Tuesday, October 22, 2013

Masa yang berlalu...

.

Seringkali mak bapak yang sibuk bekerjaya, terutamanya kerjaya yang menjadi cita-cita sejak kecil, terutamanya mak bapak itu sedang sedap menikmati tangga kerjaya yang sedang mencanak naik, mereka itu meminta anak-anak memahami kesibukannya.

Anak- anak akan faham, lebih lebih lagi kalau mak bapak kata itu semua untuk masa depan mereka, lebih lebih lagi kalau diterangkan sambil disuapkan dengan peha ayam k-ep-si, mereka akan angguk-anggukkan kepala dan kata "kasihan abah mama..."

Hari berganti bulan, bulan berganti tahun. Mak bapak akan tengok buku bank dan kata "eh, tambah sikit lagi lah...". Atau akan kata "mulai tahun depan akan slow down". Atau si mak kata "tahun depan nak jadi suri rumah jaga anak-anaklah..."

Namun rancangan biasanya hanya rancangan. Tekanan ekonomi keluarga atau kekangan perbelanjaan atau cita-cita kerjaya sering menghalang.

Tak kisah apa pun puncanya, satu perkara yang pasti...anak anak semakin membesar.

Pada satu hari nanti apabila mak bapak  berkata " ok...enough is enough", yang dihadapnya ialah anak anak yang dah belia remaja. Pada masa itu nanti mak bapak tersedar bila anak anak minta temankan ke sekolah memandu, anak anak minta belikan motorsikal.

Padahal ketika itulah mak bapak yang dah slow down akan sunyi. Akan cuba melayan anak anak belia remaja seperti kanak kanak. Akan cuba mengingati kisah kisah lama yang sedikit untuk diingati.

Pada masa itu nanti anak anak yang dah belia remaja akan berkata lagi " kesian mak bapak..."


Kerana masa kecil mereka hanya datang sekali dan masa tak boleh diputar balik......missed is missed.





.

11 comments:

t.a.t.a said...

bukan masa kecil aje yang datang sekali, setiap masa pun cuma datang sekali aje.

Nizam.Ariff said...

Tata,
Yep....

sepa said...

mem-besar wa tak kerja bro, diala yg ada previlege bersama bebudak.! mem-besar ko kerja tak?!


.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
mem-besar aku keje...
eh, bukan mem-besar ko keja kat pejabat pos ke?

sepa said...

eh, ye la... lupa pulak...! hahahaha

(*tak abis lagi kisah belatuk jambul merah mematuk dahan bro.! hahahaha).



.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
aku tau ko sibuk..., sampai tak kenal bini dah... hikhikhik

cinta said...

~demi masa, sesungguhnya manusia kerugian~

t.a.t.a said...

oh patut pun sepa menjadi penunggu di situ.

Nizam.Ariff said...

CInta,
Ya.... itu sumpahannya..


Tata,
Ahaaa... akhirnya faham... hahaha

Unknown said...

aku juga merasakannya...parents aku terlalu sibuk..
tapi ayat mereka "ini utuk keluarga"...jadi
aku belajar untuk lebih memahami...walaupun
kadang2 aku terasa ibarat anak terbuang...
tp aku faham...mereka bekerja utuk aku...
dan kdang2 parents aku tetap mencuri sikit masa mereka utuk aku..
itu pun aku dah cukup bersyukur...meskipun ada juga masa2nya aku terpaksa menahan hati...

Nizam.Ariff said...

CKK,
Nampak gayanyer, entri ini aku dedikasikan kepada ko la...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com