Friday, July 5, 2013

Video memancing anak ikan dari desa..

.

Sejenis video memancing anak ikan di kolam semulajadi ...


video



Sekarang orang memancing ikan di kolam simen atau kolam buatan. Senang. Tak ada gangguan cuaca. Tapi, perasaan 'ummph!' tu tak ada. Perasaan takut ular patuk atau harimau menjenguk atau babi meranduk tak ada. Tak ada kisah tentang pacat atau lintah. Tak kisah pasal nak kencing berak. Dan tak kisah tentang pontianak dan langsuir.

Memancing di hutan perlu peka. Peka kepada cuaca, kepada angin. Kena pandai baca air. Kena tahu hidu bau hutan.




.

6 comments:

Puteri Purnama said...

tak nampak pun ikannya, nampak joran je, semangat saya tunggu.
Tapi betullah hutan, jelas bunyi burung tu.

Daddy Ziyyad said...

Aku tak minat memancing.
Tapi aku minat sangat tgk rancangan Monster Fish si Jeremy Wade tu...rasa nak join dia pi mancing aja...hahaha

Lady Windsor said...

ngeri lak aku tengok ayor pekat tu bro..ko dapat ikan bocat ke apa eh?

Nizam.Ariff said...

Puteri,
Kamera video aku tu tak canggih sangat.. tu yang masalahnya...



Daddy Ziyyad,
Memancing ni macam makan nasi gak la. kadang2 suka makan kat sini, kadang2 suka makan kat sana... hahaha



LW,
banyak-banyak nama, bocat gak yang ko pilih? dah tak ada nama lain ke?
ikan bocat tu mende?

sepa said...

memancing perlu kesabaran... kesabaran menunggu, mengintai, menghidu, dan mendengar kocak air.!

kesabaran menunggu itu perlukan masa.


.
banyak dapat ikan bro.?



.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
jadilah.. cukup untuk sekali makan anak beranak....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com