Tuesday, August 27, 2013

Sakit pikirin apa?

.

Malam semalam, selepas kutuk Pahlawan Ali, ketulahan apa agaknya, tiga kali aku memerut. Sekali pada jam 12, sekali pada jam 3 lebih kurang dan sekali pada jam 6. Dan pada siangnya ada sekali dua lagi.

Ada kawan kata kalau keracunan makanan, puncanya boleh dikesan 4 - 6 jam sebelumnya. Itu tempoh bakteria mengeram agaknya. Kalau disebabkan racun, tempoh sakit lebih cepat sebab racun tak perlu membiak agaknya.

Tapi aku syak punca kesakitan aku ialah makanan yang aku makan pada tengahari sebab kalau makan malam, Mama dan Ariff tak pula sakit.

Apa yang aku makan?

Doktor pernah pesan, dia kata makanan yang biasa berbakteria ialah protin dan karbohidrat. Nasi yang aku makan masih panas. Jadi aku syak pada lauknya.

Aku makan lauk ayam masak sambal. Apa yang aku perasan pada masa itu, ayam itu bersalut tepung.

Resepi sambal apa yang ayamnya kena disalut tepung? Hmmm... adakah itu ayam 'recycle'? Ayam goreng kelmarin?

Kawan-kawan kata kalau kari ayam bersalut tepung, mungkin itu ayam goreng yang tak habis kelmarin. Kalau nak makan kari ayam atau masak lainnya, pilih ayam yang masih pejal dan tak bersalut tepung...kebiasaannya begitulah.






.

11 comments:

Teena Tna said...

Dah makan ubat ke, daripada pikirin punca, baik cari jalan penyelesaian. macam2 makanan dah masuk perut nih.

Lelaki said...

minum 100 plus...kasi ok

Nizam.Ariff said...

Teena,
Makan pil chi kit teck aun je... mgkn juga dsbbkn mkn mcm2 ...

Lelaki,
Itu penghidrat yg mesti...tapi aku lupa nak beli pula tadi... huhuhu.


Daddy Ziyyad said...

Jangan lupa faktor AIR bro..
Air boleh jadi punca pembawa virus juga, penyebab gastroenteritis.

BTW, air 100 Plus dah bukan isotonic drink lagi ( ni yg aku faham sekarang ni, tak tau la kalau pengeluar dah add on balik sodium dlm tu...cuba check botol/tin 100 Plus)...So kalau nak hydrate badan, minum lah Revive istonic. Oh ya, ini bukan iklan Revive ya...pesanan ikhlas dari aku aja..hahahaha

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
Oo... patutlah sejak akhir-akhir ini aku lebih suka minum revive daripada 100plus... lebih sedap aku rasa...

t.a.t.a said...

tak pernah pulak orang buat ayam goreng bersalut tepung dimasak merah. macam cacat aje resepi itu.

kau melahap di mana tengah hari semalam?

Su @ Aya said...

haa.. aku pun pernh jumpa ayam bersalut tepung, pastu di masak merah plak.

aku kalau bab ayam ni (lebih2 lg ayam goreng bercelup tepung di pasar malam), selalu ada rasa syak begini, 'Ayam semalam ker ni?'.

Nizam.Ariff said...

Tata,
Kedai mamak...


Su@Aya,
Hahaha... aku rasa memang pun...

LydSunshine said...

Fahrin Ahmad dah baca blog ko semalam kot. Kena tanya dia la apa dia dah buat dgn ko.

Nizam.Ariff said...

LyDS,
Mintak maaf, FA...

cik kaki ketawe said...

jangan pikirin abang...hahaha...ok abaikan lagu firman tu...ko g mamak ke bro? hemm...kekadang mamak ni bukan bersih sangat...ok...starting nak muntah pelangi

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com