Sunday, August 18, 2013

Cara mengesan kehadiran orang ketiga di dalam rumah

.

Hijab sikecil masih belum banyak lapisnya... itu yang dikata orang tua tua, itulah sebabnya bayi senang 'keteguran' dek makhluk halus. Matanya boleh 'nampak' apa apa yang banyak orang dewasa tak boleh nampak.


Rumah kalau dah lama tak dihuni biasanya akan dihuni oleh makhluk halus...itu yang dikata orang tua tua. Itu termasuklah jika rumah baharu. Perkara biasa yang ditanya orang apabila masuk ke dalam rumah baharu ialah 'ada rasa apa apa tak?' atau 'tidur malam ada mimpi apa apa tak?'


Kemudian, menjadi satu kerja pula untuk mengetahui status 'kesihatan' rumah rumah itu. Kenalah ditanya orang yang lebih arif pula.


Aku nak syorkan satu cara. Bawa bayi kecil ke rumah itu dan lihat sama ada bayi tu menangis sampai melalak atau tidak. Jika ada, rumah itu ada 'penghuni lain'.


Kepada yang berhasrat nak bertanya aku tentang syor itu, aku jawab awal awal... 'ya, aku dah cuba'.

Aku ajak adik ipar yang ada anak kecil ke rumah... nasib baik budak tu tak melalak. Cuma menangis nak menyusu. Kejam? Aku? Taklah. Itu eksperimen, perlu diuji.



.


18 comments:

baby comel said...

Okey, kita angguk faham. Takut nk ulas tentang benda yg halus ni

Nizam.Ariff said...

Baby,
Ada budak kecik ek?
Jaga jaga...

Kniedaz said...

Aku lagi best...bawak balik benda halus balik rumah sampai anak aku nangis seminggu..dah seminggu baru pi check ngan orang pandai..rupanya dia tumpang aku balik dari tempat kerja..choii!

ummuaidan said...

kalau bayi asyik dok pandang2 kat syiling umah tulkeh nampak apa2 tak?

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
itu hantu gelandangan namanya... hehe


ummuaidan,
agak-agaknya baby tu pandang2 atas sebab nak cari ibunya kut...

Daddy Ziyyad said...

Tapi org kita ni, ramai yg terlebih concern pasal perkara ghaib yg melibatkan hantu ( syaitan), tapi tak concern langsung tentang perkara ghaib yg pasti dia akan tujui ( alam barzakh, padang mahsyar, neraka & syurga).

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
mungkin budak melalak tu bingit telinga dibuatnya.. tu yang lebih terconcern...

t.a.t.a said...

Tapi kadang tu masa bawa baby, masa tu la benda tu gi lepak tempat lain. So baby pun diam aje. Susah nak detect.

Anak buah aku selalu nampak. Tapi ni dah umur 4 tahun dia dah jarang sgt menunjuk² jari ke atas.

t.a.t.a said...

Daddy Ziyad, sama juga perangai orang kita ni yang lebih pentingkan pandangan orang lain dari pandangan yang Di Atas.

Susah nak ubah mentaliti.

Nizam.Ariff said...

Tata,
benda tu memang suka kat baby, dia pun geram gakkut tengok baby tembam2...

t.a.t.a said...

Memang suka pada baby. Tu pasal semua anak buah saya, nenek-nenek depa sapukan ubat busuk. kita yang nak dekat cium pun tak sanggup la.

Nizam.Ariff said...

Tata,
aku suka cium bau minyak telon

jeb said...

Cane nk buang?

t.a.t.a said...

haah. sedap bau nya.

Nizam.Ariff said...

jeb,
aku tak tau caranya. Biasanya aku solat+doa je, minta tolong Tuhan uruskan.


Tata,
tapi tak boleh ganti minyak atar la..

t.a.t.a said...

minyak atar? uhuk uhuk.

piau hidung aku.

nizam isa said...

salam..saya pun masa duk rumah baru penah kene... tapi selama 3 hari lebih kurang.. kene gangguan.. paling dasat hari petama dan kedua diganggu ngan mimpi ngeri dan ada sedikit bunyi gak.. satu malam tu rasa macam lama amat.. ngeri woo.. dalam masa tu jugak saya banyak baca ayat quran dan xlupa solat.. ingat allah banyak2... lepas 4 hari trus xde gangguan lagi..

Nizam.Ariff said...

Nizam Isa,
Kalau ada budak kecik lagi kasihan...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com