Tuesday, September 3, 2013

Ramai yang bercakap fasal minyak naik, aku pun nak bercakap fasal naik minyak...!

.


Pada tahun 2009/2010, unit transformasi kerajaan telah diwujudkan. Pada ketika itu, beberapa kawan aku ada dijemput masuk ke 'makmal-makmal transformasi'. Selama 2-3 minggu untuk setiap 'makmal', mereka diminta untuk berfikir cara-cara mengatasi cabaran negara.

Apabila mereka pulang, mereka bercerita tentang beberapa fakta yang aku anggap sukar untuk dilaksanakan oleh kerajaan kerana ia bakal melibatkan segenap lapisan rakyat. Salah satunya ialah pelan rasionalisasi subsidi.

Jadi, memang sudah termaktub bahawa pelbagai jenis subsidi akan dimansuhkan peringkat demi peringkat. Yang menjadi pertanyaan kita ialah bilakah dan berapakah kuantum subsidi pada setiap peringkat. Sekarang, sedikit demi sedikit kita telah tahu.

Aku tak nak bercakap pasal subsidi-subsidi ini. Kisah itu biarlah para cerdik pandai dan cendiakawan ekonomi dan politik yang bercakap. Aku tak pandai. Tapi aku nak katakan bahawa cerita ini seperti roda yang berulang-ulang. Kita sedia maklum apa yang bakal berlaku.

Bercakap pasal kesannya setiap kali rasionalisasi ini dilaksanakan...
  • Kesan serta merta - yakni kesan langsung akibat pergantungan kepada minyak untuk aktiviti-aktiviti ekonomi / seharian.
  • Kemudian, harga barang-barang mentah yang bergantung kepada logistik. Begitu juga tambang.
  • Kemudian, harga barang-barang siap proses akibat kesan kenaikan barang-barang mentah.
Selepas beberapa minggu kemudian, kenaikan kos sara hidup mulai dirasai. Para pekerja yang menerima upah merasakan upah tak cukup lagi. Para pekerja yang bukan menerima upah pula akan bercakap tentang jerih mereka yang tiada pembela kerana tiada kesatuan sekerja. Para pengusaha sendiri seperti petani, pekebun, nelayan akan rasa pendapatan mereka mengecil setiap kali pergi ke pasar, kedai runcit atau ke kedai kopi.


Yang aku nak ceritakan ialah ini...

Semasa mereka-mereka di makmal itu diberitahu tentang pelan rasionalisasi subsidi, tak adakah yang bertanya tentang pelan tindakan untuk menampan kesan impaknya?

Takkanlah hanya BR1M? Berapa keratlah yang menerima BR1M...

Takkanlah tak terfikirkan tentang mereka yang membayar cukai tetapi tak layak mendapat BR1M? Mereka ini juga makan nasi, makan lauk. Mereka tak makan emas permata.

Paling tidak, turunkanlah potongan cukai pendapatan. Barulah  adil namanya... ada yang menerima BR1M. Kalau tak layak terima BR1M, dapat pula diskaun cukai pendapatan.


Hah! Ada satu lagi... Goverment Service Tax (GST).
Kalaulah barang-barang pengguna dikenakan cukai, turunkanlah lagi potongan cukai pendapatan. Nak berapa kali dikenakan cukai?

Janganlah nanti bila GST dilaksanakan, BR2M pula diperkenalkan demi menutup mulut mereka-mereka yang layak sahaja.

Kena fikirkan juga mulut mereka yang tak layak...

Agaknya, itulah sebabnya satu per satu bandar-bandar beralih kerajaan.... bila dah beralih, mulalah dituduh melupakan sejarah perjuangan Malayan Union.

Hmmm... lepas ni mana pula ya?
Ipoh? JB? Teluk Intan?....
Teluk Intan dikira besar juga, harap maklum. Kalau tikus berlari, sebulan baru habis... itu pun kalau tak diterkam kucing.





.

13 comments:

Daddy Ziyyad said...

Tu pasal aku dah lama mengomel kat FB...golongan yg tak layak terima BR1M, yg pertengahan ( tak kaya, tak miskin), paling terkesan..BR1M tak dapat...itu ini naik, tapi gaji ngam ngam...Dan golongan ini mmg ramai yg dlm age group 25- 40. Group ini yg ramai di Selangor, aku rasa lah...Dan pihak tu nak rasa pelik, " apsal PR menang lagi kat selangor"..kah kah kah...

smbotak said...

dalam tempoh 20 tahun kan datang, aku harap tak ada lagi golongan pemimpin yang lahir dari keluarga `pembesar'... supaya mereka pernah merasa berjalan di luar rumah tanpa sepatu.

jeb said...

agree with daddy ziyad. golongan macam saya ni yang paling terasa. BR1M tak dapat. duit smartphone tak dapat. gaji naik sikit. perbelanjaan naik banyak.

btw, saya dah terima buku. terima kasih banyak2!

