Friday, October 11, 2013

Kisah Sang Semut di pagi Jumaat...

.

2-3 hari ini tangan aku sakit, sehingga aku terpaksa meminta vontot gebu aku ditusuk besi bercecair kelegaan. Sudah menjadi 'rezeki' doktor wanita itu dapat mengusap dan menepuk-nepuk daging gebu vontot seorang lelaki yang antisosial lagi elusif ini. Jadi hari ini aku dapat menulis panjang sedikit daripada semalam.


Pagi tadi, aku buka penutup gelas besi yang berisi air suam semalam (tetapi dah jadi air sejuk pagi ini). Nasib baik aku lihat dahulu... ada banyak semut terapung-apung.





Kenapakah semut-semut itu terdorong untuk membunuh diri tapi itu bukan air bergula?
Mati semut kerana gula. Namun sejak kisah ramai manusia kena potong kaki angkara gula mungkin menyebabkan spesis semut berhati-hati dengan gula. Malangnya mereka tidak sedar bahaya mati lemas di dalam air kosong. Mungkin juga sejak akhir-akhir ini jerebu melanda, tekak merasa rengsa, semut-semut juga merasai samsaranya... samsara akibat kekurangan air.


Apakah yang semut-semut itu fikir sehingga sanggup mati di dalam air kosong?
Otak semut tak seperti otak manusia. Otak semut adalah ringkas. Malah, ringkasnya ia sehinggakan boleh diumpamakan sebagai susunan diod-diod yang memberikan kata 'ya' atau 'tidak'. Tetapi, diod-diod itu adalah diod-diod organik, bukanlah berasaskan silica. Seperti, ada gula atau tidak? Jika sesungutnya mengesan kimia gula, kata diod organik itu kata 'ya' kepada 3 pasang kaki untuk membelok ke kiri. Kalau otak manusia, mungkin kalau tercium bau kopi, dia akan berfikir... nak celup biskut Oats atau biskut Kepala Lutut. Dia tak terfikir pun pasal gula dalam kopi tu. Masalah gula biarlah semut-semut yang fikirkan.


Otak semut yang seperti diod organik terlalu ringkas?
Semut punyai nyawa tanpa roh, tidak seperti manusia yang mempunyai nyawa dan roh. Hidup sang semut adalah ringkas. Aktiviti hidup semut yang ringkas hanya memerlukan program yang ringkas. Oleh kerana ianya satu program yang ringkas, sistem pemprosesannya juga mudah. Bio-mekaniknya  juga ringkas. Semut tak perlu berbedak bergincu untuk mencari gula. Walau pun ringkas, sistem pemprosesan data sang semut masih terlalu kompleks untuk ditiru oleh manusia.






.

15 comments:

Tijah said...

Semut kepanasan. Mereka perlu mandi...

Nizam.Ariff said...

Tijah,
kalau panas, bukak baju dah la... yang dia org pi terjun dalam koleh aku tu dah kira bermandi-manda... hahaha

LydSunshine said...

mana la tau kot2 semut pompuan ada pakai gincu jgk. Rajin jugak ko kaji pasal otak semut. Seni sgt ni.

Nizam.Ariff said...

LyDS,
Kadang2 dunia yang mikro itu bila kita fikirkan secara mendalam adalah luas sebenarnya...

t.a.t.a said...

tangan kau yang sakit, tapi kenapa vontot kau yang ditusuk jarum? biar la tangan tu sakit sorang², tak yah la ajak anggota lain sakit sama.

Nizam.Ariff said...

tata,
entahlah.... agak2nya ubat tahan sakit tu mujarab kalau cocok kat vontot kut...

t.a.t.a said...

lena semut² tu berenang dalam koleh kau eh?

aku dulu lipas berenang dalam air 100 plus aku. aku tak tahu, terus glup. eh apsal rasa lain macam air aku ni. bila aku tuang kat sinki, keluar la seekor lipas mati. siap tanggal lagi kaki ia dah.

ASH said...

Eeee...tak malu! Tunjuk vontot kat orang.

Nizam.Ariff said...

Tata.
Yeyekkkkk...

Ash.
Dash Cuba tapi gagal..

tasekM said...

aku kira semut akhir zaman ni dah pandai jaga kesihatan.
semut rumah aku.
hurung timun dalam pinggan.
padahal kat sebelah tu ada ayam masak kicap.
ada kuih manis.
timun juga yg dia nak...?!



.

t.a.t.a said...

kak tas, depa pandai. depa tahu kau letak 'something' dalam ayam dengan kuih manis tu. depa laa ni dah maju. ada pandangan mata supersonic tau.

Sang Kelembai said...

Tasekm,
Tu semut betina kut...diet makan timun je

Tata,
Semut ada sesungut antenna

Nizam.Ariff said...

.

sepa said...

Itu bukan semut hitam eh.


.

Nizam.Ariff said...

Sepa.
Warnanya kelabu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com