Tuesday, October 8, 2013

Detik Perubahan

.


Pak Cu Mahat tinggal di kampung. Sudah lebih 30 tahun dia tinggal di kampung itu, sejak berhenti dari kerja-kerja kontrak di Singapura, setelah berkahwin dengan Kak Minah. Menjalani kehidupan sebagai orang kampung serba ringkas segala-galanya. Biar pun tanahnya cuma 3 ekar tetapi masih cukup untuk menampung hidupnya sekeluarga. 2 ekar tanahnya ditanam getah manakala 1 ekar lagi adalah tanah kebun, dusun dan tapak rumahnya.


Untuk makan minum, Pak Cu Mahat menggunakan sepenuhnya apa yang disediakan oleh alam, rezeki dari Tuhan. Dia ada kangkung di parit kecil, ada pucuk asin-asin di batas, ada pucuk paku yang meliar di sempadan tanahnya, ada pucuk ubi yang tumbuh sejahtera di kebunnya, ada ulam-ulaman juga selain daripada kacang panjang, ubi keledek serta bayam yang akan dijual di pasar tani. Pendek kata, sayur-sayuran yang ada itu cukup untuk diulang makan setiap hari.


Pak Cu Mahat ada menternak beberapa ekor ayam kampong, yang jika tidak disembelih, akan dijual di pasar tani. Jika nak makan ikan haruan, dia pergi 'kelo' sebelum senja di parit-parit berdekatan berumpankan katak minyak. Jika nak makan ikan sepat, dia akan pergi menilik bubu dawai mata punai. Jika nak makan ikan puyu, dia pergi memancing berumpankan cacing atau anak kerengga atau anak tabuan. Jika nak makan ikan laut, dia akan ke pasar. Menggunakan wang jualan sayur-sayuran, hasil kebun pisang yang sedikit dan hasil getahnya, dia dapat membeli beras, garam, gula, kopi, ikan bilis ... sehinggalah keperluan keluarganya.


Perlukah Pak Cu Mahat beli Toyota Caldina atau Honda Hybrid? Perlukah dia beli iPhone atau GalaxyNote dan ditukar setiap kali muncul model terbaharu?

Kalau ditanya Pak Cu Mahat apa yang dia mahu, mungkin dia mahu motorsikal EX5 yang ternyata tahan lasak, dia mahu sebuah traktor bersaiz kecil untuk kebunnya, dia mahu jalannya berturap dan sebagainya.

Kalau ditanya Pak Cu Mahat yang yang sering ada dalam fikirannya, mungkin di berfikir tentang perbelanjaan sekolah anaknya, tentang anak sulungnya yang ingin melanjutkan pelajaran, tentang kesihatannya sama ada masih larat untuk berkebun, tentang musuh tanaman, tentang Tok Ketua yang mahu dia jadi JKKK, tentang legasi kampung itu selepas orang baya-baya dia nanti ke kubur.



Pada satu hari yang dingin, seorang pemuda kampung itu yang berhijrah ke kota bernama Hasri datang membawa bersama-sama seorang lelaki dan 2 orang perempuan.

Yang lelaki datang membawa buku katalog perabot-perabot semi-mewah dan mewah.
Yang perempuan datang membawa contoh barang-barang kemas
Yang seorang perempuan lagi datang membawa katalog kain ela dan langsir yang cantik-cantik.

Dan sekarang, keharmonian kehidupan di kampung itu bakal teranjak sedikit. Makcik-makcik mungkin bakal menggunakan duit simpanan lebihan belanja tubuh dan dapur untuk cuba mengintai almari, set sofa, atau juga langsir... juga gelang dan rantai tangan.


Manakala Hasri pula...

Hasri datang membawa skim pelaburan hartanah...

Ya, Hasri pulang ke kampung itu dengan membawa bersama-samanya peluang untuk menjadi kaya. Peluang untuk tidak perlu lagi ke kebun getah, atau bertanam sayur sambil menentang musuh tanaman, atau risau memikirkan duit belanja pelajaran anak-anak.

Kata Hasri kepada orang-orang di kampung itu, "Saya bukan seorang yang tamak, saya hargai jasa pakcik makcik selama saya membesar di kampung ini. Oleh itu, saya datang untuk memberi peluang kepada semua sebagai membalas jasa..."






.

19 comments:

Su @ Aya said...

Sorry. Nak tergelak sekejap.. hahahaha...


Opss. Ok. Pada pendapat saya, org2 seperti Hasri dan kawan2nya hanya mengganggu gugat ketenteramn sedia ada, mencambah hasad dengki dlm diri makcik-makcik, dan mungkin membuatkan Pak Cu Mahat tak boleh tidur mlm dengan lengan atas dahi!

sepa said...

