Tuesday, September 24, 2013

The Third Volume...

.


Harley Davidson mengeluarkan 'V Rod', motorsikal berkuasa tinggi yang sudah terkenal dengan ciri-ciri maskulinnya. Dalam salah satu wawancara, perekabentuk bahagian ekszos menceritakan tentang istilah 'the third volume'.

Ceritanya begini, pihak styling sudah memilih supaya 'V-Rod' hanya mempunyai 2 mufler atau tabung ekszos dan bersaiz diameter yang tertentu atas sebab-sebab artistik. Tapi, para perekabentuk  mendapati 2 ekzos dengan saiz diameter itu tidak cukup isipadunya untuk menghasilkan paras bunyi yang sesuai. Mereka perlukan isipadu yang lebih besar.

Oleh sebab itu, mereka mencipta 'the third volume', iaitu satu ruang yang dicipta diantara 2 mufler atau tabung ekszos. Maka dari luar, ia nampak seperti 2 tabung tetapi sebenar ada satu ruang tersembunyi diantaranya.


Mereka telah menggunakan sesuatu yang tidak nampak di mata kasar...

The Third Volume...

Aku mahu cuba percaya bahawa selain aku dan bayang-bayang, aku mempunyai entiti yang ke-tiga...






.

9 comments:

BUNDA a.k.a KN said...

assalam, selamat pagi...

Nizam.Ariff said...

Bunda,
WaalaikumuSalam,
Selamat pagi...

tasekM said...

bela je hantu raya.

keh2.


.

ummuaidan said...

entiti ke3 tu syetan kot..heheh

t.a.t.a said...

tak payah cuba, percaya je la terus.

cinta said...

adakah d 3rd vol itu sekadar utk mndptkan bunyi yg diinginkan? kalau begitu apa pula fungsi entiti ke-3? ohoho..

Nizam.Ariff said...

TM,
daripada hantu raya baik toyol, ada hasilnya...


ummuaidan,
aku harapkan ia tu Qarin yang baik...


Tata,
nak percaya kena ikhlas...


Cinta,
sebagai pelengkap agaknya... hahaha

sepa said...

ada pulak ko dengan bayangbayang, yg ketiga tentunya tulang...!

ok gini, entiti ketiga ko duduk di dalam perut bro.!

yang pertama mulut, yang kedua perut, yang ketiga masih di dalam perut... hahaha

...jadi gendut.! sangat maskulin tuh bro... hahaha (lagi).


.

Nizam.Ariff said...

sepa,
err.... ko lepas pekena daun ketum ke apa nih?
Pada firasat aku, yg ke-3 tu anak tekak... masih tak tersuarakan lagi... kakaka

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com