Sunday, October 13, 2013

Kerana bulan...

.


Dia itu pergi dengan 1001 kisah, dari kisah sepatunya yang tak padan hinggalah kisah bulan yang enggan mengambang. Katanya bulan di Arafah cantik, tak seperti bulannya di sini.


Perginya dia itu membawa sekali cerita tentang aku yang masih berfikir ada berapakah bulan di langit bumi?


Katanya lagi, bukan kerana bulan itu lain-lain tetapi dari manakah kita melihat bulan itu.


Aku...yang masih  bodoh...berfikir ada berapakah bumi di langit matahari?


Katanya pula, bukan dimana kita memandang bulan tetapi dari jiwa mana kita berada ketika memandang bulan...jiwa seorang hamba atau jiwa seorang yang lalai?


Dan aku dapati aku belum kenal diri aku sendiri...





.

5 comments:

ummuaidan said...

anak bulan dah 9 hari nampak, selamat hari raya..:)

sepa said...

kerana bulan... malam ada terang. :)


.
salam raya korban brader.

.

Su @ Aya said...

terang bulan sebab ada matahari...

selamat hari raya korban!

t.a.t.a said...

bulan mengambang atas arahan Nya. jika Dia tidak benarkan bulan mengambang, bulan wajib ikut kebenaran Nya.

Nizam.Ariff said...

Ummu.
Skrg mak bulan la eh.... Salam raya


Sepa.
Kau laksana bulan ...tinggi diatas kayangan...


Su@aya.
Bulan di hati bercahaya sendiri...


Tata.
Arahan tu dah tertulis lama...ada dlm Yaasiin..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com