...Sebab itula pentingnya ada soping kompleks, dan jugak bank2...

Aku cadangkan kepada JKKKKK utk jumpa ybyb mintak dibina soping mall d kampung itu...

M

sudipVSsenduk said...

Hidup Pak Cu Mahat saling tak tumpah dengan nenek saya suatu ketika dulu. Tak pernah ke pasar utk beli ikan & sayur. Pagi2 ikut dia ke kebun kutip pucuk ubi, cili, timun, sauk ikan bla bla bla.. Alhamdulillah nenek masih sihat dan masih mampu berkebun walaupun usianya 105 tahun.

t.a.t.a said...

jap, aku pun nak tergelak jugak. hahahahahahahaa...


wei cakap pasal kangkung tanam dalam parit ni kan.. aku pernah dengar orang cerita. dalam batang kangkung tu ada telur lintah. dia makan, maka lintah tu pun membesar dalam perut dia.

aku tak tahu la kesahihannya, tapi aku memang dari dulu tak makan kangkung tanam dalam air. aku makan kangkung tanam tanah.

t.a.t.a said...

Hasri tu bawa skim cepat kaya eh?

Pak Cu Mahat, jangan percaya Hasri!! Auta je dia tu!!

tasekM said...

hargailah sangat, kan...?

Umm AA said...

alaa..hasri n geng2 nya tuh cuma nak menggoda kedamaian Pak cu mahat jer tuh kan..

Nizam.Ariff said...

Rose,
Ok. Thanks.


Su@Aya,
Ia elemen yang berpengaruh...


Sepa,
Bukak soping kompleks lagi la org nak belanja2 karang...


SvS,
105 tahun?
Ok.. rahsianya, makan sayuran tanpa racun ek..


Tata,
Aku pun pernah dgr kes macam tu... tapi yang pernah berlaku ialah abang aku termakan ulat kangkung yg dalam batang tu....


TM,
Kat belah2 sana ada tak sepsis jenama Hasri ni? Aku rasa macam ada...


Ummuaidan,
Dia menabur benih-benih nafsu keduniaan kepada orang2 kampong....

t.a.t.a said...

kalau ulat sayur biasa aku rasa no hal kot. kau tengok abang kau okay tak sekarang ni?

Nizam.Ariff said...

tata,
kejadian tu dah 30 tahun.... abg aku sihat sejahtera... so, ulat kangkung adalah protein yang bagus...ahahaha

t.a.t.a said...

kalau dah 30 tahun memang sah la no hal termakan ulat tu.

Nizam.Ariff said...

Tata,
Haah... no hal

Dr K said...

Yang mana PakCu Mahat lebih perlukan?

- bantuan BR1M setiap tahun?

atau

- kemudahan infrastruktur yang baik, tidak mudah rosak( dek kerana korupsi dalam pemberian kontrak, etc), kemudahan perubatan yang perucma & lebih baik ( bukan substandard treatment, walaupun hospital makin canggih dan banyak dibina), kemudahan pengangkutan awam yang effisyen ( jadi PakCu Mahat tak perlu beli Caldina, ataupun overpriced Viva - ya, Myvi, Proton...adalah overpriced)..???

LydSunshine said...

aku sungguh feeling membaca perenggan bahagian atas sebelum ko potong dengan soalan, perlu ke pak cu mahad beli toyota?

Aku tau, hasri mesti dtg dengan kamal. yg wanita tu salah seorangnya mesti nita kan? kan?

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
Aku rasa Pak Cu Mahat ambik BRIM tu tapi dalam masa yanag sama, dia mintak gak jalan berturap.... hahaha


LyDS,
Haah... yg pompuan tu Nita dan sorang lagi Nila, kekasih si Azlan...

Azian Elias said...

salam kenal...


Kniedaz said...

kau ni t.a.t.a hal ulat dalam kangkung pun kau bagitau...tapi pernah dengar jugak cerita tu...tapi tu bukan cerita kat indonesia ke?
entah la ek...

Nizam.Ariff said...

Azian,
salam kembali...


kniedaz,
ulat kangkung warnanya hijau gak.. .tu yang payah nak Nampak.

petuanya: rendam kangkung dalam 15 minit sebelum dimasukkan ke kuali. Kalau ada semut atau anak pilas atau ulat, ia akan terapung...

t.a.t.a said...

aku cerita telur lintah dalam batang kangkung, bukan ulat dalam batang kangkung. huish jauh beza non.

hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com