Thursday, August 29, 2013

Datang dan pergi... datang kembali

.



Dah lama tak pakaikan 'perengkuh leher berpam' atau bahasa mudahnya 'adjustable neck brace' kepada tengkuk aku. Dah lama = 5-6 bulan, rasa-rasanya.


Dan pada hari ini, aku pakai semula...
Secara tak langsung menunjukkan darjah tekanan dan ketegangan di tempat kerja, dan keperluan untuk aku menghabiskan masa bersama-sama laptop.


Sakit-sakit pun kena kerja juga. Ibarat nelayan atau petani, setakat demam batuk masih lagi kena bekerja demi mencari rezeki. Begitulah juga kita.



Oh ya... buku no. 4 aku dah siap dicetak...dan akan diedarkan kepada mereka yang telah memesannya sedikit masa lagi, inshaAllah.





.

12 comments:

jeb said...

Semiga cepat sembuh bro..

Nizam.Ariff said...

Jeb,
benda ni bukan sembuh 100%, semoga aku dapat bertahan selagi hidup... huhuhu

Kniedaz said...

napa ko kena pakai benda tu? harap ko ok ok je tau

t.a.t.a said...

leher kau penat sebab kau banyak tengok pc dok update blog aje ke?

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
sakit tengkuk, kak...



Tata,
itu pun ye, keje pun ye juga...

LydSunshine said...

ko kena rest jugak. Sian kat tengkuk tu.

Nizam.Ariff said...

LyDS,
... tapi tuntutan kerja dah gitu... huhuhu

Daddy Ziyyad said...

Buruk gila weh bila di translate...bahahahaha..

Ko dah buat proper check up? manalah tau kot kot cervical spondylosis

t.a.t.a said...

Haah, baru aku perasan. Adjustable bukan ke boleh laras? hahaha..

tu pasal sesetengah nama benda elok nya dibiarkan dalam English.

Contoh: Run a program that..
BM nya: Larikan acara yang..

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
Betul kan perengkuh? Hahaha...
Aku dah check, dia kata frozen shoulder dan ada spasm... juga pada tulang C4-C5 gap dah berkurangan... dengan kata lain, urat saraf aku tersepit, kena pulak dengan muscle spasm sebab dah lama kena...


Tata,
boleh laras tu betul... tapi macam panjang sangat.. hehehe

cik kaki ketawe said...

cepat sembuh bro...


#aku tak pernah pakai tie...haha

Nizam.Ariff said...

Cik kaki ketawe,
Jangan la pakai... kalau dah pakai, masalah rumit

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com