Thursday, August 1, 2013

Ubat untuk kaki 'pengkar' atau jalan yang bersepah-sepah...

.


Semasa kecil dulu, aku suka bila berjalan, aku berjalan di atas satu garisan. Bila aku berjalan di atas jalan raya, aku akan sedaya upaya untuk menapak di atas garisan putih di tepi jalan. Kalau aku meniti papan sekeping atau buluh sebatang, aku akan susun kaki aku agar sebaris. Pada mulanya, aku nak mantapkan imbangan badan. Lama-lama dah jadi kebiasaan.

Bila dah terbiasa begitu, cara aku berjalan menjadi lebih tersusun. Taklah sampai macam 'cat walk', sampai bersilang kaki kanan ke kiri dan kaki kiri ke kanan. Cuma, tapak kaki aku lurus segaris. Tapi, itu dulu-dulu. Ketika masih teruna. Ketika alignment masih mantap.


Namun sejak bertahun-tahun kebelakangan ini, aku dapati tapak kaki aku sebelah kanan agak mencapah atau terbuka sedangkan tapak kaki kiri aku masih elok tegak. Jenuh juga aku cuba kawal tapak kaki kanan itu termasukkan 'memaksa'nya masuk lurus semula ketika duduk atau berbaring Tapi tak mahu. Aku syak, ini terjadi sejak aku mendapat lesen kereta dan memandu kereta.

Apabila memandu kereta, kaki sebelah akan akan menekan pedal minyak dan brake. Lebih lama ke pedal minyak sebenarnya. Jadi, aku syak, setelah berbelas tahun memandu, tapak kaki kanan aku sudah mengikut acuan itu.

Bagaimana hendak betulkan?


Beberapa hari lepas, aku berjumpa Dr. Andrea di dalam sesi 'chiropractic'. Selepas aku relakan dia menekan itu ini di beberapa bahagian tubuh badan yang menggiurkan ini, aku pun bertanya tentang kaki kanan aku.

Kemudian dia berkata dalam bahasa kedoktoran yang sukar untuk aku fahami (kerana dia bercakap bahasa Inggeris) tetapi ada kena mengena dengan otot di bahagian pinggul. Katanya, jika otot itu tegang, ia akan menarik dan memusingkan tulang kaki, menyebabkan kaki tidak lurus ke depan.

Jadi, mungkin benar telahan aku bahawa memandu kereta boleh menyebabkan kaki kanan kita 'pengkar' atau terkeluar kerana stress pada otot pinggul akibat posisi kaki dan pedal minyak yang tidak ergonomik itu.

Seterusnya, aku bertanya, bagaimana nak betulkan semula kaki aku itu? Dia kata, otot yang tegang itu perlu di kendurkan semula. Caranya? Dia menunjukkan sejenis pergerakan untuk mengurangkan stress pada otot itu. Apa yang dia buat ialah seperti pergerakan 'Rukuk' di dalam solat. Dan dia suruh lakukan beberapa kali dalam sehari. Pastikan ketika 'Rukuk' itu otot di bahagian belakang kaki dan pinggul adalah tegang dan badan berada pada posisi 90 darjah atau lebih ke bawah.


Hmm.... sungguh menarik...




.

7 comments:

Kniedaz said...

Mmmm....amat menarik...agak2 boleh tarbiah Dr terus tak? Mana tau bertambah saudara baru

NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI said...

owh , nice info :)
aku baru tahu

jeb said...

ni tiap2 hari buat ni..sehari 17 kali buat..ke kena tambah frequency? hehe

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
tak nak tarbiah.. tak pandai...


Nang,
sharing-sharing...


Jeb,
Hah.. bulan ramadhan ni kena tambah frequency 21 lagi...

t.a.t.a said...

jalan macam tu di jalan yg lurus, adalah jugak aku tapi kalau jalan di tile suka tak pijak linenya, jalan dalam kotak nya aje.

kadang kala aku rasa aku ni ada simptom OCPD la kot.

aza ni said...

tangan dah ok bro?

Nizam.Ariff said...

Tata,
Tak tau sangat OCPD tu...


Azani,
Tangan masih bertahan dan kalau digunakan lebih, ia akan sengal semula...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com