Monday, September 16, 2013

Nilai sebuah perjalanan...

.


Terlalu fokus kepada destinasi, kadang-kadang menyebabkan kita lupa di jalan mana kita berada. Kadang-kadang itu, kita terlepas pandang perincian jalan yang kita lalui. Kita lewati jalan itu tanpa melihat dengan jelas di kanan dan di kiri. Kita = aku.

Destinasi bukanlah semata-mata menjadi pengukur sesebuah kejayaan. Sebuah kejayaan itu juga perlu diukur mengikut jalan yang kita lalui dan perkara-perkara yang berlaku / dilakukan di sepanjang perjalanan.

Ibarat 2 orang lelaki yang sama macho hensem bernama Azlan dan Hasri. Kedua-duanya mahu ke seberang sana sungai.

Azlan berjalan melalui sebatang titi konkrit dan dalam masa tidak sampai 30 minit, dia sampai ke seberang sana. Manakala Hasri pula mendayung sampan. Ketika berdayung, pendayungnya terlepas lalu hanyut dibawa arus. Hasri terpaksa menggunakan tangan untuk mendayung namun dia lebih banyak berhenti mendayung kerana ada buaya sering tenggelam timbul. Hasri terpaksa berhati-hati dan matanya awas memerhatikan kelibat buaya itu. Selang 2 jam kemudian, Hasri pun sampai lalu mendapatkan Azlan yang sedang tidur di pangkal pokok berembang.

Apabila Hasri mengejutkan Azlan dari tidurnya, sudah tentulah Hasri lebih banyak bercerita tentang perjalanannya tadi berbanding Azlan. Ya, jalan yang di pilih oleh Azlan adalah mudah tetapi tidak banyak yang boleh Azlan ceritakan tentang perjalanannya. Sedangkan Hasri memilih jalan yang sukar tetapi banyak cerita yang boleh diceritakannya kepada Azlan.


Tidak perlu kita letakkan sesuatu harga pada sebuah perjalanan kerana apalah yang ada pada harga jikalau perjalanan itu sendiri tidak dihargai.

Lihatlah di sekeliling. Hayatinya semasa kita berjalan. Semoga kita beroleh pengalaman.

Sebuah perjalanan... aku ini sedang berjalan walau pun ketika aku tidur... kerana detik waktu tetap berjalan walau pun ketika aku terbaring senyap berbantalkan lengan.

Waktu tetap berjalan pergi... dan setiap langkahnya itu, waktu merenjis kenangan dan membina simpang-simpang jalan ... untuk kita pilih simpang yang mana dan kenangan yang mana untuk di bawa ke mati.




.

11 comments:

cik kaki ketawe said...

sesuatu itu kita akan hargai bila kita rasa keperitan utuk dpatkannya..
sama lah mcm cerita bro ni..
makin susah jalan mamat tu so dialah dapat experience lebihkan..
so conclusionnya,lain kali kalau dah ada highway jangan gunakan...wlpun cpat tp kena bayar tol...muehehehe...

Nizam.Ariff said...

CKK,
Masing2 dengan cerita masing2...
bezanya panjang pendek, atau padat ringkas, atau bosan menarik...

t.a.t.a said...

cerita Azlan dan Hasri ini ibarat cerita kura-kura dengan arnab. bezanya kura-kura jalan lambat, tapi Hasri lambat sebab jalannya berliku.

dan Azlan bukan arnab, tapi kancil. sebab dia lebih bijak memilih jalan yang senang, cepat dan mudah.

t.a.t.a said...

sesiapa yang bernama Azlan dan Hasri itu mesti bangga namanya menjadi bahan bacaan, kan Hasri kan?

Azlan. Hasri. sila claim royalty dari penulis.

Nizam.Ariff said...

Tata,
Azlan dan Hasri mungkin orang yang sama ... seperti bayang-bayangnya... hehehe

ummuaidan said...

betullah macam cerita kura2 ngan arnab..orng kata kalau mendatar sahaja perjalanannyatak byk pengalaman yg dikutip..

Nizam.Ariff said...

ummuaidan,
nak banyak pengalaman, kena cari jalan yang jauh... tak boleh jalan singkat... kan?

sepa said...

wah.! lepas aku baca nih bro, terasa nak tulis satu blog tentang sebuah perjalanan jugak eh...

.
Hasri sepatutnya tahu, kalau nak ke seberang, usahler guna perahu...!
La ni depa tak ukur dah sesukar manerpun perjalanan itu,
yg depa nak, selamat sampai...!!!
sesungguhnya Hasri itu seorang yang tabah eh... hehehe


.

t.a.t.a said...

sepa,

dalam kehidupan sebenar, adakah Hasri seorang yang tabah pada pandangan kau?

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Umur hidup Azlan lebih muda daripada Hasri nampaknya...


Tata,
Hasri adalah Sepa dan Sepa adalah Hasri... semestinya dia seorang yang tabah... hahaha

t.a.t.a said...

sebab tu aku tanya dia dalam kehidupan sebenar. dia rasa dia tabah tak?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com