Friday, September 13, 2013

Konsep keadilan yang sebenar...

.

Rasa-rasanya aku mulai faham konsep keadilan dalam Islam. Kalau aku salah, tolong betulkan.

Aku rasa keadilan dalam Islam tidak hanya bergantung kepada kesaksamaan bilangan atau nombor. Ia tidak seperti kisah 2 pencuri dalam cerita Nujum Pak Belalang. Keadilan dalam Islam tidak sekadar " satu untuk kau, satu untuk aku... dua untuk kau, dua untuk aku..."

Cuba kita lihat 2 senario berikut, sebagai contoh:
Anak mesti mengutamakan ibunya 3x berbanding bapanya.
Anak lelaki mendapat 2 bahagian pusaka berbanding anak perempuan hanya satu bahagian.

Kalaulah konsep keadilan dalam Islam hanyalah berpaksikan kepada kesaksamaan bilangan, 2 perkara di atas itu mencerminkan ketidakadilannya.


Konsep keadilan dalam Islam bukan sekadar kesaksamaan bilangan. Ia adalah keadilan yang menyeluruh, keadilan yang holistik. Keadilan yang mengambil kira semua aspek, semua yang ada di sekeliling... kepentingan semua stakeholders.

Anak lelaki mesti utamakan ibunya dan ibunya mesti mengutamakan si bapa, dan si bapa pula mesti mengutamakan si nenek pula tapi si nenek itu mesti mengutamakan si atuk... dan seterusnya.

Anak perempuan mesti mengutamakan suaminya tapi bila dia beranak, kesemua anaknya mesti mengutamakan dirinya berbanding suaminya... dan seterusnya.

Itu sebagai contoh bagaimana keadilan yang holistik, yang mengambil kira keseluruhan kisah cerita...



Jadi, oleh kerana keadilan yang sebenar tidak bergantung kepada kesaksamaan bilangan, maknanya kalau Hari Raya yang baru lepas ni balik ke kampung suami, tak salahlah kalau Hari Raya Haji pun masih balik ke kampung suami. Jangan kata itu tidak adil.

Kan?... Kan?... Kan?




.

23 comments:

Umm AA said...

Ade betulnya, bukan seperti mathematical nyer persamaan..sbb keadilan dlm islam lebih kepada hikmah disebaliknya..
kalau orng cina, CNY mesti tiap2 tahun balik umah suami first day..huhuh

Nizam.Ariff said...

ummuaidan,
takpe.. itu juga ada kebaikkannya... hehehe

Unknown said...

adil..meletakkan sesuatu pada tempatnya :)

Islam itu indah..

cinta said...

isi dh cantik awat conclusion cam bias ha? ha? hamboi dia..
tp..setuju jugak. he..

nae nematoda said...

tapi tak salah kalau raya haji , balik kampung isteri , kan ? kan ?
hahaha

t.a.t.a said...

Kan?... Kan?... Kan?

tolong KAN, kan aje la.

LydSunshine said...

Hehehe... boo! Selamat le aku sekampung dgn suami.

Nizam.Ariff said...

Ummu Amar,
Ya betul. Itu definisi umumnya. Namun muncul pula pelbagai definisi untuk "sesuatu" dan "tempatnya" kerana pendapat manusia lain-lain...


Cinta,
Setuju? Yessss....


Nang,
Tak salah tapi isteri kena ikut kata suami.. kan? kan? kan?


Tata,
Hahaha.. itu pun jadi la..


LyDS,
jimat masa dan jimat tol kalau gitu...hehehe

t.a.t.a said...

tapi tak salah kan kalau sesekali suami ikut kata isteri.. kan? kan? kan?

Nizam.Ariff said...

Tata,
bukan ikut tapi kompromi dgn isteri.. hehehe

t.a.t.a said...

isteri ikut kata suami.
suami kompromi dengan isteri?


oo ok!

Umi Nazrah said...

mana2 pun boleh asalkan balik rumah mak kandung. tu ja pada saya :D

Nizam.Ariff said...

Tata,
cenggitulah kira2nya...


Umi Nazrah,
mak kandung kita dgn mak kandung dia lain-lain negeri, cemana?

sepa said...

bernas bernas... aku setuju.


keadilan itu seperti meniti sebuah titi yang di bawahnya jurang yang dalam. keupayaan orang yang meniti itula keadilan sedang titi itu kesaksamaan... ok tak analogi aku bro.?!

eh, orang yang bercerita pasal keadilan nih, biasanya nak kahwin 4 bro.!

hahaha

Nizam.Ariff said...

Sepa,
analogi ko tu...
Meniti itu perlukan keseimbangan, keseimbangan yang adil. Kalau berat sebelah maka akan tak seimbang dan jatuh ke jurang...
Manakala titi itu juga perlu saksama atau rata permukaannya sebab kalau titi tak rata, maka amat payah untuk seimbangkan badan ketika meniti titian keadilan...

Ya bro, analogi ko sungguh tepat sekali.. hebat mu!

Bab kawin 4 tu aku reserve my comment.. keh keh keh..

Lily Abdullah said...

Aku mungkin berburuk sangka sesama manusia. Selalu melihat sebahagian orang bersikap tidak adil dgn aku.

Contoh : Disebut-sebut benda yang aku tak mampu buat, abih selama ni siapa yang uruskan?

Bukan aku tak mampu, cuma aku tak selaju dia.

Email ko apa eh, kak tanya beberapa benda. Email lama kak dh x bleh sign in.

Lady Windsor said...

Salam bro
baru malam ni aku sempat jenguk blog ko..blog aku sendiri dah berpuaka dengan sawang...perghh masa begitu pantas berlalu...banyak aku nak baca neh..

Bunda_nora said...

selamat hari malaysia..

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
emel aku: nizam.ariff@yahoo.com


LW,
Kemanakah menghilang? (selain ke obersee)


Bunda,
Selamat hari Malaysia...

Hari tu kata nak buku tapi bunda tak beri alamat sampai sekarang. Aku nak lelong dalam blog ni la sesiapa nak ... sebab tinggal satu tu je pun... hehehe

Unknown said...

emm,rasa ni mesti confuse nak balik mana raya ni..muehehe..
ok konsep tu dah betul dah...

p/s ; weh,apa salahnya kalau bergilir..itu barulah adil dlm rumahtangga... :P

t.a.t.a said...

aku nak!!! *angkat tangan!

Nizam.Ariff said...

CKK,
Bukan ke dah kata, penggiliran bukan bererti adil sebab keutamaan ibu sebelah lelaki itu lebih tinggi berbanding ibu di sebelah perempuan... kan? kan? kan?


Tata,
Ko nak apa?
Buku tu?
Kena Bunda lepaskan pesanannya dahulu la sebabnya aku cetak untuk dia... atau kita bagi tempoh tertentu agar Bunda sempat baca nota ini... masalahnya mungkin Bunda masuk ke sini seminggu sekali sedangkan aku dah buat 5-6 entri baharu...

t.a.t.a said...

haah, aku nak buku tu.

okay, tunggu Bunda dulu. apa-apa hal nanti kau inform aku eh.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com