Monday, August 5, 2013

Pantun nasihat sosial.. berbudi berpada-pada

.



Mari-mari menuai padi
Padi dituai di hujung bendang
Hati-hati menyemai budi
Budi disemai diracun orang


Padi pulut padi mahlinja
Tangkainya muda diketam juga
Angkara mulut hati terluka
Sudahlah terluka disiram cuka






.

13 comments:

Daddy Ziyyad said...

dah nak raya ni..aku tak geti nak balas pantun...hahaha


selamat hari raya bro..
sorry kalau ada tulisan aku yg over...:)

raya mana?

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
ko kasi pantun pisang emas pun aku terima... haha

Selamat Beraya untuk korang sekeluarga juga, ampun maaf dipinta. aku balik selatan dulu baru ke utara..

cinta said...

sakit lak ati baca pantun ni. kih2. slamat ari raya, maaf zahir batin.

Nizam.Ariff said...

cinta,
hahaha.. pantun sakit hati namanya.

Selamat berhari raya buatmu sekeluarga, maaf zahir bathin.

che mid said...

Salam, pertama kali masuk sini disambut dengan pantun..

Jalan macam kura-kura,
Selamat hari raya

Nizam.Ariff said...

che mid,
Salam...
selamat berpuasa
selamat hari raya
masuklah dipersila

ummuaidan said...

orang berbudi kita berbahasa
kalau orang beri kita boleh merasa

budi badak budi kerbau
budi manusia jugak yg dikira..

ok tak pantun nie,,,heheh

Nizam.Ariff said...

ummuaidan,
pantun tu sungguh tinggi nilai nasihatnya...syabas!

sudipVSsenduk said...

Dari KL ke Batu Pahat,
Selamat Hari Raya!




Errr.. Ok tak kita pantun?

CiKPuaNLawA said...

dalam hati ade taman berseri
taman subur kembang setaman
apalah guna budi di semai
kalau racun jadi balasan

ape pantun sakit hati ja nih....
tak sesuaiii... nak dekat2 raya nih...

selamat hari raya ya bang nizam...
kalau ada terlalu kampung tu datang lah menyinggah... ;)

Nizam.Ariff said...

SvS,
itu baru pembayangnya je... keh keh keh..



CPL,
Pantun sakit hati ke?
itu pantun nasihat la...
Terlalu kat jalan situ tu mungkin tapi bukan musim raya la kut... hehehe

t.a.t.a said...

daging lembu diangankan masak rendang
ikan keli dicadangnya lemak cili padi
kenapa dituai padi hujung bendang?
ye la, padi dalam tempayan tak menjadi...

Nizam.Ariff said...

tata,
mana tidaknya, dalam tempayan penuh melukut...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com