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
Ya, golongan yang duduk tak rendah berdiri tak tinggi tu ramai dari golongan pekerja kilang yang umurnya macam ko cakap tu la... bini sorang, anak 3-4 orang, duduk menyewa di flat... dia hidup ngam-ngam, senang tidak, miskin pun tidak, pendapatan habis untuk untuk besarkan anak, bayar tuisyen, bayar PIBG oleh kerana anak ramai, bini tak boleh bekerja ... duit lebih datang kalau buat Overtime...
Dan aku ini warga kilang... aku tahu..


SMbotak,
dan aku harap juga pemimpin yang semasa kecilnya berkaki ayam tidak lupa daratan bila nampak budget besar-besar...

Nizam.Ariff said...

Jeb,
Aku sangat faham apa yang ko dan kawan-kawan kita rasai...

dah dapat buku, tolong jangan bacakan kepada anak ko ek... hahaha

tasekM said...

apabila GST diimplementasikan harga barang sepatutnya akan lebih rendah kerana cukai hanya dikenakan pada rantaian akhir iaitu kpd pengguna berbanding cukai jualan 10% sekarang ni yg dikenakan pada setiap rantaian perniagaan dr pengilang ke pemborong ke pengedar and what so ever sblm sampai ke pengguna.

kita sama2 tunggu dan lihat...









(dan aku tak percaya harga brg akan turun)



.

Nizam.Ariff said...

TM,
aku pun tak percaya harga barang boleh turun...

sebabnya, dia org boleh bagi berpuluh alasan kenapa harga barang tak boleh turun...

cinta said...

kok den bujang ndak yo den poei kojo naek beskal.

Nizam.Ariff said...

cinta,
eh.. apa salahnya...
naik je beskal tu... badan pun jadi sehat...

sepa said...

eh brader, buku ke empat ko tu, ko ada bagi aku tak?! sebab aku lupa bagitau sama ko, alamat aku dah bertukar... harap maklum.

...
harga minyak naik, adalah satu isyarat jelas agar segala benda lain harus ikut naik jugak harganya... termasukla harga minyak sawit...!

sejauh manapun kita fikir, setajam manapun analisa kita,... sedar tak sedar kita mungkin akan menjurus kepada negara pembekal sumber manusia dalam kelasnya tersendiri...!!! ahli politik dalam apa cara sekalipun, akan mengekalkan status yg ada sekuat manapun tentangan... maka, pendekatan adalah untuk kekal berkuasa tiada cara selain memenangkan hati tegar yang sukar berubah walaupun sudah nampak azab menanti...!!! maka itu juga, dalam sedar tak sedar, dalam diam atau terang, akan bertambahla populasi simple minded...

kau akan lebih nampak scenario ini, sekiranya kau duduk d swak dan kerja jauh d pedalaman macam aku ni... hahahaha

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Maknanya, dah jadi tak kesah?

Weh.. aku dah pos buku no.4 ke alamat rumah lama la kalau gitu...

Takpe, aku guna mail biasa jadai seminggu baru sampai kut. nanti, ko suruhlah org yang duduk rumah tu roger ko kalau dah sampai...

sepa said...

ntah ler, akupun tak paham aper aku tulis, bor...! hahaha

yang aku paham, sekiranya rega petrol naik, dan pada masa yang tak sesuai (lepas raya ker, masa orang nak naik haji, masa anak2 nak register sekolah...) org naik marah...!

aku sungguh tak berkenan harga petrol dinaikkan jam nih...

aku lagi tak berkenan, bila lepas harga petrol naik, keluar pulak berim, kononnya bila subsidi petrol dipotong, byk uang lebih utk bagi berim... jadi secara tak langsung kita di-brainwash, untuk menerima logik itu, yg ntah aper2...!

pada aku logik petrol vs berim, hanya tip-of-iceberg jeh... pemandu itu sendiri anggotanya bukan alang2 ramai, boleh tubuh dua tiga syarikat...mungkin empat!


.

Nizam.Ariff said...

sepa,
ya.. aku rasa kerajaan nak kita terima logik yang dia buat tu...

... yang aku rasa sungguh tak logik... hahaha

sebabnya kita yang guna banyak petrol ni tak pula dapat BR1M, mana logiknya br1m tu sebagai timbal balik penarikkan subsidi.. ye tak?

Tak logik.. hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com