Thursday, September 5, 2013

Saranan ke pihak kerajaan untuk meringankan beban kenaikan harga minyak...

.

Umum sudah tahu tentang kenaikan harga minyak. Itu ayat negatif. Kalau yang positif sikit, begini: Umum sudah tahu tentang penurunan subsidi petrol.

Mahu tidak mahu, kita semua kena telan. Tapi kita tak perlu telan bulat-bulat. Kita masyarakat yang kreatif. Kita pasti cari jalan keluar atau 'jalan belakang' untuk terus selesa seperti sebelum episod yang sedih ini.


Aku terfikir... tak adakah satu website yang memaparkan semua iklan-iklan jualan murah atau promosi atau diskaun atau apa-apalah... asalkan menawarkan potongan harga.

Maksud aku, satu website yang rajin mencari maklumat tentang semua ini dan dikongsikan dengan semua. Tapi, mana-mana promosi yang menipu.. contohnya menaikkan harga barang dahulu sebelum memberikan diskaun (aku dah lupa istilah marketing) adalah dilarang dan kalau terbukti benar, boleh dikenakan tindakan di mahkamah.

Kalau kita ada satu tempat rujukan, ia akan memudahkan. Kena pulak tu segala maklumat boleh ditapis mengikut negeri, daerah atau kawasan. Lagi senang... kita boleh tau kalau Kedai Ayob ada promosi kicap lemak masin, Kedai Ah Seng ada jual borong beras siam seludup, esok Makcik Wok akan buat promosi nasi lemak berperisa baharu dimana kalau beli satu dapat satu lagi percuma untuk kawan-kawan opis... macam-macam lagi.

Sekarang ini pun sudah ada banyak promosi atau diskaun di dalam internet tapi kita sendiri kena rajin browse di internet atau rajin tengok peti surat. Apa kata kalau link itu diletakkan di dalam portal myEG, contohnya. Sekurang-kurangnya membantu kita memberi nilai yang lebih kepada wang kita...


Kalau tak ada lagi dan kalau ada sesiapa yang pandai buat, bolehlah jadi jutawan internet...




.

5 comments:

ckLah @xiiinam said...

Nak order nasi lemak Makcik Wok tu macam mana agaknya?


"Bang Sudin, dua ploh sen!"
"Ayuuuuuuuuuu!!!"

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Ayuuuu.... HAHAHAHA..
lama tak dengar sahutan macam tu...

Anonymous said...

cantik idea tu. pihak pertama yang terlintas dalam kepala aku ialah kpdnkk. tapi cepat2 aku reject. hahaaa...

t.a.t.a said...

good idea tu. lepas tu hypermarket yang ada ni buat la coupon bebyk, so that we Malaysian boleh beli menggunakan coupon. ala macam extreme couponing tu. seriyes jeles tengok basement depa.

Nizam.Ariff said...

SM,
Kakakaka....


Tata,
mungkin kena ada seorang usahawan internet yang mulakannya....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com