Friday, August 23, 2013

Bosan-bosan-bosan...

.

Dalam umur-umur begini, eloklah kalau bosan-bosankan dunia.
Sebab nanti bila dah bosan, itu bosan ini bosan, hati terasa nak berhijrah ke alam lain.
Alam yang baharu, yang penuh dengan tanda soal.
Yang selama ini cuma didengar sahaja ceritanya.
Bila hati dah terasa sangat nak berhijrah, senanglah nak meninggalkan dunia dengan rela hati.

Itu teorinya...
Hakikatnya, hati siapakah yang benar-benar bencikan dunia?
Yang dikatakan dunia itu juga termasuk manusia-manusia yang menghuninya.
Sanggupkah meninggalkan orang-orang yang tersayang?
Kecualilah kalau rasa sayang itu sudah lupus.

Itu teorinya...
Hakikatnya, adakah manusia yang langsung tak ada perasaan sayang?
Perasaan sayang itu termasuklah perasaan sayang kepada pasangan dan anak keturunan.
Sanggupkah buang rasa sayang kepada anak?
Kecualilah kalau hati telah keras mati.




.

8 comments:

smbotak said...

dunia yang selalu orang cerita tu ke? yang diceritakan oleh orang yang tak pernah sampai lagi...

Nizam.Ariff said...

SM,
Haah...
kalau yang dah sampai bercerita, aku takut gak nak duduk dengar....

ummuaidan said...

Ade ker orang yg volunteer nak tinggalkan dunia..rsnya yg amek nyaway sendiri jer kot sanggup..

t.a.t.a said...

Sanggup meninggalkan org yg tersayang?

Masa tu dah tak sedar pun apa yg berlaku. tup² bangun kita dah di tempat lain.

Puteri Purnama said...

idea yg.jelas disampaikan dengan jelas..ia membuatkan aku menyoal hati ku sendiri dan menjawabnya sendiri hanya dalam hati yg.belum mati.Tq zam.

Lelaki said...

dunia ini drama..kool je.

Su @ Aya said...

hati yang keras mati
hati yang kalih dengan rasa2 itu
rasa bosan, rasa benci dan rasa sayang,
itu teorinya lagi.. :)

hakikatnya?

Nizam.Ariff said...

Ummu,
Tu la... blom ada lg.

Tata,
Tak ada yang sanggup kecuali kalau terpaksa berkorban.

Puteri,
Sedikit muhasabah diri sebenarnya...


Lelaki,
Drama tak selalunya romantik...


Su@aya,
Hakikatnya, masing masing pentingkan diri ...

Dah emailkan postal address?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com