Thursday, September 12, 2013

Sudah tiba masanya kita lihat ke manakah bocornya poket kita...

.


Aku musykil beberapa hari ini. Setelah berfikir beberapa hari, eloklah aku kongsikan kemusykilan aku di sini agar dapat dikongsikan kepada kamu-kamu yang hadir di sini.

Perasan atau tidak, kebelakangan ini ada iklan di TV yang mengajak kita melabur. Bukan dari pihak bank, bukan dari pihak pemegang unit amanah tetapi sebuah agensi lain. Kemudian, perasan atau tidak, kebelakangan ini juga muncul satu lagi agensi lain yang menceritakan hal yang serupa... yakni mengajak kita menabung atau melaburkan wang.



Kenapa? Kenapa?.... Why?... Why?... Why?????

Ada beberapa kemungkinan kenapa iklan ini diudarakan.
Mungkin:
  • Wujud kebimbangan terhadap jumlah hutang seisi rumah di Malaysia yang tingginya berbilion-bilion akibat berhutang secara besar-besaran, yang mana sebahagian besarnya ialah hutang aset kekal yakni rumah. Jika tidak dikekang, adakah ini mungkin menyebabkan krisis semacam 'subprime' yang melanda Amerika Syarikat satu masa dulu? Aku tak pandai ekonomi, seseorang tolong terangkan.
  • Menggalakkan orang ramai menyimpan kerana duit simpanan itu akan dilaburkan untuk pihak swasta dan kerajaan membiayai projek yang besar-besar, yang memerlukan dana dalam negeri berbanding luar negara di atas sebab-sebab tertentu seperti credit rating negara yang melemah, contohnya. Apakah agaknya projek swasta atau kerajaan yang berbillion-billion itu?
  • Mengekang kadar inflasi akibat kenaikan harga barangan, yang terjadi akibat tempias daripada kenaikkan harga petrol ... oopss, silap! yang terjadi akibat tempias daripada penurunan subsidi petrol.

Yang aku risau ialah perkara yang ke-3 itu.
Kalaulah inflasi tetap naik, aku takut BNM akan menggunakan instrumen ekonominya untuk mengawal kenaikan inflasi... dengan menaikan 'bunga'....


Kalau bunga naik, apa akan jadi dengan pinjaman perumahan?
Memanglah kita menggunakan pinjaman kewangan Islam tetapi bank-bank tertentu mengguna-pakai formula tertentu pula. Memangkah 'fixed rate' tetapi 'floating BLR'. Contoh, dia orang kata fixed rate 0.5% tapi sebenarnya 0.5% + BLR. Kalau BNM naikkan BLR, automatik kos pinjaman juga akan ditingkatkan oleh bank. Tapi rumah pertama aku beli dulu menggunakan Bank Islam, benar-benar fixed rate waktu itu 8.5% dan tidak tergugat oleh kenaikan atau penurunan BLR. Itu dulu, sekarang ini mungkin sudah tak ada lagi sebab kadar yang itu terlalu tinggi dan tidak popular kepada peminjam lagi.


Kalau bunga baik, apa akan jadi dengan orang yang MAHU meminjam?
Kepada industri barangan pengguna yang biasanya pengguna perlu meminjam wang untuk membeli, kenaikkan kadar bunga akan menyebabkan pembelian itu terbantut, terbatal atau pun tertunda. Ini tidak bagus kepada industri itu dan kepada ekonomi secara umumnya. Kalau ekonomi jatuh, banyak pengangguran berlaku dan ianya akan mengambil masa setahun dua sebelum penganggur itu dapat diserap masuk ke industri lain pula. Semasa menganggur, kita dapat lihat perkaitan diantara pengangguran dan kadar jenayah kecil-kecilan. Kepada yang mahu bernikah dan berkahwin, mungkin terpaksa membatalkannya... tapi 'perkahwinan' mungkin diteruskan, akibatnya gejala sosial pula meningkat.


Kalau bunga naik, apa akan jadi dengan orang yang selalu menggunakan KAD KREDIT?
Sesetengah orang, mereka menggunakan kad kredit sebagai salah satu cara untuk 'cashflow management'. Ya lah, gaji dapat sebulan sekali tetapi barang-barang rumah atau sendiri mungkin hari-hari perlu dibeli. Mahu tak mahu, kad kredit menjadi perantara tunai sementara mendapat gaji. Jika kadar bunga naik, secara amnya kos sara hidup akan naik jika membeli dengan kad kredit dan tidak dibayar penuh bila bil keluar. Bagaimana pula dengan mereka yang sememangnya ada masalah hutang kad kredit? Sedangkan kalau kita lihat sekarang ramai remaja dan anak muda yang diisytiharkan bankrap akibat penggunaan kad kredit yang tidak terkawal.


Jadi, berbalik kepada kemusykilan tadi...

Kenapakah agaknya muncul iklan-iklan yang mengajak kita menabung atau melabur???



.

11 comments:

sepa said...

aku ada satu jeh jawapan untuk persoalan ko yang panjang tu, ops jawapan aku yang pendek.!

"orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa"...


.

Nizam.Ariff said...

sepa,
kalau orang tak beri, kita tak merasa la ...

sepa said...

kita pulak jadi orang...

Su @ Aya said...

so, jadi la 'kita memberi, kita merasa'.. hahaha

kena kembali kepada kaedah tradisional, menabung bawah bantal atau tikar getah (kalau masih ada tikar getah rumah korang)..hehe

LydSunshine said...

Ada ke iklan ajak melabur tu? Aku tak perasan. Entry ni pun membuat aku berfikir, kesan bunga naik tu sebenarnya bahye.

nae nematoda said...

pasal iklan tu tak prasan pula , tapi rasanya elok gak menabung , sebab ekonomi masa depan kita tak tahu macam mana...

jeb said...

Kawan2 boleh tengok blog www.pakdi.net. Seorang islamic financial planner. Boleh juga beli ebook beliau yang bercerita pasal macam mana nak tahu kedudukan kewangan kita.

Dalam ebook tu juga ada ajar cara2 melangsaikan hutang kad kredit, rumah dan kereta dengan lebih cepat.

secangkir madu merah said...

yg pentingnya kurangkan berbelanja sakan apatah lagi bershopping benda2 yg tak penting, contohnya pakaian, kasut, beg tangan dan tudung... hehehe.. ni aku bagi contoh barang2 yg aku suka beli.. bukan pasal terlebih duit tapi terlebih nafsu membeli..

TQ Nizam, aku dah terima buku kau tu, masih dlm proses membaca.. setakat ni aku suka.. teruskan berkarya..

Nizam.Ariff said...

Sepa & Su@Aya,
Nampak gayanya, kitalah orangnya...

LyDS,
Ada... iklan tu ada dan aku tonton dalam buletin utama pulak tu... prime time tu...


Nang,
Menabung kalau ada yang lebih.. kalau cukup-cukup, payah juga..


Jeb,
maklumat yang sungguh berguna...


SMM,
Dah terima? Ok... maknanya hampir semua dah terima kecuali Kak Ashley tak tau apa cer nih...



Unknown said...

aku pun tak pandai ekonomi..tp segala yg sedang berlaku masih ada baiknya..sekurang2nya ia akan bantu keadaan ekonomi global terutama negara kita yg sedang lembab..
wlpun ia agak membebankan tp dari sudut lain masih boleh beri kesan jangka masa yg panjang...apa boleh buat...negara dunia kian maju...hemm..

Nizam.Ariff said...

CKK,
wang simpanan kita siput sahaja untuk memberi kesan kepada ekonomi... so, baik kita diam je la eh..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com