Sebelum ini, aku pernah dengar ada kes tentang cara murah / mudah untuk menggemukkan taugeh iaitu dengan air kencing (air kencing ada urea). Jadi, taugeh aku itu sedikit liat dan taklah gemuk sangat sebab aku tak kencing di situ...




.

20 comments:

sudipVSsenduk said...

goreng utk sahur pon sodap ni...

Nizam.Ariff said...

SVS,
Haah.. tuaian pertama kami gorengkan dengan sos (berperasa) tiram je..

sepa said...

cuma ko semai benih padi dalam periuk bro, bila dah tinggi ruper tuh, ko masakla...


:)

tasekM said...

kacang hijau mahal la.
aku beli je la togeh tukat kedai senang.

hehe.



.

Ellie Mariana Abdullah said...

Semai padi dalam periuk ? Akak syak 4 bulan belum tentu boleh makan la..

Satu periuk tak cukup kut Sepa..

Selamat berpuasa le untuk semua..

Ellie Mariana Abdullah said...

Semai padi dalam periuk ? Akak syak 4 bulan belum tentu boleh makan la..

Satu periuk tak cukup kut Sepa..

Selamat berpuasa le untuk semua..

ummuaidan said...

selamat menjalini ibadah puasa..
senang kan boleh buat taugeh sendiri..tak yah beli daa..

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Hah...!
Ko memang otak geliga...
lepas tu bela ikan dalam kuali.. bila dah besar, teruk taruk minyak dan goreng.. kakaka



TM,
tak la mahal sangat...
nak guna pun segenggam je pun...
ikut perkiraan, sekilo kacang hijau boleh dapat 8-12 kilo taugeh..


Waterlily,
Itu sepa punya idea kak... hahaha
Selamat berpuasa...


Ummuaidan,
ya, betul tu... lagi pun nak pegi kedai nak beli taugeh sikit2 macam tak berbaloi... kecuali kalau nak buat kenduri, kan?






t.a.t.a said...

Sepa, idea yang bernas. Rasa nya Bernas pun tak pernah terpk idea ni kan?

Eh, mana sesuai? Periuk karan atau periuk besi atau periuk api?

Nizam.Ariff said...

Tata,
Asalkan periuk yang ada penutup sebab syaratnya cahaya tak boleh masuk... nak letak dalam almari baju pun boleh... hahaha

t.a.t.a said...

Abeh, kalu ia duduk dalam lemari baju, baju nak duduk mana?

Nizam.Ariff said...

Tata,
baju?
baju lipat dalam laci la...
err... ooo... laci pulak penuh dgn benda2 lain ek? hahaha

t.a.t.a said...

Haaa! Benda lain pemenda tu?


ooo saya tahu!

tauge tadi tu kan?

Nizam.Ariff said...

Tata,
Haah... taugeh juga... pandai!

ASH said...

Dulu aku tengok depa ternak taugeh guna guni beras yang dilembabkan..
.
.
Guni yang orang boh padi tu la...
Yang orang bandar buat acara lari dalam guni tuuuuu...


Aku ajark budak tadika guna kapas lembab.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Aku masih terbayang-bayang bau guni yang lembab... perghhhh!

t.a.t.a said...

Perghhhh bau yang menawan atau bau yang buwek!!

Nizam.Ariff said...

Tata,
mana ada guni basah 10 hari berbau lavender... hahaha

Kniedaz said...

dulu masa kat kampung rajin cambah taugeh..tapi tak sampai panjang..sampai keluar tunas je..sedap dibuat kerabu..aishhh terus lapar...

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
aku pun pada asalnya nak bagi pecah kulit je, direbus je.. tapi alang-alang dah panjang, biarlah panjang terus...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com