Friday, August 2, 2013

Ayam togel yang mati secara aman dan tenteram...

.


Aku agak cerewet ketika membeli ayam togel.

Tak kiralah di pasar-pasar malam atau di pasar basah, aku akan pilih tubuh fizikal ayam yang masih sempurna bentuknya: kepak tak patah sampaikan tersembul tulang, dada yang berisi, peha yang gebu dan bulat, lutut tak hitam atau terseliuh, leher yang ada kesan sembelih dan bukan dipotong atau di cucuk dll...Tujuannya, aku nak pastikan ketika ayam itu disembelih, ayam itu tak diseksa atau terseksa.

Dan petang Selasa lepas, di sebuah pasar basah, di sebuah gerai menjual ayam...


"Abang nak ayam yang mana satu?" Tanya dia.

"Tolong carikan ayam yang mati secara aman tenteram." Pinta aku.

Dia terkejut, reaksi yang aku sudah jangka bila aku cakap begitu. Dia lihat kesemua ayam-ayamnya dan termenung seketika.


"Ada tak?" Tanya aku pula

"Saya rasa ayam-ayam kat sini semuanya menggelupur bila disembelih... tak ada yang mati dengan tenteram."Jelasnya jujur.


Pada kali ini, aku pula terkejut dan termenung, berfikir sejenak.
Hmm.... betul juga kata dia.




.

9 comments:

smbotak said...

cuba tengok kalau-kalau ada ayam yang masih pakai kopiah dan paruh tersenyum. mungkin yang itu kot...

Kniedaz said...

kalau macam tu, xyah makan ayam la (bak kata pak menteri)
:P

t.a.t.a said...

kalau macam tu senangnya, kau bela dan sembelih sendiri ayam-ayam tu, beri mereka psikologi yang tinggi ketika hayatnya, baru la mereka mati dengan tenang dan rela, kan?

Nizam.Ariff said...

SM,
ayam mati dalam iman la tu...


Kniedaz,
hah.. kalau tak betul sembelihnya, memang tak payah makan ayam la...


Tata,
Macam konsep 'happy cow' di Jepun tu eh...

ASH said...

Orang mati kena tembak menunjukkan keadaan aman dan tenteram...

.
.
Hihi

Nizam.Ariff said...

Ash,
itu kenyataan ahli politik hahaha...

Daddy Ziyyad said...

Aku beli ayam di tempat yg aku yakini logo Halal nya, dan selalunya, kat Tesco la..hahaha..Dan mmg takde masa aku nak belek lutut ayam tu ke, leher dia ke, sebab ayam nya dah dipek dlm plastik..Tu pun jarang2 aku beli seekor ayam...Selalunya beli 'part' aja..beli chicken keel..satu pek lingkungan RM5.50 - RM6.50....Cukup lah utk makan 2 kali aku anak beranak...:)

Lelaki said...

hehe....betul gak tu mana ada ayam mati secara sukarela la ni.

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
dulu aku pun beli macam tu tapi aku pelajari bahawa setiap bahagian ayam mempunyai rasa dan untuk masakan berbeza...


lelaki,
ayam kena sembelih semasa dia tidur-tidur ayam mungkin la..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com