Wednesday, September 25, 2013

Bolehkah aku ceritakan mimpi-mimpi aku semula? Tak percaya...

.


Beberapa orang sahabat ada bertanya, adakah benar aku boleh mengingati semula mimpi-mimpi aku? Dan lebih daripada itu, mampu menceritakannya dengan agak terperinci? Skeptikal itu biasa. Tak mengapa, hai sahabat-sahabat semua. Mari aku ceritakan di sini.


Pertama sekali, aku ingin beritahu bahawa tidak semua orang mampu mengingati semula mimpinya. Sekiranya mampu pun, tak ramai yang boleh membuat 'flashback' apa yang dimimpikannya. Itu biasa. Dan orang yang mampu melakukannya juga adalah biasa. Aku ada terbaca sebuah artikel tentang ini tidak lama dahulu. Jadi, aku bukan manusia yang pelik, ya sahabat.


Kedua, aku bukan belajar bermimpi semalam atau tahun lepas atau sedekad lepas. Buat pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, aku telah diajar untuk mencari mimpi, mengingati dan seterusnya menceritakan mimpi itu ketika di Darjah 5 lagi! Ya, aku dan kami sekelas telah diajar untuk bermimpi dan menceritakan mimpi itu... dan itu adalah tugasan sepanjang tahun itu, tahun 1983.


Semuanya bermula apabila seorang guru Bahasa Melayu, Cikgu Ahmad Lutfi namanya, membuat satu teknik untuk senang membuat karangan berbentuk cerita. Dia dapati karangan berbentuk cerita atau imaginasi amat payah untuk murid-murid, berbanding karangan bentuk lain kerana yang lain itu sudah ada format standard tertentu dan boleh dihafal. Tapi, karangan cerita pendek atau imaginasi tidak boleh dihafal!


Karangan seperti itu memerlukan imaginasi dan jalan cerita. Seolah-olah cerita itu terbayang-bayang di depan mata atau dalam kotak fikiran, lalu kita hanya tinggal menulisnya. Seperti wayang gambar 'Transformer' yang baru kita tonton minggu lepas, sudah tentu senang sahaja kalau kita diminta untuk menceritakannya semula. Tapi, bagaimana nak bayangkan jalan cerita yang tidak pernah wujud? Bagaimana pula caranya untuk menceritakan dan menulisnya?


Teknik yang Cikgu Ahmad Lutfi buat ialah menulis semula mimpi. Mengikut pendapatnya, jika kita bermimpi, jalan ceritanya telah 'dilihat'. Oleh sebab itu, agak mudah untuk kita menceritakannya semula, sama seperti analogi wayang gambar tadi.


Kebetulan pula, aku ini jenis orang yang senang dan suka bermimpi... maka banyaklah yang aku tulis di dalam sebuah buku khas yang perlu dihantarkan kepada cikgu itu setiap minggu.


Jadi, sahabat-sahabat semua, jangan pelik jika aku begini kerana aku telah diajar bagaimana untuk bermimpi dan menceritakannya semula ketika di Darjah 5 lagi! Setelah berpuluh-puluh tahun aku hidup dan bermimpi, sudah tentu kemahiran itu bertambah saban hari.


Dan soalan lain pula, pernahkah aku tidak bermimpi???

Pernah. Dan jika aku tak bermimpi, aku akan rasa tidur aku terlalu singkat dan seolah-olah umur ini terlalu cepat berubah. Aku tak puas!

Oleh sebab itu, aku memilih untuk bermimpi...



Nanti-nanti, aku beritahu pula apa sebenarnya yang aku lihat dalam mimpi itu dan cara aku menceritakannya semula.

Nanti-nanti jika ada kesempatan, aku akan terangkan sama ada aku boleh kawal sesuatu dalam mimpi atau tidak...




.

11 comments:

Teena Tna said...

Memilih untuk bermimpi?kita Boleh kawal ke mimpi itu sama ada dia nak dtg/x?

NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI said...

owh sama la , kalau mimpi memang akan ingat...nak2 mimpi yang pelik , laaagi la ingat...mimpi yang darjah 3 dulu , masih ingat lgi sekrang ni..hehe

Nizam.Ariff said...

Teena,
Untuk aku boleh. Biasanya kalau aku baca ayat Kursyi atau 3'Qul' sebelum tidur, biasanya tidur aku tanpa mimpi KECUALI ketika beristikharah...


Nang,
Hahaha... best kan?
Tak payah pegi ke panggung atau panggan HBO. Time tidur boleh tonton cerita...

sha83@kaizer said...

setuju sangat !
tapi tak adalah sampai cikgu suruh buat karangan dulu kala he he he
teringat ustazah tu ajar subjek bahasa melayu topik ujian keluar sambungkan ayat tersebut menjadi satu karangan .... alaa.. yang ada perkataan "tiba-tiba...." hehehe
secara kebetulan idea terus ke arah mimpi beberapa malam yang sudah...bila dah semak ...terkejut tengok dapat 98 % ... ustazah kata tak dapat nak bagi 100% sebab esei mana ada yg boleh buat 100% walau hakikatnya dia nak sangat letak 100% ...

Nizam.Ariff said...

Sha,
teknik yang telah terbukti berkesan... tapi nanti taksub pula nak bermimpi selalu, macam ni... hahaha

t.a.t.a said...

kau boleh tafsir mimpi tak?

Nizam.Ariff said...

Tata,
tak pandai...
sila google tapi jangan percaya sangat sebab untuk mentafsirkan mimpi, proses bermimpi itu ada cara-cara tertentu, barulah setan tak join dalam mimpi tu...

sepa said...

pernah jugak ada cikgu yang ajar mencatat mimpi.
dia kata, letakkan pen dan kertas, di tempat yg boleh dicapai. biasanya, tak jauh dari kepala la kan?
dia kata lagi, bila kita bermimpi (atau jumpa mimpi yang kita suka), cepat2 capai kertas tuh dan tulis.! ko tak rasa pelik.?! hanya kerana nak melayan mencatat mimpi tuh, berapa kali nak terbangun eh...!!!
aku, seperti biasa, terima jeh, cuba jugak... pernah jugak tulis, lengkap jugakla jalan criternya... itu dulu... beberapa kali jeh aku layan.! tapi, lepas baca buku ko tuh, rasa nak layan balik la bro.!

.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
tak ada salahnya catat mimpi dalam buku atau diari.... atau kalau malas, tulis je dalam blog macam aku... senang... hahaha

Su @ Aya said...

kekdg ada jugak mimpi yg boleh diingat, detail boleh cerita balik. kekdg ada jugak lgsg tak ingat mimpi pasal apa, tp ingat plak mimpi tu sedih ke gembira.

yang bestnya, kalau mimpi best, pastu terjaga, sambung tdo, dan mimpi pun bersambung. bestnya! hahaha...

Nizam.Ariff said...

Su@Aya,
.. memang haru kalau mimpi seram yang bersambung-sambung... aku pernah kena semasa zaman duduk asrama dulu... eeeeee..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com