Thursday, October 24, 2013

Makanan Korea ... bukan lidah aku

.

Jalan-jalan di Setia Mall.

Jalan-jalan tapi ada juga aksi makan-makan. Cuma tak ada aksi "I usap U, U usap I.... eh! I suap U, U suap I" lagi. Itulah kali pertama kami ke Setia Mall. Tempatnya besar. Walau pun aku pergi petang Ahad yang sudah petang, tempat letak kereta masih penuh. Aku terpaksa letak kereta di bumbung (level 7). Aku dengar ramai orang KL yang turun ke situ.

Tapi, seperti biasa, pergi mana-mana 'mall' pun kedai-kedainya sama... jual barang-barang yang sama... kain, baju, alat solek, cermin mata, barang-barang rumah, karpet... dan makan-makan.

Kami memilih makan di 'foodcourt' sahaja. Tempat lain aku belum berani nak masuk di hujung-hujung bulan ni...







Aku tak tau nama makanan ini. Tapi, kedua-duanya adalah nasi dalam bekas tembikar panas. Dia letak 2-3 jenis sayur... dia campurkan sekali daging atau ayam... dia campurkan sekali telur mata kerbau separa masak... dia campurkan sekali sos masam dan sambal masam... kali pertama aku makan tak boleh nak habis.

Aku cakap secara jujur... lidah aku bukan lidah orang Korea!





.

20 comments:

Tijah said...

Bibimbap namanya tu. Kalau org ns kita ada masak lompap. Semua campak dlm periuk pastu biar dia masak sendiri.

ummuaidan said...

aku pun kurang gemar jgk mskn korea nie..

Nizam.Ariff said...

Tijah,
Ooo... ko makan ye Jah?
Aku rasa aku belum boleh sesuaikan tekak aku lagi la..


Ummuaidan,
Aku suka ayam goreng krispy dia je tu... buat masa ni... belum explore lagi..

t.a.t.a said...

tekak kau tekak Melayu tulen la tu. biasa la tu tak semua orang boleh telan makanan lain.

Emak aku bege Ramly pun tak makan. benjo aje emak aku boleh telan. tu pun tak habis sebab ada mayo.

tasekM said...

bibimbap...?



kikikikikikiki....

jah, ko tolong la suruh korea tu tukar nama.
tak gemor pulak aku nk menyebutnya.


.

t.a.t.a said...

kak Tas, kau ni mendiskriminasikan pulak nama dia.

hahaha.

cik kaki ketawe said...

Bro Nizam : errr,aku pun tak menahu makanan apakah itu...
jangan kata makanan,kpopers pun aku tak layan...

t.a.t.a said...

ckk, kau tak layan kpop ke? biasa umur tahap kau ni memang rajin layan.

Daddy Ziyyad said...

aku hari hari gi Setia Mall tu...tempat aku bersenam opposite food court tu...Korean food? Japanese foods? Memang tekak aku takleh terima...

sudipVSsenduk said...

orang korea pun cakap benda yg sama lepas makan tempoyak.... lidah aku bukan lidah orang Malaysia (setelah di alih bahasa)

cinta said...

aku suka esp sayur celur ygntahapenametuh n seaweed dia. tp kuantiti nasi dia kena kurangkan 70%.

Nizam.Ariff said...

Tata,
nak kata tulen sangat pun tak juga... makan Jepun aku elok je belasah... tapi ni mmg tak bleh masuk...


TM,
Lorr... memang betul ke namanya gitu? Aku ingatkan di Tijah tu saja bagi nama ..


CKK,
Aku laaaggggiiii tak suka KPOP... yang jantan macam pompuan je aku tengok..


Daddy Ziyyad,
Kalu aku tau, aku singgah tengok ko bersenam... tengok pelh mengalir turun di dahi, pipi, tengkuk.. err.. err... jangan aku pun termimpikan ko macam budak TasekM sudahla... KAKAKAKAAA



SvS,
Tapi.. kalau rak silap, org korea makan durian.. tak silap aku la.. atau Taiwan? ntah la...


cinta,
sebenornya aku nak cari kimchi... nak try rasa... tapi kat situ tak ada...



LydSunshine said...

kimchi ada kat pasaraya biasanya. Takpon ko try pegi seoul garden. Org kata sedap. tapi aku tak penah try sbb aku mcm takde keberanian lagi nak menyelami selera korea.

Lelaki said...

aku pun x larat nak makan...

Nizam.Ariff said...

LyDS,
Aku tak tau beza antara kimchi dengan sayur kobis asin Cina tu... hahaha


lelaki,
kita serupa....

JunAina said...

Setia City Mall nengok bangunan pun tak pernah yg ada kat Kajang tu pun jarang2 dapat pergi...

Makanan Korea? Rasanya idok le kot...takut nak mencubanya pun ye jugak tak pasal2 buang duit je...

Nizam.Ariff said...

Jun
Tak cuba tak tau...

sepa said...

Makanan Korea tak sedap ke bro?!

Eh, dulu masa kat Taman Maju, matJon suka masak main campak segala macam dalam piuk (di tak sebut periuk), nak senang kerja katanya... Ironinya, dia bulih melahap perabis bro! Kitaorng tak! Eh, mgkn matJon tu Jawa Korea kot?

wantie said...

tak pernah pun try makanan korea. mcm nasi claypot tu ka?

done follow you

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Mana tau tok nenek dia orang Korea yang dibawa ke sini untuk kerja kebun getah...


Wantie,
Haah.. menu yang itu macam nasi claypot... cuma rasanya peloik sikit.

Thanks for coming...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com