Monday, September 23, 2013

Cerita Kopi Panas...

.


Aku ambil koleh besi, aku basuh ala kadar, celup-celup sahaja.
Sebabnya nanti bila lepas buat air, aku kena basuh betul-betul juga.
Baik basuh nanti je...


Aku ke pantri untuk sekoleh air panas.
Sebelum aku masukkan air panas, aku letakkan seuncang kopi 2 dalam 1.
Tapi aku curahkan air suam-suam kuku sahaja, tidak air panas.
Sebabnya walau sepanas mana pun air kopi itu, nak minum kena tunggu ia suam juga.
Baik curahkan air suam je...


Bila aku kembali ke tempat duduk, aku lihat Kopi O aku kurang hitam.
Setelah berfikir seketika, aku katakan kepada diri aku "tak mengapalah"
Pati kopi itu keluar sedikit demi sedikit dari uncang.
Bermakna, aku boleh gunakan satu uncang untuk 2-3 koleh lagi..






.

12 comments:

Su @ Aya said...

macam mak aku la... kalau buat teh guna uncang, dan dlm koleh kecik, dia akan ulang guna uncang yg sama sekali lagi.. hahaha...

berjimat cermat sungguh!

JunAina said...

Hahhaaaa...ni perbelanjaan berhemah namanya. Jimat kos.

Daddy Ziyyad said...

kau pernah tgk rancangan bersiri " Extreme Cheapskate" kat Astro tak Nizam?Teringat aku bila tiba bab 'guna uncang 2-3 kali'...hahahahaha...

Nizam.Ariff said...

Su@Aya,
benda dah mahal, kenalah jimat2 sikit... hahaha


JunAina,
Tapi, itu bukan uncang aku... itu stok orang ramai... hahaha


Daddy Ziyyad,
ye la... aku ni spesis cheapskate... kakaka

Miza Lee said...

tips yang berguna..kat rumah boleh buat nih. :)

Miza Lee said...

tips yang berguna..kat rumah boleh buat nih. :)

Miza Lee said...
This comment has been removed by the author.
Nizam.Ariff said...

Miza,
kat rumah tak boleh buat gitu la kakcik, nanti dikata tak pandai buat air kopi... hahaha

sepa said...

bro.! ko tak rasa ko agak sedikit pemalas ker bro.! hahahaha

Nizam.Ariff said...

sepa,
bukan pemalas tapi berfikir jauh ke depan dan bersikap praktikal...
contohnya, kalau tak rajin nak mengemas rumah, biarkan rumah kosong.... yg ada cuma tilam dan bantal dan sekeping pinggan untuk makan...

t.a.t.a said...

jap. kenapa aku rasa cerita kau ni macam tak habis? macam anticlimax aje?


Nizam.Ariff said...

tata,
sebab dah climax lama dah...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com